CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

CUTI

again..!
aduiihh..sungguh x bes bila kerap sangat membuat entry dengan tajuk di atas..
dah laa baru je abeskan RIBUAN duit kerajaan..
tapi apakan daya..

sebelum ni balik kampung tawau..
jumaat n selasa dah cuti..
semalam elok landing kt KLIA, badan Nouri dah menghasilkan bintik2 merah kecik2
ohooo..no wonder dia demam dkat seminggu tmasuk masa kt kampung..
sungguh kering hati ibu, sbb masih terus bdegil xnak on antibiotik..

seboleh mungkin xnak bagi antibiotik, sbb nk latih badan lawan sendiri..
ari tu dah hampir bagi..ingatkan kuman selesma..
tapi Nouri memang xdemam kuat..
mild but prolonged.. 
rupanya2 demam campak!

sudahnya..SAMBUNG lagi cuti.. walaupun kerja kt ofis duk memanggil2..
alahaiii..demi mu anak..!

Wednesday, March 14, 2012

Hospital ANNUR tak best..??

Amaran : INI BUKAN ENTRY MENGUMPAT.. sekadar nak share saja!

ingat lagi disclaimer pada entry INI
meh aku nak share..apa y x best..
ini bukan laa apa y aku alami secara langsung..
tetapi aku boleh laa sedikit sebanyak sahkan kebenarannya
kerana dah banyak dengar..orang ckp menda yang sama.
skali lagi..entry ini bukan nak kutuk..
malahan Hospital bersalin ni y terbaik bagi aku..
dan perbualan terakhir ku haritu  dengan Dr Khamsiah..

"Terima Kasih bebanyak Doctor.. kita jumpa 3 tahun lagi..
insyaALLAH doc kt hospital mana pun saya tetap cari doc jugak.."
terharu berbaur ketagih..akan khidmat the best gynea ni..

Namun ada jugak insan2 dan golongan2 y TAK suka hospital ni..
ni khusus untuk bersalin ek..maknanya spesifik utk bahagian O&G shj..
okehh..identiti di rahsiakan..
tetapi aku kumpulkan ketidaksukaan mereka di sini ek..

1. Cop Duit..
kihkih..standard laa kan.. pendapat orang lelain.. 
dah namanya swasta.. 
klu y bersalin bawah GL biasanya xkesah sgt
cuma jaga agar x exceed nilai maksimum yang ditanggung company..
apa yang aku bleh sahkan.. ada masanya betul..
pertama skali, segalanya sedia mahal.. kedua,segalanya nak charge..
pastu bila cek betul2 resit ada jugak menda2 yang xperlu..
kalau aku kan.. klu dapat berckap ngan doctor y preskrip ubat tu..
aku tanya doc..ubat apa nak bagi..
"hah?ponstan? ada kt umah..xpayah laa bagi.."
tu contoh laa..
prosedur yang xberapa perlu, kadang2 disarankan jugak untuk buat..
sebab ada kawan mengalami sakit y sama.. 
kawan tu xbuat pun prosedur tu, ok jek..
maknanya menda optional..dan xkritikal..kdg2 di buat jugak..
jadi laa mahal!
lg 1, kalau request nak medical report..u will be charged RM100..
dan complain lagi.. dah la bayar mahal..
lamanya nak siap! huhuuu..
nasib le labuu..

2. Sikit2 nak c-zer..
erm..ni kes senang kerja ke ek..?
y bagi pendapat ni kata..
"bacaan heart beat baby xstabil sikit pun dah nak tolak ke OT"
ntah laa..sukar kita y bukan pakar ni nk sahkan kan?
bila aku sebagai pesakit y dah g "menyerah diri" kt doctor tu..
rasa macam akan bagi sepenuh kepercayaan kt doctor kan..
ntah2 kita rasa xserius mana..
tp gynea tu, berbekalkan ilmu kepakarannya menyatakan sebaliknya..
maka bukan kaa dalam kes ini PERLU c-zer..

3. Doc. lagi satu..
alahai.. pakar O&G kt Annur ni ada 2 jek..
selalu aku ngan Doc Kham.. maka xpenah jumpa "doc. lagi satu" ni
ada laa desas desus mengatakan doc ni suka tegur n marah2 kalau kes termengandung..
maknanya xrancang.. means : anak rapat2..
pastu rajin mengamalkan hal no.2 di atas..
ntah le.. kebanyakan kengkawan y aku ada, semua patient "doc. lagi satu"
maknanya ramai jugak laa patient y memilih beliau kan..
mesti laa ada kredibiliti y best tentang "doc. lagi satu" ni
tapi bab marah anak rapat tu..MEMANG aku pernah n dah 2-3x dengar..
so, sesiapa y nak test bersalin kt cni tp anak rapat2..
sila ke Doc. Khamsiah..hehe..
kalau tidak..anda akan merasa 'xberbaloi' bayar mahal, tp kena marah lak..
huhuuu

4. Gantung kaki
sesetengah orang xsuka menda ni.. 
sbb xnatural katanya..
tp kalau gtau nurse atau doc xnak pakai.. tetap di paksa pakai..
ya.ini aku alami sendiri.. ENTRY NI 
memang mereka akan suh pakai jugak..
pendapat peribadi yang aku xberapa nk setuju..
"gantung kaki tu, bila xleh teran, senang doc nak vakum.."
ye ke..?ntah..aku bukan doctor..
y aku diberitahu, posisi tu akan mengurangkan effort kita untuk push..
means..xperlu teran separuh mati laa kalau pakai pad letak peha kt besi katil tu

5. X boleh special request
..untuk bersalin ikut cara y kita idamkan..
biasa laa, bila anak dah 4-5 orang dan kita mampu..
kita cenderung nak mencuba kaedah2 baru..
tapi Doc Annur xkan bagi..!
huhuu.. contoh nak guna teknik water birth..
Pendapat peribadi aku.. g laa hospital y betul..
mungkin ada hospital y suka melayan kehendak pelik2 ni..
dan bersedia hadapi risiko bila kaedah pelik2 ni xberapa nak menjadi di saat2 genting plak tu..
so..tolong laa cari hospital y sedemikian..

