CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 19, 2010

Halimatus Saadiah..Motivasi penyusuan

Di kala aku tgh dirundung masalah N y terluka (terkoyak lebih tepat)
Tetiba terngiang2 kt telinga lagu kumpulan In Team..
Bertajuk Halimatus Saadiah..

Menyusukan anak aku merupakan pengalaman paling terindah y pernah aku alami sebagai ibu..
Setiap sesi penyusuan umpama kenangan manis walaupun banyak cabarannya..
Masa baru2 lahir aku tgk si imaan aku jd tembam..
Sedangkan masa tu minum susu aku je..

Halimatus Saadiah..
Ibu susuan Rasulullah..
MasyaALLAH.. klu Ruhil Imaan shj pun aku rs dpt nikmat y indah bila dpt susukan dia..
Apakah agaknya perasaan Halimatus Saadiah..
Menyusukan insan paling mulia di muka bumi..
Indahnya kan..
Betapa laa Halimatus Saadiah itu orang y terpilih..

Rasanya klu dapat peluang hidangkan mknn utk Rasulullah jamah shj pun.
kita akan berasa bangga seumur hidup..
Apatah lg klu air y mngalir dari badan kita menjadi mknn Baginda..

Indahnya..
Xdapat jd Halimatus Saadiah pun xpe laa..
Menyusukan Ruhil Imaan pun bangga gak..wink..wink..
Best oo..
Rugilah sesiapa y tak memilih penyusuan susu ibu..

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa

Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah

Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya

Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah

Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir kenyataan

Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman

No comments: