CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Alhamdulillahh..

Huhu.. Teruja x..? Teruja  x..??
Aku serius teruja..


makcik dan anak2 makcik..


Mm, kisah sabtu lepas.. Penyampaian adiah..
Pemenang kuiz uji minda hati..
Ok.. Track back 2-3mgu lpas
TERUJA tgk ada kuiz dianjurkan.. Soalan simple
Ada 1 gambar team SK g bercuti ke uS.. 
Dan mengunjungi park y ada pohon Sequoia..pohon tertua dunia..
Soalan : berapa usia pohon.. Jawapan mesti bukan dalam angka..

Makcik teruja youuu.. Ada adiah 1,2dan 3..
Adiah tempat pertama TELEKUNG SITI KHADIJAH!!
Nilainya rm200.. Ngaaaa.. Nganga..
Ku tawakkal antar jawapan..
Sudahnya ku xmenang tpt pertama, kedua mahupun ketiga..

Namun rezeki kerana selepas menilai penyertaan y SGT BANYAK katanya..
mereka wujudkan kategori saguhati..
N aku dapat!!! Huhuuu.. 

Yang jadi lebih best
aku dapat g upacara penyampaian adiah di butik..
N hari tu ada 2 pemenang saja dpt hadir..
Y lain duk jauhhh katanya..
Umah aku seksyen 7,
Butiknya seksyen9..
Nek keta xsampai 10minit dah parking depan butik..

Dah lama dengar, dah lama tgk butik tu di ctu..
Dan dah sekian lama dengar review telekung ciptaannya y dahsyat..
Sebagai wanita muslim.. Ku tumpang bangga..
Ada usahawan hebat macam Puan Padzilah.. Pengasasnya..
Dan produknya, insyaALLAH xperlu jawab banyak di akhirat esok.. Amiiin

Melangkah ke butiknya memberi peluang aku membelek beberapa helai telekung yang diletak di ctu.
Tak heran harganya begitu..memang mahal
Namun apalah salahnya jika benar2 ingin keselesaan dan 'kemewahan' dalam beribadah..
Nak pakai 5x sehari stiap hari kan.. 
Bak kata setiap y review.. Handbag n baju boleh beli ratusan n riban.. Kenapa tidak telekung..
Sapa xpenah dgr review, g cari..

Keterujaan bertambah!!
Aku tau pengasasnya ibu kepada classmate aku di sekolah menengah dulu..
Maknanya classmate Mr Asben laa jugak kan..
Namun xsandar apa2 harapan, kerana tau beliau menemani isteri di bumi Mesir.

Tiba2, muncul si tukang ambik gambar..
Wahahaha.. mr Muzammil yang masih seperti dulu.. 
Plus nampak wajah 'kesuamiannya'..
Ada rezeki berjumpa.. Last time jumpa masa bila ntah..
Segan lak makcik menang kuiz anjuran emaknya.. Huhuu..


makcik kecik menyibuk jugak..

Ok.. Dapat adiah.. Amik gambar..
Sembang sikit2.. Then balik..
Apa di dalam kotak tu???


Adiah tempat ketiga pun dapat beg telekung SK saja..
Maka mestila mustahil makcik satuhati tetiba dapat telekung kannn?
Di dalamnya ada sehelai tudung plain awning keluaran SK..
Saiz M.. Pakai gila selesa dan labuh macam L..
Cutting macam aku selalu dambakan..
Kaler sgt kena sbb banyak sgt baju aku kaler tu
Bila pakai, terletak elok macam pakai tudung Ariyanee ratusan ringgit itu..
Ohhh.. Jauhari jugak y kenal manikam
Hanya tukang jahit tahu kualiti jahitannya..
Memang sgt nice!!

Lagi dalam kotak itu ada 2 naskah majalah Aniqah..
Kedua2 naskah klu buka m/s 1 dah terpampang iklan Telekung SK.. Huuu..
Dan yang best.. Ada voucher 15% off utk produk..
tak sabar nak guna..

Mr Asben dah janji nak dapatkan 1 bila dah dapat durian runtuhnya.. 
Tq.. X sabar nak g beli..
Lepas raya pun xpe laa.. 
Bukan nak menunjuk.. Bukan nak bangga..
Sekadar peneman di kala hamba sujud menyembah Sang Pencipta..

