CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 27, 2013

Belahan Jiwa

xtau nak tulis apa..
 godek2.. 
terjumpa hasil 'karangan' Mr Asben untuk projek sampingan kilang beliau bekerja.. 
aku share di sini..
klu korang malas baca, baca yang last tu je.. 
tu je yang penting sangat bagi aku..
haha..






ada lagii..
tp dipadamkan kerana private n confidential katanya


Tuesday, September 24, 2013

perjalanan itu.... sangat panjang

betul kata kak sarah..
rasa nak menari tango..

itu lah perasaan bila terlepas satu beban yang digalas di bahu..

finally aku berjaya melalui proses viva yang sungguh suspennn..
suspen kerana aku xpenah ada gambaran prosesnya bagaimana..
1-2 minggu sebelum tarikh keramat..
aku interview rakan sekerja.. yang mungkin pernah jadi pemeriksa..
atau pengerusi proses viva..

tp semakin banyak ku korek, semakin aku nerbesss..
then aku berhenti mengorek.. hahaha

berlangsung selama 2.5 jam..
serasa bagai masa berhenti berdetik bila duduk dalam tu!
namun aku tenang..
sebut clear.. betul..dan fasih..
bila ditanya, otakku laju compute jawapan sekali dengan struktur ayat yang lengkap..
dan tiada soalan yang ditinggalkan tanpa jawapan..
sejujurnya itu bukan laa aku..
BUKAN AKU

klu betul aku, berkat doa anda..anda..dan anda yang sedang membaca ini.

perjalanan masterku sangat panjang..

gambar adalah hasil google
 
penuh suka duka..
malah, biarpun ingin ku tumpahkan perasaan di blog picisan ini, 
namun tetap ku tunggu saatnya aku boleh berbuat begitu..
kerana selagi tak habis kurasa tak layak menulis semua ini..

sebagai kononnya budak pandai..
harapan menggunung tinggi agar master research ni aku habiskan dalam tempoh default..2 tahun
lebih tinggi lagi harapanku..pastinya
namun kita hanya mampu merancang..
itu tidak berlaku..
malah ia drag..drag dan drag..
bulan bertukar bulan..
semester demi semester..
tahun menjadi tahun..
huhh..
aku??

pernah kah anda faham apa itu inferiority complex ??
tahu kah anda bahawa untuk memahaminya adalah dengan merasainya sendiri..

ye..

aku sampai ke tahap itu..
rasa sangat bodoh..
rasa tak reti walaupun menda simple..
rasa xguna..
rasa semua org asek cakap pasal aku
rasa xnak jumpa orang..
rasa putus asa..
rasa hopeless..

aku merasa semuanya..

tp aku redha..
aku berpegang yang TUHAN ada rancangan yang lebih baik..
Maha Suci, ALLAH itu tak pernah menjadikan sesuatu sia-sia
Maha Suci, ALLAH itu sentiasa perencana yang terhebat..

ini lah cabaran dan dugaan untukku..
mungkin tak cukup kuat pergantunganku kepadaNya
mungkin ada hikmah yang disembunyikan dariku..
itu pasti dan aku menunggu..

bila aku renung balik ke belakang..
4tahun nan indah..
banyak yang dah berubah..

dalam 4 tahun..
anak aku dah 2 orang..
ketua jabatan aku dah tukar sebanyak 3kali
dua supervisor aku dari Prof Madya..dua-dua dah jadi Professor
ada satu tahun tu, kedua-dua supervisor ini menunaikan haji..
maka dari xhaji sehingga kedua-duanya dah haji..
banyak dah berlaku..
tp master aku taak siap2..

bila submit draf, ada yang intrview..
apa faktor2 hingga drag ke 8 semester..?

meh aku list kan :
1) susah..
2) sangat susah..
3) memang susah..
4) bukan bidang aku..kena belajar menda baru
5) aku memang xpandai..

itu sahaja yang terjadi sebenarnya..

disebabkan aku juga adalah staff kt pentas ilmu ni..
rasa kekok bila yang menyelia adalah rakan2 seperjuangan..
biarpun tiada apa2 exemption, tetap melalui prosedur dan protokol yang sama,
tp dr segi moralnya, tetap kekok jugak
dan aku berdepan dilema watak dan peranan..
sebagai pendidik aku tahu apa research mahu..
tp sebagai pelajar aku xboleh buat..
huhhh..

