CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 9, 2011

Doa ber"VOLUME"

Dipetik daripada emel yahoogroup Taska AlHumairaa si Imaan 

Scene 1
Tempat: Di sebuah tadika.
Sebelum pulang, anak-anak murid beratur menunggu giliran. Seorang demi seorang pelajar menundukkan dan menghulurkan kepala kepada guru untuk di rukyah didoa:
"Ya Allah, Ya Tuhanku. Jadikan Azzam anak yang soleh, lembut hatinya, cerdas akalnya dan cergaskanlah tubuh badannya. Amin ya rabbal 'alamin.” Fffuuhhhh.. Sang Guru menyembur menghembus di bahagian ubun-ubun anak murid. Usap kepala (sebenarnya nak sapu air liur yang tersembur) dan mencium dahi (uhh..bau! Tahan nafas). Hulur kaki tangan, untuk di salam. "Next!"
“Cikgu..doakan lagi. Hari ini saya nak banyak nie.” Tersengih-sengih Azzam (5 tahun waktu itu) mengangkat kedua tangannya sambil menunjukkan 10 jarinya.

Ternyata anak-anak suka mendengar mereka di doakan.

Scene 2
Tempat: Di rumah
“Ummi! Tengok Abang Azzam ni..dia amik buku adik.”
“Azzammm.. berapa kali dah ummi cakap. Jangan kacau adik.  Kenapa Azzam tak nak dengar kata ummi.”
“Ummi tu..”
“Eh eh! Kenapa pulak dengan ummi?”
"Ya lah. Ummi tu yang tak mau doakan Azzam macam Cikgu, sebab tu Azzam ‘nakal’."
“Siapa kata Ummi tak doakan Azzam? Ummi selalu doakan Azzam dan semua anak-anak ummi.”
“Azzam tak pernah dengar pun.”
Ternyata anak-anak suka mendengar mereka di doakan.

*******
Kisah 2 scene di atas adalah kisah benar yang terjadi berbelas tahun lalu. Bukan Azzam sahaja, malah ramai pelajar lain turut bertanya kepada ibubapa, kenapa mereka tidak pernah mendengar umi/abah mendoakan mereka? 

Ternyata anak-anak suka MENDENGAR mereka di doakan!!

3 comments:

Hida Kadiso said...

tersentuh btol bace entry ni.. nak bace doa depan anak gak pas ni.. smoge die jadi anak yang soleh..

atie @ ejay said...

hmm..betul jgk 2..
nanti diorang pun akan suka berdoa utk kita jgk..

azura samsuddin said...

tapi betullah imaan, anak2kan suka dipuji, jdnye kalo kit emendoakan die sama mcm kite meuji dielah, mnta yg baik2 utk meke...

good entry!!