Anda bila lagi??? Ngeee..
terima kasih Team Siti Khadijah..
semoga terus maju jaya..

ohh.. nak tau jawapan makcik yang xsangka menang saguhati..?
"Pohon Seqouia tersebut mula hidup semasa Rasulullah SAW masih belum wafat lagi..
- alangkah indah menjadi pohon itu, sempat hidup sezaman baginda, meskipun lokasi berlainan.."

Thursday, July 26, 2012

..kalau boleh TAK NAK nyanyi..

sedap didengar berulang kali..
bahasa gila best.. tipikal Malique!!

tapi klu boleh xnak nyanyi..
hahaha..

TEMAN PENGGANTI - Malique + Black
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti
Aku kan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya kau cari teman pengganti

boleh nangesss..

Monday, July 9, 2012

rosak mood seminggu..

alahai.. entry ini based on email dari jabatan aku..
seorang pelajar jabatan aku dah mengalami kecelakaan..
bila baca..sedih + risau..
macam2 boleh jadi skang ni..
klu kejadian y tuju kt org tertentu xrisau..

as long as xbuat pasal, org pun xnak kacau..
tp klu kejadian random mcm ni, memang membimbangkan..
semoga ALLAH beri ketabahan hati kepada beliau sekeluarga..
dan semoga ALLAH lindungi kita semua.. keluargaku.. anak2 ku..
dan semua yang membaca entry ini..amiiin..

Saya, Pn. Kamaliana dan dibantu oleh Epul (sebagai penunjuk jalan) baru balik dari menziarahi pelajar Mohd. Ali Rahman Zulkifli di hospital Kelang.   Kakak pelajar yang menjaga Ali di hospital ketika kami menziarah dan kelihatan tenang menceritakan:

“Ali dan abang iparnya baru balik dari menziarah abangnya (kini arwah) yang dimasukkan ke wad ICU kerana kemalangan jalanraya (motornya telah dilanggar lari).  Semasa balik dari menziarah, ketika di lampu isyarat walaupun lampu hijau telah menyala,  Ali terleka sejenak (mungkin memikirkan nasib abangnya yang di ICU itu) dan lambat bergerak membuatkan 2 kereta hindu dibelakang motornya (hindu2 samseng jalanan) membunyikan hon kereta dan mengarahnya supaya pergi ke tepi.

Mulanya dia tidak hiraukan sangat, tetapi bila diasak suruh ke tepi juga, dia terpaksa akur dan terus meminta maaf dengan hindu2 tersebut. Mereka mentertawakan dia dan abang iparnya (menurut cerita kakak Ali, lagak hindu2 tu samalah macam cerita samsing jalanan dalam drama TV).   2 daripada penumpang kereta yang ke-2 telah keluar membawa parang, terus membelasah Ali dan abang iparnya. 

Abang ipar Ali yang ketika itu telah terkulai dua jarinya berlari menyelamatkan diri ke dalam salah  satu kedai orang Melayu berhampiran sambil menjerit suruh Ali juga lari.  Ali sempat lari beberapa puluh meter tetapi dikejar oleh hindu2 itu dengan kereta dan membelashnya lagi hingga mendapat bantuan.  Alhamdulillah, ada beberap orang Melayu meleraikan hindu2 tu, dan kebelulan lalu pula sebuah kereta bomba dan membantu menyelamatkan Ali sebelum kereta ambulan tiba dan membawanya ke hospital.  Keadaan diri Ali – beberapa jari tangannya yang terkulai telah dijahit, kedua2 buku lalinya  juga berjahit termasuk kedua2 tangan kiri dan kanannya, bahagian perut dan bahagian belakangnya semuanya terpaksa dijahit.

Al-Fatihah untuk arwah abangnya (27 tahun) yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari adiknya ditimpa bencana sekembali dari melawat Allahyarham di ICU”

Untuk makluman, Ali mempunyai 8 orang adik beradik.  Ayahnya seorang juruteknik MAS dan ibunya pula ialah suri rumahtangga.  Mudah-mudaha dengan sumbangan daripada warga FKAB, sedikit sebanyak meringankan beban keluarga mereka yang telah diuji Allah SWT bertimpa2.  Mudah2an mereka sekeluarga sabar dengan ujian tersebut.