supervisor..?
meski sangat sibuk dengan tugasan pengurusan masing2..
master aku lambat is nothing to do with my supervisors!

malahan keduanya sangat mulia hatinya..
memberi sepenuh kepercayaan..
di kala kepercayaan yang lainnya sangat rapuh..
seorang sangat faham apa yang terjadi..
seorang lagi pernah melalui perkara yang sama ketika study Phd suatu masa dahulu..
Hanya ALLAH dapat membalas segala ilmu dan tunjuk ajar yang ditumpangkan kepadaku oleh mereka..
tetapi 4 tahun tetap manis dikenang..

orang kata.. BERBALOi..

meski perjalanan yang tertinggal di belakang sangat panjang..
aku perlu melihat jauh ke hadapan..

aku hanya berharap..
semoga kesusahan PhD yang akan aku tempuhi sudah habis diserap dalam proses mendapatkan Master ni..
amiiiinn.. doakan

..terima kasih atas doa kalian..

Thursday, September 19, 2013

Demam x demam

ohh VIVA..

memang kena buat entry wlupun masa y ada ni patutnya aku g belek tesis aku kan
terima kasih atas kata2 semangat.. perkongsian pengalaman dan sebagainya..
ia berjaya menurunkan nerbess aku 1%..
baki lg 99% boleh buat aku demam, mimpi setiap malam dan rasa nak pitam

nak buat cmana..
kita x viva hari2 kan..

kebanyakan orang 1-2x je dalam hidup..
maka sebagus mana pun, 
logik dan normalnya memang lahh tetap berdebar dowhh..

rasa suspen ya amat..

berdialog pujuk diri sendiri..
dlm 24 jam.. ada 1 jam je aku berkata begini..
"menda dah buat, patut bleh jawab.."
"relek la, bukan dia nak bunuh pun.."
 "xde ape laa.. soal jawab formal je"

23jam yang lainnya, menda y bermain2 d kepala :
"cmana klu blur and blank tetiba"
"jangan la aku keluarkan fakta yang memalukan supervisor aku"
"nanti dia tanya part yang memang weak, cmana"
dan list yang "bisikan jahat" ni goes on..

aku takuttt..
 
huwaaaaaaaaaaaaaaaa..

sampai xtau :
baju apa nak pakai selasa nanti..?

ohhh..kalaula lompat2 setempat ke bleh hilangkan nerbess aku ni, kan bagus

Wednesday, September 18, 2013

20 Tahun

18 Sept 1993 - 18 Sept 2013

Genap 20 tahun arwah bapa ku pulang menghadap TUHAN..


Kehilangan seorang bapa ketika adik bongsuku sebaya Nouri..
Tak boleh nak rasional untuk sekadar membayangkan pun jika Nouri mengalami perkara yang sama..

Kagum dengan ketabahan mak membesarkan kami berempat.
semoga ALLAH tak uji aku begitu..
 meski tersembunyi sejuta hikmah dalam setiap musibah..

cukup lah mati sebagai peringatan..

..AL-FATIHAH..

Tuesday, September 17, 2013

izinkan aku..

meski blog sendiri..
tetap selalu beringat..
xsemua menda boleh hambur kt cni

1) kesian org lain menyampah apa kita tulis klu lebih2 sgt
2) ada masa dan ketika, menda yang nak sebarkan kt cni adalah peribadi sgt
3) mengadu dgn manusia akan mengurangkan kita mengadu dgn ALLAH.. ;)

tp arini..minta izin.. aku nk taip santai2..

aci??

sejak raya aku bz jd S/U program nak g JB..
mesyuarat rasmi, tp bleh angkut family
macam2 halangan.. setiap hari ada je masalah n cabaran
nak kejar org2 penting.. nk tgu lulus.. dah lulus tp byk mslh lain..
adoyaii..
bayangkan, dr raya aku uruskan, 1 hari sebelum bertolak ke JB baru betul2 setel..
menda simple took 2 months nk setel

tp alhamdulillah..
sangat mudah dan lancar segala urusan di Resort tersebut..
niceeee.. pekerja semuaaaaaaaa baik dan ramah.. bilik besarrrrrr dan murah!

sampai JB, harus laa ada tempat tertentu lain y aim nak pegi..
tp dpt g JPO je.. huhu..
segala-land xsempat g..

smpi JPO..



