Kami mula berpuasa di bumi Muar, Johor..
Sengaja bertandang ke sana memandangkan dah lama berjanji..
Memang seronok sebab, pakcik n makcik mr Asben serta anak2 sangat besh..
Sebelum mula ramadhan, ingat nak tepon family kt kampung..
Tp bz ya amat, xsempat2..
Pagi tadi..tergerak ati nak call..
Mak sihat2 saja bersama cek su ims yang tengah bercuti semester di kampung..
Tapi atuk n nenek berbeza keadaannya..
Walaupun aku dah berhijrah duk cni..
Tapi asalnya aku pernah sangat rapat dengan keduanya..
Malahan antara cucu yang paling rapat sebab aku cucu sulung..
Dan umah aku paling dekat dengan umah nenek/atuk..
Pagi tadi panjang jugak mak bercerita..
Cerita ketaksihatan atuk/nenek dah lama..
Tapi semakin lama semakin membimbangkan..
Teringat zaman aku kena g sekolah menengah kt Kedah..
Sedih sangat dan asek rindu2an ngan mereka..
Doaku setiap hari ..
Semoga aku sempat jumpa mereka sehingga aku abeskan tingkatan 5.
Alhamdulillah, doa itu makbul..
Aku bersyukur, sehingga tak tahu harus meminta apa lagi kepada ALLAH..
Kalau dah ajal, xkira tua atau muda..
Tapi, kerisauan aku suatu masa dahulu dah terlalu lama berlalu..
Maknanya, atuk/nenek yang tua semasa aku tinggalkan dahulu dah tersangat tua sekarang..
Keadaan semakin lama semakin genting..
Ada saatnya aku dah rasa seolah putus asa, dan bersedia jika dipanggil terbang pulang nun ke Tawau
Tetapi keadaan berlalu, nenek/atuk kembali sihat..
Cuma semakin lama, sukar untuk expect perkara yang sama..
Aduhai..
Sedih lagi bila mengenang betapa gagah keduanya suatu ketika dahulu..
Kini? Penyakit tu biasa laa.. zaman sekarang ni sapa yang xde penyakit kan..
Tapi bila mereka mula bertanya perkara yang basic2 berulang2 kali..
Dan menunjukkan tanda ‘kelupaan’ yang nyata..aku rasa sedih sangat..
Maka, pagi tadi lepas cakap ngan mak, aku bingkas g basuh n jemur kain..
Ngan air mata yang berlinangan..
Semoga ALLAH panjangkan usia mereka..
Sekurang-kurangnya sehingga aku dapat bertemu mereka lagi..