betul kata kak sarah..
rasa nak menari tango..
itu lah perasaan bila terlepas satu beban yang digalas di bahu..
finally aku berjaya melalui proses viva yang sungguh suspennn..
suspen kerana aku xpenah ada gambaran prosesnya bagaimana..
1-2 minggu sebelum tarikh keramat..
aku interview rakan sekerja.. yang mungkin pernah jadi pemeriksa..
atau pengerusi proses viva..
tp semakin banyak ku korek, semakin aku nerbesss..
then aku berhenti mengorek.. hahaha
berlangsung selama 2.5 jam..
serasa bagai masa berhenti berdetik bila duduk dalam tu!
namun aku tenang..
sebut clear.. betul..dan fasih..
bila ditanya, otakku laju compute jawapan sekali dengan struktur ayat yang lengkap..
dan tiada soalan yang ditinggalkan tanpa jawapan..
sejujurnya itu bukan laa aku..
BUKAN AKU
klu betul aku, berkat doa anda..anda..dan anda yang sedang membaca ini.
perjalanan masterku sangat panjang..
gambar adalah hasil google
gambar adalah hasil google
penuh suka duka..
malah, biarpun ingin ku tumpahkan perasaan di blog picisan ini,
namun tetap ku tunggu saatnya aku boleh berbuat begitu..
kerana selagi tak habis kurasa tak layak menulis semua ini..
sebagai kononnya budak pandai..
harapan menggunung tinggi agar master research ni aku habiskan dalam tempoh default..2 tahun
lebih tinggi lagi harapanku..pastinya
namun kita hanya mampu merancang..
itu tidak berlaku..
malah ia drag..drag dan drag..
bulan bertukar bulan..
semester demi semester..
tahun menjadi tahun..
huhh..
aku??
pernah kah anda faham apa itu inferiority complex ??
tahu kah anda bahawa untuk memahaminya adalah dengan merasainya sendiri..
ye..
aku sampai ke tahap itu..
rasa sangat bodoh..
rasa tak reti walaupun menda simple..
rasa xguna..
rasa semua org asek cakap pasal aku
rasa xnak jumpa orang..
rasa putus asa..
rasa hopeless..
aku merasa semuanya..
tp aku redha..
aku berpegang yang TUHAN ada rancangan yang lebih baik..
Maha Suci, ALLAH itu tak pernah menjadikan sesuatu sia-sia
Maha Suci, ALLAH itu sentiasa perencana yang terhebat..
ini lah cabaran dan dugaan untukku..
mungkin tak cukup kuat pergantunganku kepadaNya
mungkin ada hikmah yang disembunyikan dariku..
itu pasti dan aku menunggu..
bila aku renung balik ke belakang..
4tahun nan indah..
banyak yang dah berubah..
dalam 4 tahun..
anak aku dah 2 orang..
ketua jabatan aku dah tukar sebanyak 3kali
dua supervisor aku dari Prof Madya..dua-dua dah jadi Professor
ada satu tahun tu, kedua-dua supervisor ini menunaikan haji..
maka dari xhaji sehingga kedua-duanya dah haji..
banyak dah berlaku..
tp master aku taak siap2..
bila submit draf, ada yang intrview..
apa faktor2 hingga drag ke 8 semester..?
meh aku list kan :
1) susah..
2) sangat susah..
3) memang susah..
4) bukan bidang aku..kena belajar menda baru
5) aku memang xpandai..
itu sahaja yang terjadi sebenarnya..
disebabkan aku juga adalah staff kt pentas ilmu ni..
rasa kekok bila yang menyelia adalah rakan2 seperjuangan..
biarpun tiada apa2 exemption, tetap melalui prosedur dan protokol yang sama,
tp dr segi moralnya, tetap kekok jugak
dan aku berdepan dilema watak dan peranan..
sebagai pendidik aku tahu apa research mahu..
tp sebagai pelajar aku xboleh buat..
huhhh..
rasa kekok bila yang menyelia adalah rakan2 seperjuangan..
