CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 21, 2010

Taska Al-Humairaa..

mm, gempak tajuk.. mmg laa.sbb ni taska anak aku yang besshh.. bila dah jadi ibu, taska dah jd salah satu menda y masuk dlm to-think-about list..kann..sblm ni xde ku kesah taska nursery segala..

Nama dia Taska Alhumairaa..Genius Kids Centre..huuuk..genius kaa anakku?? Ya! itu laa pandangan peribadi pemilik taska tu (Special kredit to Mak Nah), setiap kanak2..even bayi 2 bulan, ada potensi untuk menjadi seorang y genius.. di Humairaa laa bakat dan potensi ini dikembangkan..

Tetapi adakah aku mengharapkan imaan ku menjadi genius?jawapannya TIDAKK.. itu bukan lah matlamat dan harapan ku yang pertama dan utama. Pada mulanya ketika imaan berusia 2 bulan, di kala ku pening memikirkan di mana nak kuletak anak dara ku yang hanya minum susu ibu ini.. seorang kawan baikku (Kak Liza) merekemenkan Taska anaknya (Hannah cik bam). Masa tu, kriteria yang betul2 aku highlightkan dalam kepala otakku adalah Taska Rakan Bayi..

Walaupun agak mahal (orang laa kata..aku pun xtau harga pasaran kt bangi brapa) RM310.. tapi sehingga ke hari ini ku berpuas hati dengan taska tersebut. Tentatively, baby2 y ada kt ctu akan ikut rutin hidup mcm biasa, dan belajar guna flash card pada usia seawal 2 bulan.. ok laa kan. sbbnya aku pun bukannya ada masa sgt nak wat cam tu kt umah. Pastu ku tgk bdk2 y besar tu kemain suka lg ngan aktiviti derang y pelbagai ari2.. kt ctu gak disediakan makanan n xyah bagi sabun syampu bagai.. sume taska tu y bagi..of course laa ada yuran tahunan gak kan. Tapi yang besnya mereka berikan yang terbaik buat anak2 Humairaa. Xpakai bedak, pakai losen ja.. makan guna bras perang.. mknn xletak penambah perisa, gula n garam bagai.. pastu ada diari a.k.a buku log untuk setiap anak.. Cuma Mak Nah kata buku imaan xmatang lagi..kena tgu sket lagi baru leh amik.. xsabar pulak ku baca apa yang anak daraku buat ari2, perangai dia, n prestasi dia dlm pembelajaran (cheeewah, bunyi cam dah darjah 4 je..)

Mengimbau balik zaman awal2 imaan dihantar ke sekolah tu, ari2 aku akur dalam kesedihan. mauu seminggu gak aku nageshh. Ari pertama Mak Nah dah suh buka sarung kaki n sarung tangan.. huwaa..aku risau beno anak kesayangan aku tuh sejuk.. Tapi sebenarnya, pada usia tu dia dah berada pada peringkat mengexplore macam2..bila kita bukak sarung tangan/kaki, dia berpeluang untuk grip n bergerak bebas.. yess,mmg betul.. cemana dia nak grip klu pki mitten n booties tu kannnss..

masih ku ingat, ku antar start ari rabu, so mgu tu ada 3 ari je. ketiga2 ari tu ku antar half day je. sbb aku tgh cuti belajar, so jadualku fleksible.. ku amik imaan kul 1ptg 3 ari tu.. ari first antar mmg aku nanges..duk ofis cam xleh wat kerja beb.. rs nk berenti kerja pon ada.. rasa nak tepon ja taska tu setiap jam tanya imaan wt pe. rs sgt lonely tanpa imaan. kul 1 ku amik dia, masuk dlm keta kuterdengar sisa2 esakan dia..itu petanda y dia dah menangis teruk sebentar td..ooh.. rs nak nangis skali lak, ku pujuk ati. masa tu rsnya aku ngan kawan aku (fizah..special kredit to fizah jugok)

ni gambar imaan baru balik nursery ari fisrt klu xsilap..

ari kedua aku tanya Kak Mah, 'imaan xnangis ke kt skolah?'. Kak Mah jawab pendek je ' Nangis gtu aa.." huuu.. sedih ati masa tu.. awal2 dulu (sampai skrg pun) klu bleh kul 5.45 aku dah g amek anak aku..uwaaaa..


yang paling tragis kt taska tu adalah bila ku amek imaan ptg, aku check susu ebm dia hanya abis 3oz je 1 ari!!! huwaaaa.. masa tu mmg pening dibuatnya..mati kutu aku xtau nak buat apa.. susuibu.com laa tpt mengadu.. masa tu nk marah kt taska pun ada. rupanya anak ku jenis reverse cycle.. jenis minum sikit siang..n then balas balik mlm2..patut aa dia mengempeng ja bila aku balik kerja.. n bila aku experimen on weekend.. mmg dia xminum banyak.. sgt sket.. tp petang nak ke mlm tu mau tauuu.. melekat je dia. sian Humairaa.. nasib bek ku xjadik sms Mak Nah marah2 aritu..

but, after sometimes kt taska tu, imaan telah transformed menjadi budak baik.. xtau laa sama ada beliau melalui masa2 latihan yang menyeksakan, atau pengaruh kawan2..berbaik sangka, kuanggap ia hasil didikan di Humairaa.. lepas masuk skola tu, imaan jd sgt independance, waktu tdur y tetap siang ari walaupun kt umah, pastu bleh tertdur sdiri (sblm msuk skola.. susah gila nk tdokan dia), n dah xkuat nangis dah.. TERIMA KASIH CIKGU!

selama 3bulan imaan duk taska tu itu laa kisah2 y ku ingat.. skarang suma dah stabil. minum pun dah start banyak. EBM ku, sekali lagi dengan tujuan berbaik sangka, xpernah kusiasat dengan lebih lanjut cemana mereka menguruskannya.. kerana ada ramai kt ctu y minum ebm.. ada antaranya yang dah masuk abang dan adik dia dua2 guna ebm.. ku harap ok laa kan..imaan pun, sehingga ke hari ini, sihat walafiat je..

k, sapa2 rajin, tengok laa blog taska imaan..

www.geniuskidscentre.blogspot.com..

p/s - ku TIDAK dibayar untuk menulis entry ini..harap maklum

2 comments:

Umialya said...

Seronok baca kisah Imaan kt taska ni..

erm.. Kita kena berfikiran +pos. bila antar anak ke taska/bs, tak leh nak 100% 'perfect' sebagaimana kita sendiri menjaganya.

Tamb. lak kebanyakkan bs tak sanggup uruskan EBM.. diaorg tak ada knowledge mengenai pengurusannya..dari dulu lg minda mereka tersemat FM n Nestum (jika bb dah boleh makan).

Imaan09 said...

umialya..sangat betul..even kadang2 kita kena akui, kt umah pun bila kita sebok wat keja umah, ada masa anak kita nanges gak kan.. bukannya kata tinggal kt umah xnanges langsung.. alya antar bs ke nursery?