alahai.. entry ini based on email dari jabatan aku..
seorang pelajar jabatan aku dah mengalami kecelakaan..
bila baca..sedih + risau..
macam2 boleh jadi skang ni..
klu kejadian y tuju kt org tertentu xrisau..
as long as xbuat pasal, org pun xnak kacau..
tp klu kejadian random mcm ni, memang membimbangkan..
semoga ALLAH beri ketabahan hati kepada beliau sekeluarga..
dan semoga ALLAH lindungi kita semua.. keluargaku.. anak2 ku..
dan semua yang membaca entry ini..amiiin..
Saya, Pn. Kamaliana dan dibantu oleh Epul (sebagai penunjuk jalan) baru balik dari menziarahi pelajar Mohd. Ali Rahman Zulkifli di hospital Kelang. Kakak pelajar yang menjaga Ali di hospital ketika kami menziarah dan kelihatan tenang menceritakan:
“Ali dan abang iparnya baru balik dari menziarah abangnya (kini arwah) yang dimasukkan ke wad ICU kerana kemalangan jalanraya (motornya telah dilanggar lari). Semasa balik dari menziarah, ketika di lampu isyarat walaupun lampu hijau telah menyala, Ali terleka sejenak (mungkin memikirkan nasib abangnya yang di ICU itu) dan lambat bergerak membuatkan 2 kereta hindu dibelakang motornya (hindu2 samseng jalanan) membunyikan hon kereta dan mengarahnya supaya pergi ke tepi.
Mulanya dia tidak hiraukan sangat, tetapi bila diasak suruh ke tepi juga, dia terpaksa akur dan terus meminta maaf dengan hindu2 tersebut. Mereka mentertawakan dia dan abang iparnya (menurut cerita kakak Ali, lagak hindu2 tu samalah macam cerita samsing jalanan dalam drama TV). 2 daripada penumpang kereta yang ke-2 telah keluar membawa parang, terus membelasah Ali dan abang iparnya.
Abang ipar Ali yang ketika itu telah terkulai dua jarinya berlari menyelamatkan diri ke dalam salah satu kedai orang Melayu berhampiran sambil menjerit suruh Ali juga lari. Ali sempat lari beberapa puluh meter tetapi dikejar oleh hindu2 itu dengan kereta dan membelashnya lagi hingga mendapat bantuan. Alhamdulillah, ada beberap orang Melayu meleraikan hindu2 tu, dan kebelulan lalu pula sebuah kereta bomba dan membantu menyelamatkan Ali sebelum kereta ambulan tiba dan membawanya ke hospital. Keadaan diri Ali – beberapa jari tangannya yang terkulai telah dijahit, kedua2 buku lalinya juga berjahit termasuk kedua2 tangan kiri dan kanannya, bahagian perut dan bahagian belakangnya semuanya terpaksa dijahit.
Al-Fatihah untuk arwah abangnya (27 tahun) yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari adiknya ditimpa bencana sekembali dari melawat Allahyarham di ICU”
Untuk makluman, Ali mempunyai 8 orang adik beradik. Ayahnya seorang juruteknik MAS dan ibunya pula ialah suri rumahtangga. Mudah-mudaha dengan sumbangan daripada warga FKAB, sedikit sebanyak meringankan beban keluarga mereka yang telah diuji Allah SWT bertimpa2. Mudah2an mereka sekeluarga sabar dengan ujian tersebut.
Ayah Ali sedang berusaha untuk memindahkan Ali ke KPJ Subang Jaya – jika hospital tersebut boleh menerimanya untuk mendapat jagaan yang lebih rapi lagi. Kalau ada yang masih ingin menumbang, masih bolehlah sampaikan sumbangan tersebut ke jabatan nanti.
Sekian, untuk makluman semua.
dah..aku dah sedih seminggu laa jawabnya..
2 comments:
kesiannya ....jahat punye samseng jalanan tue..kurang ajar betul
lea,
sedihnya..!
sebabkan kesalahan yang sangat la sekelumit
ali ngan abang jadik mangsa
moga keluarga ali trus tabah
alahai....ksiannye bile pikirkan naseb ali..
Post a Comment