6. Check up rasa tak berbaloi..
tunggu lama, kadang sampai 2-3 jam nak sampai turn..
jumpa doctor 2-3 mnit..
bayar RM100 lebih..
ya..ini aku boleh sahkan..memang betul..
tp bg aku, skali lagi..TRUST THE DOCTOR..
mereka kan pakar..
memang jumpa sekejap je..
tp ntah2 mereka tgk sekilas je boleh tahu macam2..
mana tau kan..
sebab masa bersalin Ruhil..Doc Kham ada keluarkan ayat
lebih kurang gni..(xingat sgt dah..)
"dia ni mmg dari check up saya dah bleh nampak.."
see..? maknanya mereka take note jugak byk perkara
tapi mungkin xberapa perlu nak terang lebih2 kt kita semasa check up..


7. Doc ganti
ini another frustration..
kadang intension awal nak bersalin kt cni n byar mahal2 adalah utk jadi patient doc tertentu..
check up tiap2 bulan ngan doc tu..
tp masa nak bersalin,  hospital..
doc tersebut x available..
g oversea contohnya..
maka, dapat laa doc ganti..
frust laa kita pun..huhuu..
ini banyak kali jadi..
nak wat cmna..doc permanent ada 2 jek..
y locum xpasti ada berapa orang..
bagi aku, klu nk bersalin bayar mahal, memang harap dapat doc y kita nak..
n aku sokong orang y nk frust2 klu xdapat gynea nye time nk bersalin
; )

y bersalin government hospital mesti pelik ngan entry aku ni kan..
mesti tertanya2.. "does it really matter..?"
hehe.. untuk anda mungkin x..
untuk aku pun xde laa nak berkira sgt..
cuma ini perkongsian bagi y sesungguh nak 'melabur' kt Hospital ni..


ok..sekian saje..

Sunday, March 4, 2012

Yay..dah berlalu..

beberapa perkara yang mendebarkan bila pas melahirkan anak

1) pemeriksaan Jaundis..
berdebar je tgu hari ke-6.. Nouri di jadualkan cek jaundis..
aku buat kt Annur..
masa g xnampak kuning pun..
aku dah lupa Ruhil cek kuning kt mana dulu..
sbb Ruhil dulu dapat doktor bes.. xberapa skema..
dia tgk visual dulu, klu xketara kuning..xperlu laa amik darah..

tp doktor y cek Nouri ni agak skema laa jugak..
dah xberapa nampak, nak jugak tebuk kaki..
tp kira ok laa kaki, kalau tangan, lagi laa kesian kan..

Alhamdulillah.. bawah 10..n doktor kata selalunya hari ke-6 possibility nak naik lagi tu sangat2 kurang..
aku risau breastmilk jaundis je..
jaundis x bersebab tu.. sampai kena warded, kena lampu, kena tukar suh minum susu formula..
tp syukur, xde..
huh..lega..!

2)  Sakit jahit..
nk menunggu sakit jahit tu hilang seksa ya amat..
sbb bila masih sakit, susah bebenar nk bergerak..
tp ni dah ari ke10.. dah xrasa sgt dah laa..

tp still kena sopan santun laa kan..
risau gak..

3) Jatuh pusat..
banyak menda aku takut nk buat bila pusat xjatuh lagi..
aku takut nk mandikan..then suh mak/mak mentua aku..
aku bg pakai baju je, seluar xpakai..
aku nk bg meniarap pun takut..
alhamdulillah..arini dah jatuh pusatnya..
esok aku nk mandikan dia laa..

4) buang air besar..
ini lagi satu kerisauan ibu baru pas beranak..
ari ke-10, aku baru buang air besar 3-4x..
mujur laa x hari2..
bila terasa macam nak membuang, mula laa risau2..
terasa macam nk tercabut balik tempat jahit tu kan..
tp alhamdulillah..xteruk pun..
aku xsembelit..and tadi buang air besar steady je..
maybe luka pun dah bercantum elok..

sekian kerisauan..

Wednesday, February 15, 2012

EKSIDEN pulakkkk..!

aku ingat lagi..
Mr Asben keluar g kerja kul 7 pagi semalam..
Dia kata nk naik motor sbb senang..
memang laa..kelebihan motor berbanding keta, xde jem..
tapi bab keselamatan??

dalam kul 730pg, aku nampak ada miscall..
terus aku call balik..
dia gtau y dia dah sampai ofis..n tgh bfast..
ok!

sepanjang ari mcm biasa..
emel.. SMS.. call..
macam ari2 biasa gak..

balik umah..
time aku tgh dinner, aku dengar pintu dibukak..
Mr Asben sengih2..
tunjuk tangan merah..
n aku dapat agak ada y xkena..
dia gtau eksiden moto PAGI TADI..
masa tu kul 8.00mlm dear..!!

dengggggg..!
nasib bek time dia gtau tu, dia masih sgt cergas..
masih mcm biasa, kecuali tgn y merah xmerah tu..
klu laa dah luka balut sana sini..
mesti aku dah pengsan!

aku hanya geleng2 kepala..
dan mula curios..nk siasat byk menda laa kan.
langgar apa, cmana bleh jadi, jatuh x..

pas makan, masuk bilik..
tgk tangan, merah laa..
pastu kt tapak tangan pun merah..
yang teruk kt tepi lutut n peha..
Ungu-kehitaman besar tapak tangan..!
lebam n ada tanda2 nk bengkak..
aku ajak ke klinik xnak pulak..
aku risau satu je, bila melibatkan motor..
ari kejadian xrasa apa2..
esok lusa baru laa nampak kesan..