Ayah Ali sedang berusaha untuk memindahkan Ali ke KPJ Subang Jaya – jika hospital tersebut boleh menerimanya untuk mendapat jagaan yang lebih rapi lagi.  Kalau ada yang masih ingin menumbang, masih bolehlah sampaikan sumbangan tersebut ke jabatan nanti.

Sekian, untuk makluman semua.

dah..aku dah sedih seminggu laa jawabnya..

Thursday, June 21, 2012

Photobook murah..

tengah murah..
boleh laa kepada yang berniat dan berminat!
Klik gambar untuk tgk details

Thursday, June 14, 2012

tentang photobook

sebab ada ramai jugek yang bertanya..
so aku jawab dlm 1 entry ek..

photobook ni sebenarnya macam album gambar laa..
tp print digital laa.. kita x tampal2 gambar mcm dalam album secara manual..

harga sgt mahal..
RM1++ untuk 1 photobook saiz 8inch x 8inch 40 pages!
tapi aku selalu beli bila group voucher buat sale..
contoh.. 3 photobook yang sudah.. harga almost RM200..
bila sale jadi RM58, RM78, RM50 je..
time ni laa masa y sesuai utk blasah beli!
kadang aku buat adiah kt org pun..

pas beli.. kena g website penjual..
then download software utk design photobook..
besar gak saiznya, ratus2 MB..
so, ada y tanya aku design pakai software apa??
jawapannya, ikut kedai y buat photobook tu..

dari software tu.. ada template la..
biasanya setiap company berbeza.. tapi x lari banyak pon.. 
kaedahnya lebih kurang..
dan sgt mesra pengguna
basically..
mula dgn upload folder yang ada gambar2 y kita nk buh..

then utk setiap muka surat..
boleh pilih layout..
boleh pilih background..
boleh tambah wording..
boleh buh frame..
boleh bagi blur, bagi senget..
macam2!


tapi semua pilihan2 utk y kt atas tu, bergantung kepada apa y aa di library software..
biasanya banyak je pilihan..

yang TAK besnya.. utk menjamin kualiti gambar yang d print..
mereka setkan berapa minimum pixel utk 1 gambar..
klu rendah sgt..(biasanya yang amik ngan handphone cikai cam aku)
dia akan warning n x terima..
klu DSLR, mesti laa sgt2 boleh kan..

aku suka buat lain2 setiap page..
sesetengah orang suka maintain 1 style utk semua page..ini lagi cepat laa kan..

then bila dah siap smua.. kita pun upload..
ikut laa arahan lab company yang jual tu..
masa ni masuk laa kod voucher..
so dia deduct laa harga asal tadi..dr RM188 jadi RM 0..
maknanya kita bayar harga groupon je RM 58 contohnya..
then terima email mengatakan derang dah terima dan tgh proses..

pastu tunggu laa... dalam 2 minggu siap..
yang iphotobook.my tu gila laju! 2 ari je siap..
Boleh pilih nak pick up atau nak derang pos..

klu dekat aku pick up je..
klu pos pun selamat..
kulitnya keras.. memang boleh pos laa..macam buku je kan..

hasilnya...?? NICE..!!
simpan laa susun kt almari buat kenangan!

aku cadang kt Mr Asben, pasni 1 event besar = 1 photobook..haha!
laki aku iye kan aje bini dia ni..
ngeh2..

Wednesday, June 6, 2012

Kuburkan aku dimana aku meninggal..

bz arini..
ku tinggalkan anda smua dgn bahan bacaan ni..
aku pun baru tau..
happy reading..
nnt aku dtg umah korang ek..

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang hendak di utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada, juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary).

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal (US lah!). Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya. Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan? Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika si mayat itu dikebumikan di US bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi.

Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah.
Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab

Friday, May 18, 2012

selalu kuar tv@paper je..

entry hari jumaat..
sekadar berkongsi link SAHABAT..
tentang kejadian anak mati di nursery nya..
sedih... tapi dapat tahu situasi sebenar..
belom di olah + tokok + tambah..
kesimpulannya.. bila dengar berita, jangan semena2 dan sewenang2 salahkan TASKA!

semoga ibunya tabah..
semoga kita semua dilindungi..
amiiin!

Wednesday, March 14, 2012

Hospital ANNUR tak best..??

