Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya, hartanya ada di seantero dunia (masyaAllah ini orang banyak kayalah), kehidupan sehariannya dipenuhi dengan mengabadikan diri kepada Allah SWT. Bersedekah adalah amalan tetap beliau, dengan harta kekayaan yg melimpah-ruah dia tetap dengan kehidupan yang sederhana, setiap kali datangnya musim haji dialah orang yg paling banyak mengeluarkan sedekah. Beliau terkenal dgn kebaikannya dan disukai oleh semua penduduk di sana. Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan masing-masing. Yang merisaukan si hartawan ini ialah bagaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan hartanya yg banyak itu…….. kerana anak-anak beliau lebih cintakan dunia….. Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yang benar, yang diredhai Allah. Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta petunjuk ……… dan…….. apa yg harus dilakukan…
Pada suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpulkan semua anak-anaknya untuk memberitahu wasiatnya…. "Wahai anak-anakku.. Tujuan abuya mengumpulkan enta semua ini hari ini adalah untuk menyampaikan wasiat kepada kamu semua sekiranya abuya sudah tiada lagi di dunia ini…" Apalagi berpandanganlah mereka kerana terbayangkan harta bapaknya yang banyak, tinggi menggunung itu... dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuya mereka..!!! Begitulah kelakuan anak-anaknya….yg membuatkan si hartawan itu sedih….
Tetapi si hartawan itu meletakkan satu syarat….. Sekiranya ia mangkat nanti, ia mahu salah seorang dari anaknya menemankannya selama tiga hari semasa ia telah dikebumikan di dalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yg akan mewarisi hartanya, dan ia juga yg layak untuk membahagikan harta tersebut kepada adik-beradik yang lain…. Sekiranya tiada yang sanggup, hartanya akan diwakafkan kepada orang miskin. Terkejut beruklah anak-anaknya itu……. lalu mereka meminta untuk berbincang adik-beradik terlebih dahulu... Abang yang sulung mengesyorkan agar diupah orang kampung yang miskin hidupnya untuk menemankan abuya mereka semasa di dalam kubur, sebab abuya mereka takkan tahu siapa yang menemankannya nanti kerana sudah mangkat dan selepas itu akan diberikan upah yang banyak kepada pak sanggup itu dan mereka adik beradik boleh menjadi kaya raya selepas itu... Dan kesemua anak-anak hartawan itu bersetuju dengan cadangan tersebut, dan segera memberitahu yang mereka bersetuju dengan syarat tersebut. Abuya sungguh bangga dengan anaknya yang sulung…… kerana pada tanggapannya anaknya itulah yang akan menemankannya nanti….. Syukur katanya dalam hati.
Keesokan harinya, kesemua anaknya pergilah ke seluruh pelosok kampung untuk mencari sesiapa yg sanggup menemankan abuya mereka… Tetapi malang, tiada siapa yang sanggup untuk tidur di dalam kubur selama 3 hari dengan mayat, ini kerja gila kata orang kampung… Setelah penat mencari, si sulung sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yg dipenuhi kambing biri-biri…..dan ternampak seorang lelaki yang gagah dengan segulung tali dilengannya. Mungkin ini si penggembala kambing, baik aku cuba tawarkan pada dia… fikirnya.. Dia pun menemui si pengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidupannya, lalu si pengembala memberitahu keadaannya yang miskin kehidupannya kais pagi makan pagi kadang-kadang tak makan sampai 3 hari, kesian kata si sulung kepadanya.. Lalu si sulung berkata mahukah kau menjadi kaya wahai si pengembala kambing? Mestilah mahu, jawapnya…. dan menceritakan tujuan sebenar si sulung berserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi…… Si pengembala kambing tersebut pun bersetujulah, demi untuk mengecap kesenangan... Baginya, dengan 3 malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar kayyaaaaa! Haha..!! Ana kayalah!! Teriak si pengembala tu kegirangan. Ini kerja senang, katanya. Kalau satu bulan pun ana boleh!!, kata si pengembala kambing tu.
Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah si hartawan tadi…. Maka bersedih dan, bercampur gembiralah kesemua anaknya. Dan segeralah si abang sulung mencari si pengembala kambing tersebut agar menemankan arwah abuyanya seperti mana yang telah dipersetujui, untuk tinggal di dalam kubur selama 3 hari 3 malam. Maka dengan segulung tali yang sentiasa berada di tangan si pengembala itu, dengan bangganya masuklah ke dalam kubur dan tidur bersebelahan jenazah hartawan tadi ni... Cuma dipisahkan dengan papan penutup liang lahat saja..... Setelah Allahyarham abuya mereka selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah si pengembala kambing bersama tali dan jenazah abuya mereka. Di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan si pengembala kambing menjadi cemas dan tiba-tiba.... si pengembala terbau yang amat wangi membuatkan ia berfikir siapakah orang yang meninggal ini, ini mesti orang yang beriman…. sedang asyik berfikir…….. terdengar suara garau dan besar nadanya memberi salam, maka terperanjatlah si pengembala tersebut, dalam fikirannya mungkin salam tersebut ditujukan pada jenazah di sebelahnya, jadi ia mendiamkan diri sahaja….. Namun tiada jawapan, sekali lagi salam diberikan dgn suara yang bertambah garau, bertambah kecut perutlah kawan itu… Tetap ia mendiamkan diri….. Masih tiada jawapan, si pengembala tersebut terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya…… Terdengar salam yg ketiga dengan suara yang amat menakutkan, dengan terketar-ketar ia menjawab salam tersebut…… "Waalaikumusssalammmm....."
"Siapa kamu wahai manusia yang membawa tali?"
"Aku adalah pengembala kambing..."
"Mengapa kau ada di sini??" Lalu si pengembala menceritakan perkara yang sebenar-benarnya yang terjadi……..
Kemudian suara itu bertanya lagi, "Apa yang kau bawa itu?" "Tali", jawapnya.
"Apa guna tali itu?", suara itu bertanya lagi……
"Untuk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yang bakal kulakukan...
Suara itu bertanya lagi…… "Dari mana engkau dapat tali ini?" Si pengembala menjawab lagi...
"Bagaimana cara kau mendapatkan tali ini?" Si pengembala pun menjawab lagi... dengan terketar-ketar... 'Aduhh.. Banyak yang aku perlu jawab ni...', kata pengembala dalam hati.
"Dari sumber mana kau beli tali ini?", suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut… dan lagi, dan lagi, dan lagi...... Semua soalan hanya pasal tali!! Bukan hanya pucat lesi, bukan takat terberak dan terkucil, tapi 3hari itu dia rasakan macam berbulan-bulan dan bertahun lamanya...! Baru soalan pasal tali!!!
Sehinggalah sampai hari yang ketiga, anak si arwah tadi pun menggali semula kubur tersebut dan mengeluarkan si pengembala tadi, dengan muka yang pucat lesi macam cicak tertelan ular ia menggigil ketakutan, membuatkan anak hartawan menjadi bingung, maka bertanyalah ia kepada gembala tersebut mengenai ganjaran yang ia mahu..
"Mintalah sebanyak mana pun, duit atau harta, kami akan berikan padamu wahai pengembala!", katanya.
"Harta??" Berpinau seketika pengembala kambing tu... "Dah, dah.. Ana tak mahu semua harta-harta tu, satu sen pun ana tak mahu, anta ambillah semua... Ana tak sanggup, tak sanggup... Ana nak jawab soalan nanti macamana... Ana punya tali pun @!$@?"(&%@!+*$#....", kata si pengembala dengan tadi dengan cerita dan kata-kata yang sukar si sulung fahami...
"Apa yang dah jadi?", tanya si sulung. Pengembala kambing pun menceritakan apa yang berlaku semasa di dalam kubur selama 3 hari itu….
"Sedangkan tali yang ana bawak ini pun sampai 3 hari masih belum habis ditanya…. inikan pula harta yang banyak tu…. Nasib baiklah anta dah keluarkan ana, kalau tidak tak taulah apa nak jadi. Macam mana ana nak jawab………! Berapa lama pulak ana nak jawab dengan harta yang begitu banyak…. Anta simpanlah harta tu baik-baik, anta gunalah dengan sebaik-baiknya, jangan terpesong dari jalan yang diredhai Allah..." Maka si pengembala terus beredar dari situ dengan seribu keinsafan, meninggalkan si anak hartawan yang tidak berfikir waras itu kebingungan dan terselit juga kekesalan.....
Ambillah ini sebagai pengajaran kepada kita yang masih hidup…
Aku petik dari..
http://www.duniarc.com/index.php?topic=631.0
Birthday cucu saudara
6 hours ago
No comments:
Post a Comment