alkisah kejadian..SEDIH..!
sebijik macam y jadi antara motor pakcik n savy aku dulu..
Mr Asben kata, berpeluang laa rasa apa pakcik tu rasa..
bezanya TUHAN lindung banyak!
xjatuh.. (ini yang penting bg aku..)
xsentuh jalan pun..dan kakak y langgar tu masih bhati perut..
xde laa nk marah2.. atau salahkan sesiapa..

kesnya.. dua2 di jalan lurus..laju dlm 40-50km/j
Mr asben duk di kanan kereta Perdana tu utk jalan terus..
tetiba the Perdana nk masuk simpang kanan..
Mr Asben xnampak signal dia (samada xbagi atau lambat bagi..)
n The kakak jugak buat ayat "saya pun xpasti saya bagi signal ke x.."

bila masuk simpang, Mr Asben terhimpit di kanan keta..
dan banyak tahan supaya kedudukan motor kekal xjatuh..
lengan y merah tu sebab itu je contact dia ngan keta sepanjang planggaran
n peha tu sebab tahan kt seat motor tu masa nk kekalkan kedudukan.
tapak tangan, sebab dia grip handle motor kuat gila!
adehhhhhhhh..! bayangkan je pun aku rasa nk pengsan..

stakat mlm ni, xde pape..
tp esok harus aku nasihatkan dia g in house clinic kt Sony tu
n klu lebam tu smpi sengal2 harap dapat laa Cuti Sakit ke..

aku duk menunggu hari ni..
ALHAMDULILLAH.. xde pape..
klu Mr Asben warded dulu daripada aku.. xtau laa..
3x fengsannn!

asek laa aku bebel dalam ati 'keta ada, nak jugak nek moto!'
tapi menda nk jadi kan..

Monday, January 9, 2012

DUKA..weekend lepas..

Idupkan warna warni..dah ada suka, mesti ada duka..
Ruhil masih demam On-Off..
Siang mmg xdemam..
Aku perhatikan dah 4ari..
Mari malam mjelma dia dah suam2 kuku..
Pastu panas..
Ada waktu kul 3-4pg dah ok..
Ada waktu time tdo ok, 3-4pg plak panas..
Kadang panasnya 36.9C..
Kadang 38.2C..

Yang sgt haru, dia mintak sdiri makan ubat..
Ulang2 mintak..tp ubat batuk y sedap tu aje..
Ubat demam xnak!
N dia tahu y mana ubat demam..
Ubat sumbat montot pun dia kenal..
Br skali dpt sumbat.. sbb dia mati2 mengamuk klu nmpk aku pegang..
Dia kata sakit..
ya ka sakit menda tu..?aku siap beli pelincir buh kt bullet tu
Tapi aku laa ragu2, sbb makcik bukan doctor..
Ntah2 btul sakit bila aku buat..
Jadinya aku xberani buh dah..
N aku rasa bullet tu sesuai klu tersangat panas smpai 39C..
Ini stakat mild2, xperlu kut..

Masalahnya bila dia ok, nampak sgt ok..
Bila dmam tu, nmpk sgt gering..
So, bila ok, aku legaaa..
Bila jd balik, tpikir nk bawak ke Paeds dia..

Cumanya, bila siang nk jumpa paeds, dia xpanas lgsg..
Boleh mnyanyi2, lompat sana sini xberenti2..
Macam dah kebah abess..
Dah tu,cmana nk tunjuk dia sakit???
Aisehhh.. dilema lagi si ibu

Batuk berkahak, tp xlaa smpi wheezing..
Mmg bunyi kahak tu obviously kt tekak dia je
Xnak menyusu sgt, maybe sbb susu tu buat tekak dia lg gatal..
Kerjanya mintak teh..
Air masak pun xnak minum..

Bibir dah merah dan kadang2 bdarah sbb kering sgt
Bila dmam dah dtg, apa pun xnak, pastu merengek2..

2-3menjak ni, dia buat2 mcm nk nenen ngan aku..
Kesiannyaaaaaa..
Bila dah sakit mcm tu, aku laagi rindu saat2 breastfeed ngan ruhil imaan!

Dulu2, sesi nenen laa penawar segalanya..
Dia xkan merengek, sbb dia diam je bila dpt mnenen bila sakit..
Pastu aku xrisau pasal kurang air atau xmnyusu..
Sbb konfem2 cukup smuanya sbb dia asek laa melekap..
Bila sesi tu dah berakhir..apaaa pun xbleh..
Ikut ati nk je bg.. tp dah nk masuk 8bulan kan..
Risau plak klu contraction..
N lagi risau klu pas baik demam nk kna buat weaning off kali ke2..
Alahaiii sayang ibu!

Friday, December 2, 2011

alahaii..

terbaca di blog ini pasal penderitaan anak kecil..
sedihnya ya TUHAN.. 

apa y aku mampu komen..
kita sebagai ibu bapa, klu ada lebihan wang biar sedikit..
malahan, klu boleh, ketepikan perbelanjaan y xperlu demi yang satu ini..
INSURAN KESIHATAN DAN MASA DEPAN ANAK2..!
tiada siapa mintak nak sakit..
atas sebab 'tiba-tiba' laa kita kena besedia mhadapi sebarang kemungkinan..

mungkin xramai y maklum..
bila dah sakit, insuran pun xberapa mau dah anda bernaung dibawahnya..
ye laa..klu dah ada sejarah, confirm2 akan claim macam2 di kemudian hari kan..

jadi masa sihat ni laa..buat persediaan..

alhamdulillah..ruhil imaan diinsurankan dr start umur xsampai sebulan..
apa2 terjadi sebelum umur matang (x ingat berapa..) kira setel..
dan apa2 terjadi terhadap Mr Asben sebelum umur matang.pun kira setel..
after some time, bila nk masuk U, insyaALLAH ada beberapa puluh ribu dlm akaun..
bukan nk kejar ribu riban tu pun..
tapinya skang dah banyak plan y sediakan perlindungan klu jd apa2..
dan bertukar jd simpanan klu x jadi apa2..

xtau kenapa org anggap xpenting insuran ni..
sbab y untung di kemudian hari, kita jugak kan..

sekadar pesanan khidmat masyarakat dari isteri Ejen Etiqa Takaful.. hehe!