Amaran : INI BUKAN ENTRY MENGUMPAT.. sekadar nak share saja!

ingat lagi disclaimer pada entry INI
meh aku nak share..apa y x best..
ini bukan laa apa y aku alami secara langsung..
tetapi aku boleh laa sedikit sebanyak sahkan kebenarannya
kerana dah banyak dengar..orang ckp menda yang sama.
skali lagi..entry ini bukan nak kutuk..
malahan Hospital bersalin ni y terbaik bagi aku..
dan perbualan terakhir ku haritu  dengan Dr Khamsiah..

"Terima Kasih bebanyak Doctor.. kita jumpa 3 tahun lagi..
insyaALLAH doc kt hospital mana pun saya tetap cari doc jugak.."
terharu berbaur ketagih..akan khidmat the best gynea ni..

Namun ada jugak insan2 dan golongan2 y TAK suka hospital ni..
ni khusus untuk bersalin ek..maknanya spesifik utk bahagian O&G shj..
okehh..identiti di rahsiakan..
tetapi aku kumpulkan ketidaksukaan mereka di sini ek..

1. Cop Duit..
kihkih..standard laa kan.. pendapat orang lelain.. 
dah namanya swasta.. 
klu y bersalin bawah GL biasanya xkesah sgt
cuma jaga agar x exceed nilai maksimum yang ditanggung company..
apa yang aku bleh sahkan.. ada masanya betul..
pertama skali, segalanya sedia mahal.. kedua,segalanya nak charge..
pastu bila cek betul2 resit ada jugak menda2 yang xperlu..
kalau aku kan.. klu dapat berckap ngan doctor y preskrip ubat tu..
aku tanya doc..ubat apa nak bagi..
"hah?ponstan? ada kt umah..xpayah laa bagi.."
tu contoh laa..
prosedur yang xberapa perlu, kadang2 disarankan jugak untuk buat..
sebab ada kawan mengalami sakit y sama.. 
kawan tu xbuat pun prosedur tu, ok jek..
maknanya menda optional..dan xkritikal..kdg2 di buat jugak..
jadi laa mahal!
lg 1, kalau request nak medical report..u will be charged RM100..
dan complain lagi.. dah la bayar mahal..
lamanya nak siap! huhuuu..
nasib le labuu..

2. Sikit2 nak c-zer..
erm..ni kes senang kerja ke ek..?
y bagi pendapat ni kata..
"bacaan heart beat baby xstabil sikit pun dah nak tolak ke OT"
ntah laa..sukar kita y bukan pakar ni nk sahkan kan?
bila aku sebagai pesakit y dah g "menyerah diri" kt doctor tu..
rasa macam akan bagi sepenuh kepercayaan kt doctor kan..
ntah2 kita rasa xserius mana..
tp gynea tu, berbekalkan ilmu kepakarannya menyatakan sebaliknya..
maka bukan kaa dalam kes ini PERLU c-zer..

3. Doc. lagi satu..
alahai.. pakar O&G kt Annur ni ada 2 jek..
selalu aku ngan Doc Kham.. maka xpenah jumpa "doc. lagi satu" ni
ada laa desas desus mengatakan doc ni suka tegur n marah2 kalau kes termengandung..
maknanya xrancang.. means : anak rapat2..
pastu rajin mengamalkan hal no.2 di atas..
ntah le.. kebanyakan kengkawan y aku ada, semua patient "doc. lagi satu"
maknanya ramai jugak laa patient y memilih beliau kan..
mesti laa ada kredibiliti y best tentang "doc. lagi satu" ni
tapi bab marah anak rapat tu..MEMANG aku pernah n dah 2-3x dengar..
so, sesiapa y nak test bersalin kt cni tp anak rapat2..
sila ke Doc. Khamsiah..hehe..
kalau tidak..anda akan merasa 'xberbaloi' bayar mahal, tp kena marah lak..
huhuuu

4. Gantung kaki
sesetengah orang xsuka menda ni.. 
sbb xnatural katanya..
tp kalau gtau nurse atau doc xnak pakai.. tetap di paksa pakai..
ya.ini aku alami sendiri.. ENTRY NI 
memang mereka akan suh pakai jugak..
pendapat peribadi yang aku xberapa nk setuju..
"gantung kaki tu, bila xleh teran, senang doc nak vakum.."
ye ke..?ntah..aku bukan doctor..
y aku diberitahu, posisi tu akan mengurangkan effort kita untuk push..
means..xperlu teran separuh mati laa kalau pakai pad letak peha kt besi katil tu