Mr Asben mmg nk cari jeans..
dia jalan dukung Nouri.. aku plak bw Ruhil asing singgah beberapa outlet..
sepanjang jalan anak aku bebel..
"ibu..xde pun barang budak-budak.. ruhil nak kasut budak-budaaak"

kepala aku rasa kembaaaang dengar..haha

masuk GAP..
ada kwsn y ada GAP Kids.. aa sudah!!
dia tarik satu kasut penuh bergaya..

yess, berjaya google..
dia tarik xnak lepas ko!
harga boleh laaa beli, tp aku nampak mcm nk menari ballet je pesennya!
lama pujuk, aku berjaya bw dia keluar..

sampai outlet clarks..masuk tgk..
kt cni xdapat larik la kan.. hahaha..

dia tunjuk, dia pilih, dan dia stick kpd pilihannya wlupun ada banyak y lain

huh, 3 taun lebih dah ada taste sdiri..
sabo je la aku budak ni

dah beli kt kakak, kna la bli kt adik gak..

lepas beli tu..baliiik..jangan lama2..
haha selepas program berjalan lancar.. balik bangi.. 
haruslaa menempuh JAMMED.. 
anak aku Nouri menangis sungguh2 sebab lapar..
 sedih gila tgk.. 

tp terperangkap dlm jammed keta banyak n ada accident kecik2 4-5 tmpat.. 
so mmg tambah jem la 
balik umah, rehat..

 n minggu ni adalah MINGGU TDO X LENA.. 
sebab minggu depan aku ada viva Master aku.. 
huhhhh.. 
lappp peluh.. nerbes seminggu jawabnya.! 
doakan aku kawan2 

selain tu.. bukak organiser.. 
lusa cousin aku dtg, maybe tumpang tdo kt umah
hari y sama ngan viva, mak aku sampai KL
pas abes viva ada 1 journal paper nak submit..
 

abes laa, full jadual, cmana nak men Candy crush ni..hahaha.

sekian entry xde topik tertentu..

Friday, September 13, 2013

Selekoh

Berita gempar 2-3 hari lalu..
kemalangan maut di jalan bangi-dengkil yang mengorbankan ibu dan 3 anaknya..
Kancil bertembung lori..
Sedihnya masih terasa..
terutama mengenangkan anak2 arwah yang lain yang dah kehilangan ibu dan adik2..

Tempat kejadian adalah sebahagian jalan yang aku lalu hampir setiap hari..
menjadikan aku fobia bila lalu sepanjang jalan tersebut..

Pernah suatu ketika dahulu,
ku menumpang kereta seorang sahabat..
lalu di selekoh2 tersebut, beliau berpesan..
"2-3 dari selekoh2 ni sangat bahaya.. kena ingat ALLAH lebih sikit bila lalu sini"

sungguh..!
sehingga ke hari ini..aku ingat dan amalkan pesanan tersebut
meski tgh bersembang..tgh dengar radio.. atau tgh menyanyi ke..
lalu 2-3 selekoh tajam tu je aku akan STOP semua aktiviti di atas..
lidah baca doa naik kenderaan.. hati sungguh2 ingat ALLAH, minta agar dilindungi..

selekohnya sangat tajam..
malah ada yang dilindungi bukit..
sehingga jantung rasa terhenti 2-3 saat bila lalu selekoh yang terlindung bukit ni
suspen je tgu kenderaan dr arah bertentangan..
sbb memang xnampak..
kita xtahu motor ke, keta tu laju gila ke, keta tu nak terbabas ke, ada jammed ke..
macam2 kemungkinan..

di selekoh tersebut, hanya boleh hati2.. pandu cermat..
nak bawa sangat slow, memang akan mengganggu orang lain..
sebab semua orang pun nak laju kt ctu..

sehingga hari ini.. aku masih selamat.. 
semoga esok lusa lalu situ ALLAH izinkan aku ingat DIA lagi..


p/s - cuba korang temuramah sesiapa yang penah accident..
suh dia ingat balik, masa kejadian, dia ingat TUHAN x..?
aku dah buat beberapa.. jawapannya memang TAK..
; )
begitu laa kita..


