CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 14, 2012

TAK PAYAH laa puasa..

aku ada mencadangkan kepada Mr Asben ku..
agar TAK PAYAH puasa..
pada hari nak balik kampung..

jumaat still kerja sampai 5.30ptg..
jadiknya, maybe balik kedah jumaat malam atau sabtu siang..
so, aku kata klu balik siang hari, xyah laa puasa sabtu tu..
alasan aku.. SEBAB MUSAFIR..
eh..bukan 'alasan'..tapi 'musabab'

aku tak terer bab hukum hakam..
tapi kelonggaran adalah pemberian ALLAH..
tapi sukar kita nak terima..
why???

Mr Asben pun jawab..
"kalau rasa LARAT xyah laa.."

Keizinan iftar (berbuka puasa) apabila seseorang itu bermusafir adalah dari nas al-Quran dan al-Sunnah, bukan pendapat mana-mana pihak. Maka, tiada siapa yang boleh membatalkan keizinan yang tertinggi ini. Firman Allah (maksudnya):
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini memberikan keizinan untuk mereka yang bermusafir berbuka puasa. Maka ia merangkumi setiap yang bermusafir, samada dia sering bermusafir, atau jarang bermusafir, tidak menjadi persoalan. Keizinan diberikan kepada sesiapa yang bergelar musafir. Ertinya, apabila dia boleh mengqasarkan solat kerana musafir, dia juga mendapat kelonggaran berbuka puasa pada bulan Ramadan.

Samada dia merasa beban dalam musafirnya ataupun tidak, dia tetap mendapat kelonggaran berbuka. Ini kerana ‘illah (paksi) hukum dalam hal ini adalah safar (permusafiran). Sekalipun mungkin di zaman kini bagi yang menaiki kapalterbang mewah tidak merasai apa-apa beban, namun dia tetap dikira sebagai seorang musafir, maka dia mendapat kelonggaran ini. Apa yang penting, dia wajib menggantikannya pada hari-hari lain. - http://drmaza.com

tapi musim perayaan ni, nak meredah perjalanan 7-8jam..
xmasuk kira lagi klu jammed..
pastu kadar kecelakaan yang meningkat bila musim raya2..
bukan kah baik kalau kita pastikan diri kita segar semasa memandu..

apa pandangan anda..?

8 comments:

Ina Hashim said...

balik Kedah ke raya nih?Kedah kat ne?

CHeeSYaNa said...

More kepada malas nak ganti kot.. eheheh..

nad said...

Allah bagi kelonggaran ni bersebab..
kalu dibolehkan, utk tak berpuasa atas sbb yang boleh mengelakkan kecelakaan apa salahnya...tak gitu?
saya pun takde la pandai sgt bab2 agama ni...

Anna Da Lady Contest Version said...

hehehe

nurbijen said...

lea, akak pun sokong hubby... malas la nak ganti puasa.. lagi pun bukan mesti dia rasa tak best sebab tak puasa penuh... ekekekeke

Umialya said...

akakpn tak gitu mahir sgt..

Fatima Saiful said...

hermmm..ini pendapat aku jerlaa k. aku pun bukan alim ulamak.;).
Fikir macamni, kite bermusafir kerana Allah swt.Dan kita berpuasa hanya keranaNya. Selagi mana kita tahan utk berpuasa, berpuasa la. Zaman kita bukan mcm zaman dulu punya musafir. InsyaAllah, Allah swt permudahkan urusan kita selagi kita niat semata2 keranaNya. Aku baru je bermusafir KL-jitra-KL minggu lepas. Tapi yerlaa...4jam je dalam kereta(tak jem and bwk 160km/j tade hal). Alhamdulillah, ok je. Siap balik, boleh masak lagi utk berbuka. Ingat, kuatkan IMAN yerp!!!

p/s: terkejut dgn sikap adik ipar yang sudah baligh. die cuti puasa 9 hari. Tapi DENGAN sengaja tak puasa lagi satu hari sebab nk genapkan kepada 10 ari!!Terkejut aku dgn jawapan nye??!!nk mengganti puasa di bulan bukan ramadhan sangat berat tugasnya dik oiii!!:(

Anonymous said...

Pendapat saya..

Kepada yang musafir,Tuhan beri kelonggaran untuk berbuka.

Kelonggaran berbuka bererti si musafir mesti berpuasa dulu / dlm keadaan berpuasa dan dia ada hak untuk berbuka (atas kelonggaran yang diberi)semasa bermusafir.

Kelonggaran ini diberi kepada
sesiapa yang ada/ rasa ada kesukaran.

Tapi 'rasa kesukaran' inilah yg membezakan setiap kita..

Saya cuma tertanya-tanya apa nilai puasa kita disisi Tuhan, kalau kita rasa nilai kemampuan diri menanggung kesukaran (teruskan berpuasa walau dlm musafir) lebih tinggi dari hadiah Tuhan (kelonggaran dari Tuhan untuk bermusafir).

Wallahualam, maaf zahir batin.