5. X boleh special request
..untuk bersalin ikut cara y kita idamkan..
biasa laa, bila anak dah 4-5 orang dan kita mampu..
kita cenderung nak mencuba kaedah2 baru..
tapi Doc Annur xkan bagi..!
huhuu.. contoh nak guna teknik water birth..
Pendapat peribadi aku.. g laa hospital y betul..
mungkin ada hospital y suka melayan kehendak pelik2 ni..
dan bersedia hadapi risiko bila kaedah pelik2 ni xberapa nak menjadi di saat2 genting plak tu..
so..tolong laa cari hospital y sedemikian..

6. Check up rasa tak berbaloi..
tunggu lama, kadang sampai 2-3 jam nak sampai turn..
jumpa doctor 2-3 mnit..
bayar RM100 lebih..
ya..ini aku boleh sahkan..memang betul..
tp bg aku, skali lagi..TRUST THE DOCTOR..
mereka kan pakar..
memang jumpa sekejap je..
tp ntah2 mereka tgk sekilas je boleh tahu macam2..
mana tau kan..
sebab masa bersalin Ruhil..Doc Kham ada keluarkan ayat
lebih kurang gni..(xingat sgt dah..)
"dia ni mmg dari check up saya dah bleh nampak.."
see..? maknanya mereka take note jugak byk perkara
tapi mungkin xberapa perlu nak terang lebih2 kt kita semasa check up..


7. Doc ganti
ini another frustration..
kadang intension awal nak bersalin kt cni n byar mahal2 adalah utk jadi patient doc tertentu..
check up tiap2 bulan ngan doc tu..
tp masa nak bersalin,  hospital..
doc tersebut x available..
g oversea contohnya..
maka, dapat laa doc ganti..
frust laa kita pun..huhuu..
ini banyak kali jadi..
nak wat cmna..doc permanent ada 2 jek..
y locum xpasti ada berapa orang..
bagi aku, klu nk bersalin bayar mahal, memang harap dapat doc y kita nak..
n aku sokong orang y nk frust2 klu xdapat gynea nye time nk bersalin
; )

y bersalin government hospital mesti pelik ngan entry aku ni kan..
mesti tertanya2.. "does it really matter..?"
hehe.. untuk anda mungkin x..
untuk aku pun xde laa nak berkira sgt..
cuma ini perkongsian bagi y sesungguh nak 'melabur' kt Hospital ni..


ok..sekian saje..

Monday, March 5, 2012

SONY STAFF SALE..!

dah lama menghilang staff sale ni..
tetiba datang balik..

memang gtu laa gayanya..
datang mengejut..
yang ni pun mujur diumum arini, sale start 2-3 ari lagi..
selalunya umum arini, start arini n berakhir esok lusa..
pastu nak cash..lagi jenuh..

Tetapi ada satu barang saja kali ni..
maybe nk introduce..
SONY Tablet..

Ini bukan Promosi ye..
sekadar SHARING..untuk sesiapa y berminat di luar sana..
maybe kebetulan dah lama usha2..
boleh laa amik kesempatan membeli..

aku tepek link..untuk senang korang cari info pasal menda ni..
 dan di bawah ini..gambar y akan bertahan 1-2 hari sahaja di blog ni..
utk renungan sementara..klu tidak, mau ibu berpantang ni kena jail kang..
nampak itu tulisan dlm kotak merah - CONFIDENTIAL!


yang berkeinginan..dan berduit..boleh email aku..
zalipan2503{at}yahoo{dot}com
harga seperti tertera..
maybe tambah RM10 - upah beratur dan sewa ID Mr Asben..hehe

n sesiapa y berminat tu agak2 laa ek.. menda ni sgt xwajar di pos/kurier
maka, klu agak2 bleh pick up area Bangi/Kajang/Putrajaya..
boleh laa meneruskan niat anda..

Murah weiiiiyy..
n from factory..maknanya ORIGINAL set!
aku iklankan sebab aku xniat nk beli sebab keadaan kewangan xmengizinkan..

kepada y tgu sale TV/DVD/DSLR/Laptop Vaio SONY.. simpan2 laa duit anda dulu..
lama dah xde sale..
mana tau esok lusa diumumnya ada sale barang2 tersebut..

ok..sharing is caring!