Saturday, August 13, 2011

Begitu Rupanya..

Sejak seminggu lepas.. aku sering sakit perut..
sakit yaa amat..
selalu mintak adik urut belakang..
then gtau dia.."actually bkn sakit belakang sebenarnya..
..tp sakit kt ulu ati, rasa tembus sampai belakang!"
then adik aku gtau .."itu Gastrik!!"

memola, rasa mcm x.. sbb aku dah 27taun hidup di dunia ni..
xdak sejarah Gastrik!
nk kata bila ngandung kena gastrik, xjugak..sbb imaan dulu, sihat je!

then bermula laa episod demi episod y amat menyiksakan..
tgh2 posa, tergolek2 pedih perut y rasa mcm kena cucuk2..
terasa seluruh perut cm kena hakis dek asid..
pastu was2 nk bukak posa, sbb xpasti tindakan tu meredakan ke menerukkan keadaan
maka tawakkal je puasa smpi petang..mmg azabbb..

then, kandungan dah nk meninggalkan trimester ptama..
mual mmg dah xrasa sgt..
TAPI HERAN.. napa xmual, tp tetiba dtg situasi extrem..
bebila ms je bleh muntah..
muntahnya plak, kuar cecair jernih masamnya mcm cuka..
pastu rs berangin satu badan..
terasa cm besnyaa klu 24jam ada org urut..
dah 2-3ari gtu, nekad.. ngadap doc..

lepas cerita simptom..doc sengih2 saja..
SAH GASTRIK!
aku pun xpenah kena sebelum ni, so, mmg xpenah nk amik tau apa simptom2 tu
cm biasa, balik br sibuk googling..
MEMANG aku ada hampir 90% simptom2 tu..
n muntah2 tu bkn disebabkan aku ngandung, tp sbb gastrik..
dapat ubat cecair, iaitu ubat kapur..
mmg xsedap, tp aku nekad nk cepat baik..
sbb mmg menyeksakan..
24jam xselesa perut weihh..
lapar sakit..
dah mkn pun sama saja sakit..
mkn pun mcm xmakan je rasanya
rs perut penuh angin smpi kembung2..
angin kuar sakit..
xkuar pun sakit..
kadang nk kuarkan angin sket pun, kuar ngan isi perut skali..
pastu lambat kuar angin sket, mula laa anginnya ke kepala..

Macam2 dugaan..
y paling xbes.. kena pantang makan..
xleh mkn pedas..berminyak..masam2..
n td aku google apa lg y xleh makan..
pas baca senarai panjaaaaang tu, aku tertanya sendiri..
"klu ini mcm..apa y aku bleh makan.....???"
kepada y xpenah kena gastrik tu..
SAYANGI PERUT ANDA!
adalah lebih elok klu anda xtau sakitnye cmana..hehe

Wednesday, August 10, 2011

Rahmat Ramadhan | Cyst

Entry ni nk tulis lama dah..
Tp masa jd tu xtau nk cakap apa..
n rasanya, elok laa 'bercerita n mengadu' padaNya..
y mendatangkan ujian..
meskipun belum benar2 diuji..
hanya 'dicuit' oleh cubaan kecik..
tp lumrah manusia y lemah..
lantas rasa sgt sedih, takut, risau dan bimbang..
tp buat2 mcm xde pape.. : )

masa cek baby 8 minggu..
doktor sahkan ada Cyst kt dlm rahim..
memang pun..doc letak je alat scan tu kt kulit perut..
aku sendiri nampak cyst tu dulu berbanding baby!
kesian baby..sbb tumpuan n agenda masa check up aritu didominasi oleh cyst..

CYST tu apa??
rahim kita ada kilang telur..
setiap bulan telur akan dilepaskan..itu normal..
dan normal jugak bila kilang tu membesar dlm 2 cm...
then mengecil semula..
tetapi..!
adalah TIDAK NORMAL, jika dia besar sgt..
masa check doc ukur baby..3cm..
then doc gtau.. 'awak ada cyst laa'
perasaan masa tu : xterkata, takut, risau..
Mr Asben kebetulan ada skali masa tu..
'klu lebih 5 cm..sy akan refer pakar'
masa tu berdebar..sbb doc nk cek saiz..
ukur punya ukur.. 4.7cm!
so.. doc kt 'kita monitor saiz je dulu..
klu membesar lagi mmg kena refer, n kena buang!'

balik tu, konon le xnak pikir..tp googled jugak..
dr y aku baca 60% y ada cyst tu end up ngan pembedahan..
40% tu kecut balik laa.. 
so, aku takut.. sbb menda tu jd sendiri.. ikut hormon
xde lak ubat y bleh amik utk kecutkan..

risiko cyst..
risky klu keep on membesar, xkecut2..
sbb bleh pecah..n bebaskan menda y xsehat utk kandungan n rahim
doc kata, awak mmg bleh pengsan klu dia pecah..
sbb sakit sangat..
risiko lain lak..'twisted'
ini pun menyakitkan..
cmana?aku pun xpasti..tp ada y share pengalaman..
'rela beranak 7x, banding merasa sakit bila twisted'

so, berdebarnya menunggu the next 3 weeks..
xgtau mak aku pun.. sbb xnak mereka risau..
cumanya ada refer beberapa rakan/blogger..
y aku penah dgr mereka penah mjalani operation berkaitan..
antaranya Kak Lin.. (tp rupanya beliau kes lain)
apapun, tqvm to Kak Lin..

dr forum2 y aku googled..
kebanyakannya TAK menunjukkan rasa risau..
sbb ada possibility utk kecut..
n pembedahannya xrumit (katanya laa!)
tp tu forum oversea..
xtau laa fasiliti pbedahan tu available kt smua hosp kt mesia ke x kan
maka, aku tetap risau..
pembedahan mgkn x ganggu baby..
tp kesan bius, tetap akan bg effect kt baby..
ada y kt cyst nye membesar smpi 7 cm..
tp doc nye xrisau sgt..n tgu baby kuar baru operate buang..
ada y ada smpi 2-3 bijik cyst pun ada..
so, aku pasrah je duk dlm golongan mereka2 ni..

SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENDENGAR..
check up y ditunggu2 akhirnya tiba juga..
dengan penuh debaran
Jumaat lepas..5/8 aku ngadap doktor..
ALHAMDULILLAH.. cyst tu dah xde..
dia kecut sendiri..
n lega bila doktor gtau 'biasanya bila dah kecut dia xkan dtg lg..'
SYUKUR.. rahmat Ramadhan!


Monday, August 8, 2011

cabaran Ramadhan

Imaan demam dr ari khamis..
khamis, jumaat, sabtu, ahad..
arini (isnin) ok sket,..
batuk selesma masih bersisa..

jumaat, cek suhu smpai 39.4C..
risau..
bawak g Az-Zahrah..bangi..
doktor kt demam biasa..
bg ubat demam,batuk,selesma..
arini nekad, klu xbaik lagi..
kna laa ngadap paed AnNur, Dr Khairul Azman..

cabaran btol..
aku mmg xlarat..
imaan merengek dan merab 5x ganda dr biasa..
apa2 smua nk ibu..
15 minit skali nk nenen..
aku plak dah laa posa..
asek mual..xlarat..
n dah xleh produce susu sebanyak dulu..
siang dia leh mintak chuchu ngan aku..
pkembangan subuh td..
lepas dah dkat 10x mintak nenen..
dia still tdo xlena..asek jaga je..
last2 dia mintak chuchu..
maknanya, malam pun dia bleh mintak chuchu..
lambatnyaa proses weann off budak cit nih..

Tuesday, April 12, 2011

12 jahitan dan demam

sunyi sepi blogku arini..
sbb aku x g kerja..
cuti nk jaga dua orang yang sakit..
ahad lepas..bangun tdo imaan demam..
walaupun cuma 37.1 C..tp aku tetap risau..
dan dia dah mula merengek2..
so, rancangan nk g kenduri kawen kt Hotel Palma S.Alam berubah sket..
hanya Mr Asben N FIL y g..
aku duk umah jaga imaan..
by ptg, imaan dah demam sgt panas..suhu turun nek..
n suara dah ilang sket..xmo mkn..
aku suspek tonsilitis..
abis cerita imaan, sampai isnin mlm td masih dmam..
tp suhu n emosi dah agak stabil

Mr Asben ku..
masa kt Hotel Palma SA..
sMS aku..
dapat 12 jahitan kat kaki..
waduhh..nak pengsan dgr..
duk terbayang dia duk makan sedap2 gelak2..
tp menda lain y jadi..

pas solat magrib dia nk menuju ke tpt majlis berlangsung..
rupa2nya ada pintu kaca y kena tolak bila nk lalu..
sungguhhhhhhh dia xperasan pintu tu..
rempuh..
maka pintu kaca tu hancur berderai..
sedar2 darah duk menitik2 xberenti..
ada dua bro pekerja hotel cepat2 g papah g Hospital Pakar SALAM..
itu je y terdekat..sebelah hotel
aduihhhh..
gunting2 seluar y dah penuh darah..
ada 3 luka dalam..
mungkin kena kaca..
7+4+1 = 12 jahitan kt kaki kiri..
MC 2 ari..mgu depan kena bukak jahitan
jalan pun mcm xbetul dah

dah hospital pakar..
cuci2..jait..ubat.. RM342..huhuuuuu..
pintu hotel??xdak sapa kata apa2..
kena ganti ke?? hotel nk bayar ganti rugi kt Mr Asben ke..
xpe laa..
semua tu "runcit-runcit dari TUHAN"..
aku??setia laa menjaga dua pesakit nih..

Wednesday, February 16, 2011

LeMaU

Mode ketika ini :
Lemau..ngantuk..sakit..kenyang..

Depan mata :
-Segerombolan kertas yang penuh dgn nombor
-PC y internetnya mcm kora-kora..
-Meja yang berserabut, sbb bila kemas, aku jadi xjumpa barang2 aku..hehe

Dalam mulut :
-Ada air season Buah Kundur.. utk lepaskan dahaga...
-Dalam ati nk ketuk2 kepala sbb lupa bawak air masak..
Sgt dahaga!

Kat telinga :
Headphone yang diharapkan dapat mendendangkan sesuatu yang membuka mata dan mampu menaikkan semangat..

Dalam ati :
-’bila laa luka aku nk sembuh..”
-”Imaan masih short 3 oz arini..adakah aku akan g antar y pam arini (stok utk esuk)..atau kah ku suruh Mr Asben g vroom..vroom antar fresh milk saja..oo..oooohh..keputusan besar dlm hidup aku!”
-”ya ALLAH berikanlah aku kefahaman..kerana sesungguhnya kefahaman itu dariMu
juga dan dariMu saja..”

Forecasting utk arini :
-Aku nk short naps beberapa kali ..(aci laa..)
-Balik kul 6 jugak laa..
-Mungkin akan ke taska jap..
-Nk tanya Mak Nah jap pasal Fresh Milk.. rasanya dia xbagi..
tp xtau laa, mungkin gak dia bg tp utk arini saja..
-By petang aku akan paham ttg nombor yang banyak itu..

Semua di atas berpunca drpd kecederaan jugak laa..
Smlm Imaan xpuas nyenyen kut..
Maka dia bangun 1-2jam sekali..
Aku baru nk lelap. Jaga.. baru nak lelap, jaga..
Waduhh..rasa mcm xtdo lak satu malam..
Dugaan..dugaan..
Pagi2 masak nasi goreng pun cam nak tdo kt meja je rasanya..

