Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu
boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya.
Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun
yang diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti
bila si petani mengucapkan perkataan “cukup”. Seketika si petani
terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan di depan matanya.
Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu. Setelah
semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana.
Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua
karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.
Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya.
Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan wang emas
hingga akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana
dia tak pernah boleh berkata cukup.
Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah
perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua
pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja
kerasnya.
Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah
target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami
berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak
menganggap orang tuanya kurang murah hati.
Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup?
Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan
hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak
perlu takut berkata cukup.
Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan
berkerja. “Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati.
Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah kita
terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan
manusia membuat kita sukar berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan
diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan
menjadi manusia yang berbahagia.
Cookies Air Tangan Hero-Hero Ibu
14 hours ago
2 comments:
insaf...
susahnya nak merasa cukup kan..
Post a Comment