Thursday, March 1, 2012

Bersalin di AnNur

Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bandar Baru Bangi
Again..kt sini lagi aku beranak utk second baby
And again..dgn gynea y sama Dr. Khamsiah Hj Muda
pada aku, the best Gynea everr..

After 3 year..(branak kt Ruhil imaan 2009)
Selain harga pekej y lebih mahal spt Entry INI
Apa lagi y brubah??

sesampai kt hospital kul 4pg, sunyi..normal laa
Proses admission bjalan lancar..

Kali ni merasa labor room y berlainan dr y dulu
Mak bidan pun y lain gak, bkn y sambut Ruhil dulu..
by 7am bila shift btukar..dtg 2 mak bidan lain lak
Aku rasa 4org ni ja kut ada kt AnNur..termasuk y sambut ruhil dulu laa
Tapi smua sgt baik dan menenangkan
Bila aku nmpk kritikal, derang ajar suh tarik nafas ngan hidung,hembus ngan mulut
derang masih sengih2.. xde marah2..
tarik nafas n hembus tu..
Dek sakit y teramat, aku buat menda ni smpi mulut aku kering gila

Bab wad, aku mintak bilik sorang..xde rezeki,penuh masa tu
dapat laa y share 2 orang..ok laa kan
Klu ikut pakej..y ni harganya RM1390
Itu laa jugak amaun deposit y kena bayar masa awal2 masuk..

Ward ok..
Masa aku g air aircond menitik2
Maintenance datang sesegera mungkin dan terus baiki
Bilik air ok..aku pnah duduk wad y sama masa ruhil warded dulu
Aku rasa button nk panggil nurse dlm bilik air tu baru..
Dulu xde..improvement!

Bab gynea..haha, terbaekkk!
Doc sangat sporting..
sangat motherly.. ajar doa sakit bersalin..
asek senyum je kt aku walaupun aku tgh berperang..
bila dah settle smua dia dtg tgk aku y baru terjaga di atas katil labor room..
sembang2 mcm ngan kengkawan je..
pastu dah siap smua, Doc ucap tahniah kt aku..
siap peluk2 n cium pipi aku..
Ini laa faktor utama aku sanggup abes ribu riban kt AnNur ni..
dapat feel "doc - patient relationship"

Bab makan..so-so je laa..
Selalu aku dtg milo je minum petang..
Skang cadbury hot coklat..sodappp
Lauknya,bukan utk org bpantang laa y pastinya..
Terutama bab sayur..
Ntah..mungkin sayur tu sedap kut
Tp aku xmkn..asek2 sayur campur..kubis+kacang panjang
Lauk ok laa,ayam goreng kunyit,tongkol masak asam..

Dulu ada y gtau aku,klu mintak baju hospital ekstra akan dicas
Maka y kali ni seboleh mungkin aku pakai baju y sama
X kotor pun..duk dlm bilik sejuk..baring je..
Tp nurse asek bagi aku baju smpi 3 psalinan
Lapik tilam tu pun,dulu kna request klu darah terbocor ke kan
Kali ni siap2 dia bagi extra 2-3pcs,then keesokan harinya tambah lagi!

maternity pad.. aku ada bawak y aku punya..
masa dipakaikan kt labour room, itu aje laa y aku pakai y spital nye
masuk2 ward, ada sebungkus lg pad tu..
di luarnya ditulis dah nama aku..

sama gak ngan diapers baby..
aku bawak aku nye sendiri..
tp y spital nye tu 1 bungkus tu dah ditulis nama 'B/O ZALIHA'
so, time discas, aku bawak balik je pad n diapers tu..

ini kes bersalin taun 2009 laa..
aku tgk kt detailed bill..
disposable item = RM410
gilaaa.. aku pun xtau apa y mahal sgt
sbb tu kali ni seboleh mungkin aku xguna barang2 disposable spital

tapi bila aku nk kuar..
hanya tambah another RM 160 gtu..
itupun duit ubat2an y aku bawak balik..

maka totalnya RM1550 je..
murah gila aku rasa..
rezeki baby Nouri Ilham agaknya..
sbb aku berkira2, mayb akan cecah RM2k sbb smua harga pun dah byk y naik kan..
tp x pulak..

maybe sbb kali ni xbyk prosedur tambahan..
doc visit ada 1-2x je 
pas tu xde pitocin..xde vacuum..xde epidural (y akan tambah kos pakar bius lak pastu)
memang basic betul bersalin kali ni..