biarpun tiada apa2 exemption, tetap melalui prosedur dan protokol yang sama,
tp dr segi moralnya, tetap kekok jugak
dan aku berdepan dilema watak dan peranan..
sebagai pendidik aku tahu apa research mahu..
tp sebagai pelajar aku xboleh buat..
huhhh..
supervisor..?
meski sangat sibuk dengan tugasan pengurusan masing2..
master aku lambat is nothing to do with my supervisors!
malahan keduanya sangat mulia hatinya..
memberi sepenuh kepercayaan..
di kala kepercayaan yang lainnya sangat rapuh..
seorang sangat faham apa yang terjadi..
seorang lagi pernah melalui perkara yang sama ketika study Phd suatu masa dahulu..
Hanya ALLAH dapat membalas segala ilmu dan tunjuk ajar yang ditumpangkan kepadaku oleh mereka..
tetapi 4 tahun tetap manis dikenang..
orang kata.. BERBALOi..
meski perjalanan yang tertinggal di belakang sangat panjang..
aku perlu melihat jauh ke hadapan..
aku hanya berharap..
semoga kesusahan PhD yang akan aku tempuhi sudah habis diserap dalam proses mendapatkan Master ni..
amiiiinn.. doakan
..terima kasih atas doa kalian..
13 comments:
Congrats!!
Manis sgt rasanya bila dah melalui 1001 liku2 sblmnya!!
Alhamdulillah ... :)
salam,
memang mencabar buat thesis..satu-satunya perkara yang buat saya fikir lapanblas ribu kali nak sambung belajar..hehe..semoga dipermudahkan laluan seterusnya..
Btw, kalau berminat dengan supplement from Shaklee saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html
thanks!
Seronoknya menaip selepas melepasi fasa mendebarkan..
alhamdullillah.. tahniah lea.. cepat2 siapkan pembetulan tu.. semua benda tu sama dengan apa yang org ngan baie rasa.. lagi2 kalau junior kerja pun dah naik pensyarah kita duk tak hbis2 lagi master.. hehe.. mmg rasa taknak jumpa org je =p moga jadi bekalan pengalaman masa buat phd nanti.. good uck untuk kita semua.. aminnnnn =)
-ayu-
Alhamdulillah..
Sama dgn apa yg aku lalui.
Inferiority complex pn dah rasa.
Congrats Lea!
-Ajat
Alhamdulillah.. mmg org2 yang pernah mengharungi nya aje akan paham :)
tahniah2!! moga sukses
Tahniah Lea...
Semua RASA yang Lea senaraikan tu saya sedang rasa skrang ni.... mmg rasa lambatnya la buat kerja... kerja yg sv expect finish within 1 weeks, ter'drag' hingga ke 1 bulan... fuhh, lap peluh jap....
Skrang ni dalam fasa menulis... nak tiap patah2 baris tu, YA Allah, susahnya... rasa masih tak cukup ilmu di situ walau berratus jurnal dah baca... Ingatkan bole submit report hujung bulan ni, tapi masih banyak yg kena tambah..
Di samping usaha, mmg doa jer selalu moga perjuangan ni berakhir dengan satu anugerah yg manis... Doakan saya juga :)
tahniah lea ^_^
Sabar.. itu harganya perjalanan ini... sayu masa nanti akan terasa manisnya..insyaallah..smoga dipermudah urusan
Lea. sy selalu feeling nk nanges tgk org baru lepas viva master/phd research. Hanya org yg lalui akan paham perasaan tu. Tahniah!Tahniah! Selamat menari tango...he he.. Nnti lepas hantar tesis siap dijilid tu, boleh lompat lebih tinggi. the real happiness!
Congrats Lea! lega kan...cepat2 buat correction supaya semua beban tu hilang terus. Org yang melaluinya je tahu..betul tu lea, sama mcm ayu tulis tu..good luck for the next chapter..amin=)
lea,
congrates sgt2 for your viva..aku tumpang terharu n sgt kagum dgn hg..perjalanan aku pun masih pnjg lg..byk btl dugaan2 yg aku tgh lalui skrg...aku hrp aku pun dpt sukses dgn apa yg aku cita2kan nnt...
Post a Comment