CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 14, 2013

Kisah Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan,
ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

"Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.
Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga.
Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. 
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

 *****************
Yang paling selalu jadi..kat restoran..
order benda lain.. dapat menda lain..
tindakan biasa2 kita..?
marah? muka masam? bebel2? suh tukar? siap tengking2 pelayan?
PERNAH tak kita nak cuba merasakan
"tak mengapa laa..agaknya TUHAN nak aku makan yang ni hari ini.."

mudah-mudahan ALLAH bagi kita semua kebaikan.. 

3 comments:

nad said...

Allah....
Sangat 'terkesan'
Tq ingat kan

Umialya said...

setuju sangat2

tapi jika dapat makanan basi, rasanya ia disengajakan, betul tak?

Jue said...

peringatan yang bagus...
tetiba rasa insaf