Thursday, February 10, 2011

Pipi Baru

Infection kt pipi anak daraku aritu buat ku sgt risau..
bila pipi xcantik, pakai comei pun tetap nmpk xcantik..sian..

tp skang dah ok dah..alhamdulillah..








Alhamdulillah..
dah ok pipi, skang tgh batuk koh-koh + selesma plak..
aku plak masih 'cedera-parah'
Mr Asben plak xde 2 ari..
waduhhh..

Tuesday, February 8, 2011

mode : macam2..

agak bz..sbb masuk lab seminggu dua ni..
so, xde laa duk depan PC sgt..
makmal kejuruteraan y penuh ngan mesin2 lain..
mesti laa sgt panas..
kadang2 duk 2-3jam aku dah sakit kepala..
huhuu..

dan aku masih lagi cedera...
huwaaaaaa.. sangat seksa..
bila laa nk sembuh..
makasih pada Ayu y kongsi pengalamannya masa cedera suatu masa dulu
bekalan hari esok short 4oz..
cemana nk buat??
no idea..

ada y tanya khabar pipi Imaan..(makasih)
dah sembuh..parut ada laa sket..
kaler light pink..
nk try buh bio-oil..
supaya xtolak 2-3ribu time nk kena pinang bila dah besar esuk..
hehe..

Friday, January 28, 2011

Makin Teruk

Ingat tak entry INI??
skang dah macam ni jadinya..

makin teruk laa..
cam melecet..pastu keluar air bisa..
klu air bisa tu kena kt mana2 bahagian lain, akan terjangkit..
contoh kt bawah dagu..
leher pun ada..

xsabar nak tgu weekend..
bleh jaga betul2 kt umah..

Bukanlah taska xjaga..
malah taska dah buat cemacam..
letak zinc cream laa..
minyak kelapa dara laa..
Terima Kasih Mak Nah..
tp nak wat cemana, ubat2 poisonous ni bleh sapu time tdo je..
so, aku xnak susahkan taska nak suh buh siang ari..
so, aku hanya buh ubat y doktor bagi time tdo mlm je..
sian Ruhil..
harap2 xtinggal parut..

ada sesiapa nak share petua2..??

Monday, January 24, 2011

Homeopathy Hasan, PKNS, Bangi

promo??
no..xde unsur promo langsung..
sekadar berkongsi pengalaman

beberapa minggu lepas aku g rawatan alternatif..
Homeopathy..
tujuan? saja2..
sbbnya adik aku 3 org dah g 2-3mgu sblm tu..
dgr cerita derang.. "macam besh je.."
sbb rawatan ni bukan macam doktor biasa..
dia xtanya apa2..
tp dia y akan ceritakan keadaan sebenar kita..
klu xcaya, cuba duk depan dia,
Dr. Hasan akan ceritakan apa y kita biasa alami..
dan kita akan angguk2..sbb semuanya btul!!

adik aku g..
duduk je dia tau adik aku period pain y dasyat..pernah operate more than 1 time..
dia mintak kita letak tangan, then dia gtau keadaan kesihatan..
apa y patut kita buat (cth : jgn ambik nasi banyak sgt..jgn minum itu ini..)

masa aku g, ari sbtu..gila ramainya umat manusia...
dr y baby smpi y tua..
pengurusan agak kurang cekap..
sbb Dr Hasan y panggil..dia jugak y rawat, dia jugak y bg ubat kt farmasi..
pembantu ada, tp ada masa, xde plak..
masa aku g teman mak aku baru ni lg besh..
masa tu baru nk bukak..
Dr Hasan tu jugak laa y vakum lantai..

nasihat, klu g ari sbtu, datang seawal mungkin..
ari lain, bleh tahan laa..
masa aku g, daftar kul 9.40, dapat turn dekat kul 12..

Imaan..
masih ada kahak 40-50%..tp xkritikal..
xlalu makan sgt..

aku..
masalah saraf belakang..
xleh duk lama..ngantuk..n sakit pinggang..
g shopping jalan2 xpa..(ya betolll doktor!)
buang air x hazam..

mr Asben..
masalah kencing xlawas..
makan banyak, tp xde senaman..
klu amalkan, bleh kena batu karang..

maka selepas 5minit duk dalam bilik rawatan..
amik ubat..3 orang Rm55 saja..murah!

ubatnya standard..
3 botol sorang..
abiskan 1 botol dulu..1 jam 1 bj..
pas dah abes baru masuk jenis ubat ke2..3jam 1@2biji..
last skali bila dah abes, baru masuk ubat ke3..3 kali 1 ari..
ubat sgt besh, manis mcm gula2.. kecik cam biji sagu..
Imaan cukup suka klu mkn ubat ni..
dia ingat gula2...

kesan2..
imaan :
masuk botol kedua, muntah2..
makan apa pun muntah..
selama 1 ari..
minum susu sket pun muntah..
tp aku xrisau..sbb Hannah pun cm tu ( hannah dah makan ubat tu lg awal)
masuk ari kedua xmuntah..cirit birit lak..
sampai 2-3 ari..
awal2 tu xberak najis..
tp berak lendir..
99% lendir..cm berak kahak dia kut..
mungkin itu fungsi ubat2 tu..
pas beberapa ari..ok dah..

aku..
cirit-birit..
bezanya ngan cirit biasa adalah..xsakit perut langsung!
rasa nak berak..g toilet, xyah teran..
kuar cm air paip je..
2-3 ari jugak..
aku pun risau..takut dehidrated
telan gak laa air garam..
tp lama2 ok laa..

mr Asben:
KEBAL. xde jd pape pun.. ngeh3

mungkin pas abes complete ubat, aku nk g wat review balik kt Dr Hasan..

dah laa ubat dia xde drug..smpi satu tahap, xperlu makan ubat dah..
klu hospital?? mungkin pas cirit xyah makan ubat dah laa..
tp cemana plak nasib mereka y darah tinggi, kencing manis..
makan ubat sampai bila2 kan??
darah stabil.. tp semua tu drug y merosakkan buah pinggang..
itulaa bezanya.. nama pun 'alternatif' kan..
bg aku, rawatan ni lebih kepada prevention..

klu ada peluang (dekat ngan Bangi) cubalah..
tp kaedah rawatan ni..memeng memerlukan KEYAKINAN dan KESABARAN!

