CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 15, 2011

pengguna Mesia tertipu dgn TV LED??

sumber aku adalah dr blog INI
betul ke idak tgh tunggu jawapan engineer2 TV sony..hehe
tp topik ni menarik perhatian aku btul..

Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara pengeluar,TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. ”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.

”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. ”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

7 comments:

Cho Zila said...

gitu yerk.. kena amek tauni.. akak tak belipun tv baru masih pakai yang beso gedabaktu lagi.. kesian... LCD ker LED pun tak tauler...

Munn Jaafar said...

camana nak bezakan tu eh?
nak beli LCD pun xmampu lg ni..hehe..

Anonymous said...

Ini bukan kes menipu. Memang LED base on LCD but guna edge (LED) backlight. Orang yang tak ambik tau pasal technology jer yang rasa tertipu.
http://en.wikipedia.org/wiki/LED-backlit_LCD_display
OLED mmg dah di develop by Sony 3-4 tahun lepas but due to high cost and low demand, OLED TV dah discontinued.

Sabihah said...

Hishh..tak reti laa benda ni...tau tgk je..hehehe...blum mampu bli lagi..^^

semut-terbersin said...

naseb bayek parents saya beli brand sony..huhu saya tak termampu nak beli LED..dah ada plasmatv full HD kat rumah kitorang ni pon dah syukur dah..
hubby pernah citer pasal LED kacuk LCD ni masa kitorang beli tv kitorang dulu..
kalu nak betul2 tv LED kene sediakan belas2 ribu laa..ahaks tak mampu den!
betul jugak tu anon!

azura samsuddin said...

asben zura mmg x tertarik ngan LED sbb katanya sama je ngan LCD tu lebih kurang, kami minat ngan plasma :)

Anonymous said...

senang je kalau nak tau tv tu LCD atau LED yg sebenarnya..caranya mudah je,korang tekan ckit cermin display tv tu,kalau nampak mcm ada liquid kat skrin,sah tv tu LCD (liquid kristel display)..yg LED pulak tak pakai liquid.