Wednesday, September 11, 2013

POLEMIK

Best merenung masyarakat.. :]

macam xjemu-jemu berdebat..
isu halal-haram
isu harga minyak naik..
isu harga barang..
isu harga umah..
isu politik..
isu ASB dan pelaburan lain
isu PTPTN

agaknya masalah diri sendiri dah setel kut eh..
tu yang susah2 pikir masalah org lain..

klu tgk facebook seminggu dua ni lagi 'muntah'

tp polemik tentang pelbagai perkara2 di atas dah berapa lama ntah berlangsung

namun adakah antara kita..kita dan kita yang membaca ni
(terutama yang menulis)
pernah menjadikan polemik ni sebagai punca untuk kita rasa bersalah dan BERDOSA dgn ALLAH..?
xde..
kita nampak dosa orang lain je kan..

kita hidup didalam kitaran dunia yang penuh persoalan sekarang ni..
bukannya di dalam gua di hutan mana2..

Zaman Rasulullah dulu sistem adalah 200% syariah-compliance,
tetapi Rasulullah dan sahabat solat taubah puluhan rakaat sehari..

kita ni kalau ikut2kan kena tambah banyak rakaat lg la kan..
sebab dunia dah macam ni..

tapi adakah?
sekurang-kurangnya klu xmampu nak sujud banyak2..
cukup skadar rasa berdosa di dalam hati..
AND because of that pls STOP ALL THE NONSENSE DISCUSSION..

klu xder rasa sebegitu, then polemik ni xmengubah apa-apa pun..
apalagi meningkatkan iman diri sendiri.
: )

Jangan ubah yang xmampu ubah..bersyukur..jangan complain..
begitu lebih membawa ketenangan..
 
just do ur part..

Faiz..n kak Lynd..pinjam entry.. semoga bermanfaat



Friday, September 6, 2013

aku rinduu..

Betapa indah bumi bertuah kelahiranku..
Tawau yang dirindui..

200 meter radius dr umah kt kampung aku..

ada pokok rambutan bleh petik ngan tangan je..

10-15 pokok betik buah tumbuh subur sampai burung xlarat makan n pokoknya tumbang xlarat tampung

ada berpuluh pohon durian.. sampai xlarat kutip..

ada bahan memasak y bes..
serai puluhan rumpun..
pandan
cili besar & cili burung
lengkuas
kunyit

ada pohon ciku merimbun buah xpenah putus..

ada puluhan pokok kelapa, bukan takat minum, nak mandi air kelapa pun bleh

ada labu, ada sayuran2, ada mangga, cempedak nangka..

huwaaaaaa.. :(

and the list goes on..

kerana tanah sendiri yang luas terbentang
dan kerana generasi-generasi sebelumku rajin berbudi kepada tanah..
dan tangan mereka punya magis lalu tanam apa pun kembang mekar subur
x macam tangan ku y tanam apa pun, mati kering.. uhuuk

di pasar/fish market harian..
tangkapan ikan segar dari laut dalam.. mendarat dan terus dijual kepada org ramai
soalnya bukan nak beli berapa ekor.. tetapi berapa kilo??
soalnya bukan segar atau xsegar.. tetapi yang lebihhhh segar bersaing dgn y segar jugak

berapa kos utk makan seafood d bumi Bangi?
rm29/kg utk udang saiz jari aku
rm28-29/kg utk ketam

di bumi Tawau..
rm15/kg udang laut selebar 2-jari-kelingking ku..
dan rm 10 untuk ketam yang hanya 2 ekor dah cukup sekilo!
dpt sepit sahaja pun dah kenyang..

lupa nak amik gambar menu kt restoran kt Tawau
dalam menunya.. harga ikan stim..3 rasa dan sebagainya kan dikira ikut harga 100g
menu restoran kt bangi rata2 rm8-11 setiap 100g

tetapi menu restoran kt tawau rm2.50 - 4 setiap 100g..
pengsannn..!