Friday, January 7, 2011

Nikmat Kesihatan…

Hari-hari bila rindu..
Klu xpun, bila nk join contest..
Mesti aku akan browse gambar Imaan..
Go through satu2..

Antara y paling aku TAK gemar nk ‘go through’..
Ialah bila smpi gambar2 y diambil masa dia warded..
(sbb gambar bcampur2..ada folder pun caca-merba)
Tengah sengih2 tgk gmbar2 dia y mencuit hati..
Mesti smpi kt gmbar2 warded aku lajukan browse..
Sbb rasa sgt sedih..
Kenangan pahit 2010 laa kiranya..



Berkampung di Hospital..
2 Beded room..xbesar pun ruang y kami ada..
Si Imaan plak masa tu baru lincah merangkak..
Sgt terhad ruang y dia bleh explore..
Sedih aku tgk..
Dia boring..
Dia banyak tdo (mungkin kesan ubat)
4-6 jam skali dtg nurse nak amik bacaan laa
Nak bagi 5-6 jenis ubat laa
Nak neb laa..
Blum lg ruam lampin sbb asek tercirit (kesan ubat)
Nak cepat baik, akur saja laa
Dalam ati, TUHAN saja y tahu!
MasyaALLAH..
Tanya laa hati ibu mana2..
Mmg klu bleh tukar tempat dengan bayi 5-6 bulan tu
Biar bagi kita y sakit/menanggung sakit, kita akan tukar!
Bila doctor kata ‘mungkin terpaksa suction’,
Ati aku macam runtuh!
Tawakkal..
Doa aku
1) Moga2 xjadi n xperlu laa suction tu..
2) Klu terpaksa jugak, kuatkan hati aku utk melihat anak aku..dan kuatkan anak aku utk melaluinya, moga2 TUHAN kurangkan rasa sakit..
Alhamdulillah, TUHAN MAHA KAYA, MAHA MENDENGAR, DAN MAHA PENGASIH..
Reaksi Imaan sejurus selepas suction menggembirakan aku..
Macam xde pape berlaku..
Masa suction je laa, meronta2..
Tahan hati je tgk
Siap nurse cakap kt aku
“bilik tu utk bapa-bapa je, mak-mak xsanggup masuk ctu”
Itu kenangan lama..

Alhamdulillah, sehingga kini Imaan sgt jarang demam n selesma..
Tumbuh gg pun xdemam..
Terima Kasih pada TUHAN..

Kesihatan itu mahkota pada orang yg sihat yg hanya dilihat oleh orang yg sakit..
Aku nak amik pengajaran dr pepatah tu..
Semasa sihat..bersyukur!
Berhati-hati..
Berjaga-jaga..
Jangan dah sakit baru kita nak sedar kan..
Semoga ALLAH sentiasa kekalkan anakku dalam kesihatan dan kesejahteraan..
AMIINN..

Wednesday, October 27, 2010

Kul 2.45

kul 2.45 ptg..
aku baru sampai ofis..
pg2 kul 7.30 imaan bangun dh merengek2..
pegang2 badan dia, suam2 kuku..
terus capai termometer..
37.3..ayooo..
dalam kepala 'jaga je laa dia kt umah arini..'
pastu tepuk, nen..xmau tdo gak..
semua xkena..
harus laa kan begitu, dh namanya pun xsehat..
aku pun usung laa sana sini..
bawak dia tgk ikan dalam mini akuarium kami y baru itu..
sejam dua bila pakcik n cek su nye dah siap2 bangun smua dia dh ceria..
pas mandi lg laa xde rupa orang demam..
ke sana sini angkut itu ini abis umah bersepah
tgh ari sket badan xpanas dah pun..
dia pun ceria cm biasa..
las2 aku siap2, kebetulan nk antar adik2 aku nk g exam final..
trus antar si imaan g taska..
huhuu..orang dah abis baca buku, ko br nak tekan loceng naakk..

Nota buku lali :
dah lama jugak imaan xdemam..
gigi dah 3 batang keluar pun xdmam gak..
cuma aku n Mr Asben xsehat sgt skang ni..sbb tu kut..
pape pun, aku bersyukur semuanya ok..

Monday, October 25, 2010

Not very well

arini kurang sehat..
Tonsil bengkak..AGAIN..
sakit gila..nk g klinik..
daaa..

Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, September 15, 2010

Dilema Penyusuanku..

Lebih kurang 2 minggu sebelum raya, Imaan kena thrush..
Aku takut sgt kena Mastisis,
So, aku pun g laa klinik mintak ubat cepat..
Alhamdulillah, sehari dua dah lega..

Aku pun x kena Mastisis pun..
Tapi aku rasa aku dah infected dh ngan fungus tu..
Sbb simptom2 sume aku ada..
Huwaaaa..

Y paling x besh, menda ni berlarutan lama..
Walaupun aku dh sapu gel, nmpk gaya kena g jumpa doktor n amik antibiotik ke hape ke..
Skang ni dh smpai tahap teruk dah
Sbb N aku merekah..
N smlm berdarah..huuuk..
Gila sakit..
Dua2 belah infected, tp sebelah je bdarah stakat ni
Aku rs sket masa lg sebelah ni pun akan jd jugak..
Sbbnya sebelah y berdarah tu aku tgh rehatkan..
So, imaan nyusu ngan y sebelah je
Y Kiri (berdarah) aku just pam setiap 4jam, sbb klu x, bengkak teruk..
Nasib bek guna manual. so, bleh kontrol mcm2 perkara..
Thanks to my Medela Harmony!

