CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 9, 2012

tolong..bukan padaku..

Aku ada 2-3 kawan tutor/pensyarah..
yang sedang melanjutkan pengajian di luar negara..
atas sebab tertentu, terpaksa berjauhan dengan anak dan suami..
ada yang balik bersalin dan berpantang di Malaysia..
kemudian kembali meneruskan perjuangan..
..dengan semua anak termasuk yang baru 3-4bulan dilahirkan TERPAKSA ditinggalkan..

ku faham.. PhD suatu perjuangan..
perlu perhatian, perlu tumpuan, constant dan consistent!
masalah jarang timbul jika suami y buat PhD..
dan selalunya yang jadi masalah bila isteri yang buat PhD..
suami belum tentu willing nk stay kt umah n jaga anak..
bila duk kt negara y education/day care anak tersangat mahal..
dan komuniti Malaysian xberapa ramai..
masalah timbul..sapa nk jaga anak?

ada 2 kawan baik baru terbang ke luar negara..
tinggal anak kecil dan anak sulung 3-4tahun di bawah jagaan ibu/ibu mertua..

bila keluar status FB mereka yang dicengkam kerinduan yang sangat dahsyat..
aku skali bergenang air mata..
menyayat hati sangat2 rasanya..
Ruhil ke taska pun rasa rindu nk jumpa di petang hari..
apa lagi jauh di mata berbulan lamanya..

hati ibu..hanya ibu jugak y merasa..
namun ibu-ibu itu sgt tabah..
ibu ini..??? ohoooooo..TAK pasti..

akan tiba suatu masa aku juga perlu meneruskan pengajian ke peringkat itu..
semoga takdir untukku berlainan..
tolong laa.. mereka ini buah hati ku..
yang kakak ROH ku.. yang adik ILHAM ku..
mana mungkin dapat berjuang dengan tenang jika tiada dua kekuatan ini di sampingku..

juga salam tahniah buat rakan Blogger, Nur Easy..
suatu masa dahulu..
pernah berjuang di bumi matahari terbit..
dengan meninggalkan Tuan Muda nya di tanah air..
kini Alhamdulillah, sudah kembali..


Buat Kak Hawa dan Norinah.. salam perjuangan!
semoga sentiasa tabah.. insyaALLAH, manis balasan dariNYA suatu ketika nanti..
Be strong, dear fren..

"Bagaimana kan ku mula..
Dan apakah kata-kata..
Yang indah untuk diabadikan..
Tiap wajah berkisah..
Tiap madah bererti..
Manakah ILHAMku..''

M.Nasir - Suatu Masa

4 comments:

pizet said...

tabahlah sanggup tinggal anak..kalau pz x sanggup mesti usung semua biar kena susah payah...x pun sanggup jugak x sambung..hehe

ch@ said...

mmg tabah siapa2 yg tinggal anak utk satu perjuangan yg blm selesai. tabah utk lea juga. kita mmg tak boleh pisah la lea. kat opis pun asyik muka dorang je tenggelam timbul-tenggelam timbul. kalah kerja2 yg menimbun. rinduuu.

Unknown said...

bile PK,mmg rasa sangat2 tak sanggup kan?hohoooo..yang kuat je mampu lalui sume tuh

nur easy said...

tiba2 rasa sayu sangat2 teringatkan tempoh itu. ikut logiknya tak siapa suka berjauhan mcm tu kan.. tp masing2 ada sebab sendiri..

mudah2an y lain tak perlu merasai sakitnya perpisahan mcm tu..;) suka sgt tgk family happy together