CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 13, 2012

Ibu-ibu ku..

Ibu sendiri memang tiada tandingannya..
kalau nak suruh cerita, x habes..
Wanita terhebat dalam hidup ku sudah pasti mak aku..
tiada tolok bandingnya..
Selamat HARI IBU, Mak!

tapi di entry ini..sempena Hari Ibu ini..
aku nk masukkan seorang lagi wanita hebat..

Ibu Mertuaku..

Jika diminta sifatkan beliau dalam 3 perkataan
akan aku katakan :
sabar, rendah diri, sporting..

semenjak aku kenal beliau, xpernah sekali pun aku merasa kekok!
beliau sentiasa mampu mewujudkan suasana yang aku rasa boleh buat apa saja tanpa segan silu atau perlu berlakon jadi menantu yang baik..
ya..di hadapan beliau aku boleh jadi diri yang sebenar, di mana saja, bila2 masa.

kesabaran.. 
sepanjang hidupnya sentiasa teruji..
benarlah.. TUHAN tidak menguji mereka yang diketahuiNya tidak mampu..
kesabaran beliau tiada tolok bandingnya!
sehingga ada masanya aku doakan cucu2nya yakni anak2ku ada kesabaran yang sebegitu teguh suatu hari nanti..

kata2nya pula
sentiasa merendah diri..
sentiasa rasa dia xpandai..xreti..xcukup baik..
tetapi bagi yang benar2 kenal..akan kagum dengan kerendahan hatinya..

sangat susah nak jumpa beliau menceritakan keburukan dan kekurangan orang lain..
meskipun sekadar menyampai cerita.. apatah lagi nak duduk mengumpat dan mengutuk..
jauh sekali..memang bukan sifatnya..


ada banyaaaaak perkara yang aku sebagai menantu boleh belajar..
sebagai suri rumah tangga.
menegur yang salah pada aku..
secara langsung TAK PERNAH..not a once..
tapi aku rasa banyak yang dia betulkan..how???
secara halus dan xlangsung..


 masih bekerja di usia 50-an ternyata tidak menggugat komitmen beliau sebagai anak, isteri dan ibu di rumah..
bukan saja bagai tidak mengenal penat letih, malah sangat susah nak jatuh sakit..Alhamdulillah..
semoga ALLAH sentiasa meletakkan beliau di bawah lindunganNya..
dan melimpahkan segunung kasih dan sayang kepada ibu mertuaku..

Aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan ibu mertua sepertinya..
seperti ibu sendiri..
aku boleh bersembang, bershopping, buat kerja dan gelak sama-sama dengan ibu yang seorang ini..
 
Selamat Hari Ibu, Mak..
 ucapan istimewa untuk ibu mertuaku
Meriani Ismail
Terima Kasih kerana melahirkan suami yang ternyata kini mewarisi sifat dan kebaikan mak.. ; )

1 comment:

Jue said...

selamat hari ibu....