Aku dah dekat 3 minggu duk umah..
Aktiviti 'pengempengan' imaan makin menjadi2 laa..
tu pun antara faktor aku rasa..
Skang ni sebelah dh berdarah, sebelah getting worse
Apa nk buat??

Aku berkira2 nk g beli Nipple Shield ngan PureLan Medela..
Agak maha jugk.. las2 xtahan. aku g laa beli
jumlah rm70..
PureLan ok laa..banyak membantu..
y Nipple Shield tu, bila pasang imaan gelak2..
xmau nenen..dia sengih2 ingat aku men2..
las2 dia tarik n lempar jauh2..ampeh..
Rm40 tu..aku beli y MAM punya..gila mahal, tp x guna..

Susu aku banyak mcm biasa..
Buat mermet dpt 1 oz je,
las2 gve up,guna jugak medela..
Nasib bek ok..
Aku xde masalah susu y nak minum..
EBM mmg melambak2 kt umah pun..
y problem, imaan mcm tak boleh tdo klu xmngempeng dulu..
alahai..sian aku tk
y sedeynye aku kna tunggu di ngamok2 n bul2 ngantuk..
baru bleh stat bg dia ngempeng..
sbb nk kurangkan masa mengempeng..
klu stat time dia mengantuk sgt2, 10 minit dah terlena..
klu x..alahai..lamanyaa aku menanggung sakit..
Sakit weih..

prepare for the worst..
aku xtau nk prepare apa.
imaan dh mkn mcm2, aku rs klu cmpur FM pun xde mslh
Tapi masalah mengempeng..aku sian plak ngan dia..
But buat ms ni BELUM campur pun lagi..
aku just fikir apa nk buat klu keadaan berlarutan.

Harap menda ni cepat2 setle..huwaaaaaa..

Thursday, September 2, 2010

Thrush n HFMD

Asalnya aku baca blog Yana..
Cerita pasal thrush laa..
Aku jd takut laa jugak, sbb thrush y zarif kena buat dia kena mastisis..
Aku cukup takut bab mastisis nih..

So, kengkonon aku berjaga2 laa..
Dalam ari ahad gtu, aku try korek mulut imaan..
Punya laa susah, sbb dia mmg xsuka org bukak2 mulut dia..
sapa y suka kan..?hehe..
Tetiba aku tgk lidah dia ada putih2..
Putih y pelik laa of course kan..
Pic Googled

Aku terus tepon Mr Asben..
Dia kata xpe, nnt balik tgk cemana…
Ptg tu balik dh lewat, kalut2 bukak posa plak..
Mlm tu aku suh Mr Asben tgk mulut dia..
Mr Asben kata xreti nk tgk..
Mmg xberapa clear pun..so, kami xjd laa g klinik.
Isnin tu sblm g Kelana Jaya, singgah gak klinik..
Imaan tomei..kt klinik

Sbb cm clear plak dlm mulut dia..
N badan dia panas sket
Sah!!
Doktor kata mmg thrush..common bg budak2..anak dia sume kena masa kecik2
Yang ngerinye bila suluh, baru perasan, mulut imaan DAH PENUH ngan putih2 tu
Siap masuk bontot lg ubat demam, sbb dah 38.5 C

Aku mintak Oral Gel utk sapu..
Doktor tu kata bek bg ubat antifungus y jenis makan punye..
Aku pun xnak laa nmpk mcm lebih terror dr doctor..
Aku amik je laa ubat makan tu..

Bagi makan, ok dah..fungus tu berkurangan..nampak laa..
Aku pun senang ati laa..
Sekali esok tu lutut n kaki imaan nek biji2..
Nk dekat tengahari makin banyak..
Kt tgn ada sket2..
Btul2 aku ingat tu kesan ubat y dia makan..
Y pelik dia xmau makan/telan apa pun satu hari..
Termasuk air liur sendiri..
Satu ari kami kerja duk mengelap air liur y asek meleleh..
Pastu y paling sedih, dia reject direct feeding..
Sedihnya..FIRST TIME dia xmo nyusu ngan aku..
Mula2 aku paksa, dia gigit N..sakit gila..
Masa tu aku btul2 ingat dia tumbuh gg..
Nk tgk xreti, sbb xde pengalaman tgk baby nk tumbuh gg..
Satu ari merengek y xtau nk apa..
Aku pun rasa cm nk nek angin..
Last2 di hari merdeka g jugak laa
Nak cari klinik biasa mmg tutup laa kan.
Last2 g Hospital AnNur laa..
Masa tu dh nk bukak posa dah..dekat2 kul 7

Doktor kata thrush imaan ada lg sket2 ..
Tapi skang dah ada 2 menda..
Satu lg HFMD!
Ulser penuh kt tekak imaan, sbb tu xmau telan apa pun, sakit
Huwaaaaaaa…Dlm kepala aku ‘x g keja lg aku’
Aku tunjuk ubat mkn y doktor bg first2 tu..
Dia kata “napa doktor tu xbagi gel sapu je, lg cepat”
Aduiii..bengang lg aku..xpe laa..
Dapat oral aid gel tu, terus letak..
Sejam dua pastu imaan dah nk makan n nyusu..
Nasib bek 1 ari je..klu mlm pun xmau nyusu, xtau laa apa nk buat..

Skang aku duk umah je laa jaga imaan..
HFMD mcm biasa laa, xde ubat..
Kena biar reda sendiri..
Aku dapat tau Hannah n Zarif pun kena..
Sah, mmg dapat kt sekolah..
Di tambah pulak imaan y suka merangkak sana sini
Xkira tempat kotor y aku x mop
Pastu suka kutip2 smpah kecik2 buh dlm mulut..
Aisehh..lg laa cepat melarat bintik2 berair kt lutut dia.
Seram tgk banyak, nk penuh kaki ngan gelembung air tu..
Bila raba peha smpi kaki, meremang bulu roma..
Cam jagung..rapat2..
Sian anak aku..