1tahun 3bulan..Lama ke?
Lama..bagiku sangat lama..
Sebabnya di awal penyusuan dulu :
- I had no idea sampai mana perjalanan aku
- Bila aku akan berhenti..
- Berjaya ke aku habiskan bf journey ini..
Apa yang pasti, aku nak berikan yang terbaik utk buah hati kesayangan aku, RUHIL IMAAN..
Sebagai pengguna tegar Medela Harmony, pernah sesekali terlitas di hati aku..
“Bila laa aku akan berhijrah ke pam y lebih baik..”
Sebab jika dikumpul tenaga tangan dan masa yang aku curahkan sepenuhnya utk mendapatkan setiap titisan air susu utk imaan, mmg laa sangat penat..
Walaupun demand imaan xtinggi
Maksimum hanya 10oz satu ari..
Tp sangat penat sebenarnya..
mmg xboleh banding dgn ibu2 y anaknya mahukan >20oz satu hari..
Sebab mereka (ku yakin) pakai elektrik/freestyle/bateri..
Jika benar ada yang menghabiskan banyak masa dan tenaga bekalkan kepada anak tersayang >20oz satu ari tp still pakai pam manual dan lebih2 lagi y semata2 Marmet, SEKALUNG TAHNIAH kepada anda..
Hanya ALLAH juga yang akan membalas pengorbanan anda yang sebegitu tinggi…
Tp bila pikir2, timbang2 semula.. aku rasa aku xperlu laa pam canggih manggis itu..
Cukup laa dengan yang ada..
Biar laa aku bersusah payah menghabiskan sisa perjalanan penyusuan ini
Yang sedari mula dulu ku tak tahu di titik mana ia akan terhenti..
Status ku pada masa ini, aku cedera dengan tersangat teruk..
Xcukup sebelah, sebelah pun sama teruk..
Sebelum ini, tumpang simpati pada
ayu dan
Ila..
Sbb kecederaan yang sama..
Tp pada masa tu aku tumpang rasa saja..
Skang dah betul2 rasa sendiri.
.
Peritnya.. dr xreti Marmet, sampai dah ‘terer’
(THANKS A LOT
Ayu!!..jasamu ku kenang!)
Tp dengan kecederaan itu, aku tetap susukan imaan seperti biasa..
Rasanya semasa menyusukan imaan dalam kecederaan.. seperti disiat2..
Pas habis nyusu, bab nk jenguk luka kecederaan satu hal plak..huhuu..cm xsanggup nk tgk..
MasyaALLAH..
Tapii..bila melihat Imaan y separa sedar di malam hari dapat ‘nyenyen’ kesayangannya selepas merengek2 ngan mata xbukak pun, rasa cam hilang sakit aku..
Itu lah kemanisan yang xsanggup aku lepaskan sebenarnya..
Masa menyusu ngan imaan sambil aku berbual2 ngan dia seolah2 dia paham semua yang aku cakap..
Pas tu segala jenis ekpresi imaan yang magically bleh bertukar kepada ‘senyuman mengupah’ bila aku tanya ‘
nak nenen ke?’..itu laa senyuman yang paling mahal..
Offer apa pun, Imaan ku xkan lemparkan senyuman yang sama sepeti aku offer susu aku kt dia..
Xmasuk lg cerita susu perahan di mangkuk yang ditunggu imaan bagai anak yang kelaparan..
Bila dia nampak aku marmet, dia tgu kt tepi, nk rebut mangkuk..
Elok berisi sikit, dia tunggang mangkuk kt mulut dia mcm makan bubur tersedap di dunia!
Dah abis, aku perah lagi, ada sket, dia tunggang lagi..dan lagi..
Ohhh My GOD!she really loves my milk!
Aku bangga..
Dan aku gembira..
Dan yang penting aku bahagia..
SYUKUR , Terima Kasih pada TUHAN.. bekalan Imaan sehingga saat ini masih cukup..
Tak pernah topup Artificial Milk..mahupun Fresh Milk (wlupun di hati ku berkira2 nk buat gtu)
Dan yang lebih aku syukurkan..
Perjalanan penyusuan susu ibu ini, tdak diiringi dengan stok yang bergantang2..
Malahan dari umur imaan 3-4bulan, aku memang xde stok!
Risau?? Tak..kerana itu rezeki kuasa ALLAH..kita xperlu risau..
Aku xkata stok xperlu.. klu ada peluang utk sedia stok banyak2..ada baiknya kita buat kan..
Kabahagiaan itu laa yang termahal..
Jimat??memang.. tp kenyataannya kita akan berhabis demi anak kan..
Bab kesihatan..imuniti terhadap penyakit, kuserah pada ALLAH..
Ku xmahu terlalu berharap kepada perkara2 gtu walaupun teorinya mengatakan
“ya…Anak lebih tinggi imuniti terhadap penyakit bila minum susu ibu”
Itu jugak kurniaan TUHAN, klu Dia nk bagi, Alhamdulillah..
Pun tidak kukakatakan “Imaan sihat sebab susuku”..tetapi sebab dah rezeki kesihatannya begitu..Jangan terlalu mengagungkan teori kelebihan susu ibu sehingga kita seakan2 menolak ketentuan TUHAN..
Dan lebih malang lagi bagi y suka memperlecehkan orang lain dengan mengatakan
“anak ko susuibu kan, napa asek sakit..??”
Siapa yang beranggapan begitu , Sila laa beristigfar ye…
Breastfeeding bukan segalanya..
Ya Btul..!
Tp ku masih tegar menyusuri BF journey ini, kerana aku nak abeskan apa y aku dah mulakan..
Terlalu sayang rasanya kalau aku hentikan di mana2 selagi ada pilihan..
Bab yang paling xsanggup aku kehilangan adalah hubungan aku dan Imaan..
Aku xdapat bayangkan klu laa Imaan xnenen ngan aku..
Mesti xde saat2 manis..
- Sembang2 ngan imaan sampai dia tertidur..
- Aku marah dia geget, pastu dia peluk cium aku..
- Imaan cari aku..
- Imaan nanges cemana pun, bleh diam bila dapat nyenye..
Semoga Imaan terus membesar bagai juara!
Ibu sayang kamu!