DISCLAIMER :
Entry ini ditulis berdasarkan pengalaman dan persepsi aku sbg patient kt AnNur..
dan mungkin kekaguman aku kepada hospital n doctor kt hospital ni..
lain orang..lain pandangannya..

kenapa kena ada disclaimer..?? sbb..
aku dah terjumpa orang2 y anti/xsuka ngan hospital ni..
ada gak org cmni..?
haha..ok, nnt kita cerita kt entry lain laa bab ni ek.

Friday, February 17, 2012

Homeopathy Hasan again..

Anak kedua..biasala..
mula laa xberapa nk cargas mencari menda2 y di panggil "selusoh"
anak pertama dulu..
klu ada 4-5org rekemen itu ini, smua nk cari n telan..
hehe

mak aku pun dah mula bising2..
n aku pulak time2 nk dekat2 due ni bz mengalahkan menteri..
so, semalam..sementara tgu turn aku jumpa Doc Khamsiah..
aku lari jap g PKNS Bangi..

disebabkan awal aku g..
maka aku orang pertama!

ni kali kedua aku g cni..

tp adik2 n mak aku dah 2-3x g kut..
ramai jugak weekdays pun..
klu weekend jangan cakap laa kan..

diminati ramai.. sebab banyak laa kelebihannya kan..
1) alternatif.. so, xguna drug/steroid..
2) bleh predict awal potential sesuatu penyakit..dan prevent siap2
3) ubat y di beri sgt mesra pengguna..TERUTAMA KANAK2 y xsuka makan ubat
4) so far, sgt2 berkesan.. terutama y kritikal..
5) kt spital, ada penyakit y kna makan ubat seumur hidup! kt homeopathy, akan tiba satu saat, xperlu dah makan..

cumanya..
1) kena sabar!
2) kena percaya
3) xde MC (cuti sakit) utk kaedah rawatan ni..

mm, entry ni sebenarnya utk mereka2 y asek jumpa blog ni dgn keyword2 berkaitan homeopathy..
aku tau sangat ramai..tapi xsempat2 aku buatkan entry..

ok..kaedah rawatan.. kita g daftar..n tgu laa sampai di panggil..
pastu masuk bilik doctor..
doctor akan suh letak tapak tangan atas meja..
dan doctor akan mula 'scan'
ada beberapa kriteria dalam badan kita y akan tunjuk markah2 tertentu..
so, y rendah percentage nye tu akan menunjukkan beberapa amalan kita y kurang sihat!

biasanya doctor akan tegur..
dan kita tau laa betul ke x kan..biasanya betul laa..
contohnya..
"selalu makan tgh2 malam ek?.."
"ni dah 2-3x operate dah ni kan.."
"period pain teruk ke selalu.."

biasanya..kita akan angguk2 laa..
kaedah apa doctor tu pakai?..XTAU!
hehe..
tapi mcm tu laa rawatannya
pastu ada sesi menasihati..
n klu nk sembuh, tolong laa dengar n amalkan nasihat tu..

ok..aku smalam.. g nk mintak selusoh..
ditanya nya ada masalah nk buang air besar x?
aku kata xde..

so, dapat 2 jenis ubat..
 
selalu memang 3 jenis laa...
makan y no 1 dulu.. setiap jam 1 biji..
pastu bila no 1 dah abes.. y no 2 lak..
no 2 tu 3x seari.. setiap kali mkn amik 2 biji
dah abes baru mkn y no 3

dalam kes aku ni, namanya SELUSOH..
so, dah contraction baru start mkn laa..
bes ubatnya..kecik je bulat2 manis2..
saiz besar biji lada hitam
cara makan, dikemam mcm gula2..
itu laa y budak2 suka!

Bil..
biasanya dalam belas2 atau dua puluh lebih je..
xtau laa klu ada sesiapa y penah kena ratus2 kan..
tp dah 2-3x aku n famili g, xde laa mahal..

utk mkn ubat homeopathy ni ada pantang larangnya..
aku rasa bukan sbb menda y dipantang ni xelok makan..
tapi mungkin sbb ubat ni xjalan dgn berkesan klu dimakan bersama menda2 ni..


ok..sekadar perkongsian xseberapa..
dan banyaknya melalui pengalaman aku laa..
dan aku bukan doctor Homeopathy..
hehe!

