CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 20, 2012

sudah sampai waktunya...???

makcik kecik pokpek2 ini sudah menginjak usia 3tahun..


dah lama terfikir untuk tdokan dia di BILIK LAIN..
means BUKAN tdo dgn parents nye..

tp ada masalah 
1) umah aku bilik smua full!
2) dia suka merengek malam utk susu + kencing

skang masalah no.2 dah setel..
malam mmg 10@11mlm - 7pg tdo xbangun2..

masalah no.1 pun setel since Cek Su Ims dah lama ajak dia kongsi bilik..
n tanya2 mcm tu rasanya dia suka je nak tdo ngan Cek Su..

makanya aku rasa dah mula kna usha2 katil double decker
..atau at least y bleh tarik katil bawah tu
ada yang tau mana nak cari YANG MURAH!?..ibu kedekutsss

mmm, ibunya pulak.. feeling2 touching2 anak kesayangan nak tdo bilik lain..
alahaiii..
itu ler masalahnya tuh!

ok, sekadar selingan..

sblm ni kt taska, Tuan Taska pernah survey siapa parent y anaknya masih tdo skali???
aku berminat nak tanya mengapa survey itu di buat..

ada yang boleh teka MENGAPA..??
*


*


*


*


*


jawapannya.. kerana di Taska, ada yang cuba melakonkan 'adegan ringan2'
sila percaya!
 
jadi,hasil pemerhatian tuan taska ku yang sgt alert ini..
kemungkinan paling tinggi adalah kerana :
anaknya masih tdo skali, dan di malam hari anak yang tdo sparuh sedar atau mungkin terjaga MELIHAT/MENDENGAR ibu dan bapanya melakukan aktiviti yang TAK SEPATUTNYA dia nampak/dengar!!
huuuuu..seram naik bulu roma aku..
dalam hati berdoa "harap2 pelakon adegan ringan kt taska tu BUKAN anak aku.."
of kos laa tak didedahkan siapa pelakon tu kan..

mm, maka bertambah2 reason anak aku itu perlu diasingkan tdonya dari kami..
and.. anda semua bagaimana????


10 comments:

Fizah said...

1. aku bilik dah ada, katil dah ada, tp ibunya je yg masih belum ready nak lepaskan anak tidok sendiri...malam2 masih bangun cari aku nak tidok sama..yg kakaknyalah..yg adik kdg ok je..

2. ada katil double decker kat area kedai perabot sek 5 dgn harga sekitar rm199 jek...aku ada survey hr tu...kayu cipbod jela tapinya..ada juga yg blh tarik bawah

3. kalu ikut aku ada baca, islam galakkan anak mula tidur asing bila dah start ajar solat iaitu sekitar 7tahun...tp taktahulah zaman skrg cmne pulak kata jumhur ulama..tak brp clear jugekk ni

nad said...

Isy,isy,isy...bahaya sungguh!!
Zakwan ni nnt pun kene tido bilil sendrik..
Tp tggu pindah nnt la..
Kalu skrg ni sume pun tido bergelimpangan kt tkt bawah, huhu

Fatima Saiful said...

Dulu mse aku stay Bangi, aku dah ajar Aqil tido sendiri. Mase mula2 pindah Ampang nih, aku dah ajar tido sendiri walau ade beberapa malam yang die carik aku and tido same..tak kisah la. TAPI sejak kejadian org masuk rumah aku haritu, aku terus tak ajar dah die tido sendiri. Takut ade org masuk lagi and ape2kan ank aku and aku tak sedar???UWAAA!!over ke??
BUT anyway, mmg kene mula ajar laa. Cuma, bila ank lain2 jantina nih kene sediakan 2 bilik laaa gamaknyer!!!!!!

Izwa Kamaruddin said...

bahaya nyer!!

Yaati Nor said...

saya penah dgr kat taska adegan ni dilakon..siap budak tu kata klu nak tunjukkan kasih sayang kena wat mcm tu..ibu bapa kena panggil tu..tp betul gak kena asingkan..zahra dah asing tilam dah..tunggu masa nak asingkan bilikk tp bilik semua penuh dgn brg2..klu nak beli katil baik beli yg sorng kat bwk tu lg praktikal..sbb budak2 tido double decker takut jatuh..

sueada said...

bahaya jugak tue, kak.
better tido asing2. kuatkn semangat.

Anonymous said...

really...???
Di taska..????
Hummmmmm...tskk tskk tskk kena la fikirkan juga ke arah itu

CHeeSYaNa said...

zarif katil sendiri dah ada (beli time promotion cavenzi RM99 saje.. yg jenis tarik bawah tu.. sila check paper every sabtu, ye).. tp rasa cam kurang safety je bagi die tidur bilik lain sbb dah terbiasa tido kunci bilik sume..

pizet said...

plan tu tunggu umur 4 thn sok...sebab skang ni tgh mlm mesti bgn dan himpit kat tgh, padahal dia tdo buas kot, kaki kat kepala makpak dia...tp tunggu la taun depan..nak deco2 dulu

nurbijen said...

Adakah sebab lain mereka melakonkan adegan ringan tu? Dalam TV atau internet?

Huwaa, susahnya nak pisahkan tidur dgn anak2.. even skrang pun dua katil queen ada dlm bilik tidur.. huhuhu