Sunday, February 12, 2012

Pantang sendiri2..

Why?? Sbb mak aku sgt2 xpantang
Sampai aku pun takut klu smua menda nk belasah!

Mak mentua plak sgt baik ati..
Walaupun kuat pantang, tp sgt2 open-minded..
Dan xde istilah ‘paksa2’

Aku sendiri??
Suka rejim berpantang..
Tapi lebih kepada mode moden..
Maknanya??
Aku suka n berminat search..KENAPA XBOLEH..??

Memang y logik2 aku akan ikut!
Tapi klu xlogik..mcm air masak nk minum pun kena pantang n catu2..
Memang forget it laa jawabnya..

Tapi aku memang orang paling bahagia berpantang..
Sebab aku sungguh laaa xkesah..
Klu kena makan sawi masak bening (masak air) 44ari pun aku telan!
Ulam2an pun aku xde masalah..
Malah aku rasa time ni laaaa nk makan..

Seminggu pertama..xrisau..
Sbab MIL aku ada..
Dia akan datang ngan dedaun n ulaman y best2..
Ikan haruan, ikan talang..
So, aku serah bulat2..apa dia masak aku makan!

Tapi ikut pendirian aku sdiri..sminggu pertama..
Aku berpantang ayam dan daging..
Bagi aku ayam sebab lambat baik luka..
Daging lak, sebab panas..
So,minggu pertama, ikan-ikanan..is fine..
Udang sotong n seafood memang laa logically akan gatal!

Biasanya, klu ada MIL..mgu pertama..
Haruan.. bakar ke, sup ke..
Ikan masin (kadang2..sbab aku x prefer..katanya nifas akan berbau)
Pastu ada Nasi Lemak Daun Lemuni..
Serius sedap! Satu umah makan macam satu umah berpantang! Hahaha..
Pastu Ikan Talang Masak Asam… (xberanak lg dah kecur air liur..)
Pastu kerabu itu dan ini..huuu..menarik!
Sayur..mgu pertama,mmg sawi masak bening..
Aku suka! N susu memang banyak..

Selalu mgu ptama je MIL ada..sbb MIL kena kerja
So xleh cuti lama2..

Masuk mgu kedua..
Bleh laa makan sup ayam..
N masuk elemen2 halia n kunyit klu xde kes kuning..
Pindang, singgang..smua taram!

Bfast.. milo, oat, nestum..biskut kering..
Macam tu je laa..
Luckily, bila pas bersalin, selera xde laa mcm masa mngandung sgt..kan!
Ini bdasarkn pngalaman lepas laa..

Ok.. secara ringkas..
Yang boleh dan xboleh time pantang..
(ni ikut research n pendapat aku.. lain orang lain caranya kan..)

Yang boleh
Ikan selar...Ikan cencaru...Ikan haruan...Ikan Gelama...Ayam...Daging...
Sawi...Peria...Lobak Putih...Carrot...Pegaga...Ulam raja...Cekur...Daun Kunyit...Halia...Serai...Lada Hitam

Xboleh
Tebu...kelapa...nenas...jambu...Nangka...Pisang...Manggis...Tembikai...
Terubuk...pari...sembilang...bawal hitam...Udang...Sotong...Kerang
Kangkung...timun...keladi...pucuk ubi...pucuk paku...bayam...Kacang...labu...rebung..petai...terung
Air Gas.. air ais (ni sebenarnya smua orang pun xelok minum kan..)
Hasil search aku lak utk resepi..
Ni in case dah xtau nk mkn apa utk 44 ari la..
Aku senaraikan aje laa ek

Nasi Kerabu Lemuni
Nasi Ulam
Kerabu Cekur
Kerabu Ulam Pegaga
Ayam Goreng Berlada Hitam
Sup Ayam
Ikan Goreng Halia
Ikan Pindang
Halia Muda Goreng
Sup Sayur Campur
Ikan Goreng Halia Muda
Ikan Bilis Masak Lemak
Ikan Haruan Goreng Rempah
Sup Kurma Merah
Kucai goreng kicap
Ikan Gelama Masak Asam

Mm, banyak jugak kan..
ni yang buat 44hari tu sangat pantas berlalu..
semoga berpantang kali ni berjalan lancar..
insyaALLAH!