bertindak mengikut keperluan..
maka di bangi aku enjoy ayam daging & kambing sahaja..
sbb lebih murah harganya berbanding kt tawau

teringin sgt nak mkn seafood..
tgu la sesiapa balik dr Tawau kirim sekilo dua
atau tunggu laa balik Tawau baru melantak!

ni antara ole2 yang dikirim kawan dr Bumi tawau..
gambar y menggemparkan FB aku..haha

dua ekor mendiami ruang beku peti ais ku
budak ni takuuut, akhirnya mewan ketakutan dan memberanikan diri memegang dan bergambar ngan si lobster..


Harga pasaran di cni (itu pun klu ada) seekor dlm 400g rm120
Harga pasaran kt Tawau (hari2 adaaa) sekilo (2 ekor) rm 75!

sekian meroyan..
minta maaf jika ada ayat sarkastik
aku sekadar mempromosi bumi kelahiran sendiri
dan minta maaf jika gambar menyebabkan anda lap air liur..

Jom Tawau!!



Thursday, September 5, 2013

Lebih baik tak tahu..

baru sebulan dua mengikuti page FB Bandar Baru Bangi..

banyak perkongsian berguna dalam tu..

kisah masyarakat..berita terkini..iklan..pengumuman..perkongsian

tapi yang asek keluar dlm tu adalah 
samun/rompak/ragut/pecah

SETIAP HARI.. malah BEBERAPA KES dalam sehari..

dan jadinya pulak di kawasan berdekatan 
yang aku duk selalu pegi jugak kadang2..

sudahnya.. hidup dalam ketakutan..
rasa bimbang.. rasa sgt berisiko..
tgk org nek motor pun aku pandang suspiciouuuus je..

mmm, adakah lebih baik kita xtahu..?

kalau x tahu x berjaga2 pulak kan..

langkah keselamatan yang aku mula ambil :

1) letak handbag kt tpt letak kaki

2) nak turun keta..nak nek keta atau nk cross jalan.. perhati 100m radius..ada suspicious person x?

3) jalan tepi kedai.. jgn jalan tgh jalan.. senang motor nk rembat beg..

4) handbag jgn bw cash banyak (mmg xpenah banyak nak buat cmana kan..haha) klu ada poket, transfer hp n kad2 penting dlm poket.

5) sangkut handbagku y xde pape tu sket je kt bahu, kira klu ada org tarik.. biar laa kt korang.. y penting aku xjatuh terpelanting/cedera

6) jgn pakai gelang emas smpi buat mata penyamun terjojol 

7) buat muka selenga.. mcm org susah hati duit xde.

8) jalan laju2, jgn leka2 sembang (tp susah nak jln laju klu pimpin tangan anak)

9) masuk keta-tutup pintu-tekan lock - mesti kurang daripada 5saat! klu nak sembang, susun barang, hidup enjin, dengar radio bagai semua selepas tu

10) jangan cari pasal atau buat org get annoyed kt jalan raya (we never know who we deal with..penyamun2 samseng ni bersepah2 di mana) - lebih baik mengalah.. bg jalan..atau jgn buat perkara y memanjangkan cerita.. paham kan??

11) bila kunci keta.. pasang kunci rumah.. tinggalkan anak kt taska.. hantar suami kt tpt keja.. detikkan dlm hati "TAWAKKALTU A'AL ALLAH!" semoga ALLAH mendengar rintihan hatiku..

yang last tu.. biar pun terakhir ku taip.. tetapi itulah yang paling utama.. 
usaha kita..berjaga2 kita..kudrat kita.. memang xboleh jamin apa2 pun
semoga ALLAH pelihara diri kita, hati kita, harta dunia kita dan harta akhirat kita.. amin!


Wednesday, September 4, 2013

rasa muda

punya anak perempuan yang sangat terserlah keperempuanannya..
very-the-princess-like..

beliau menonton pelbagai filem panjang mahupun pendek berkaitan princess


Barbie

Princess & pop star

Rapunzel (Tangled)

Princes in the pink shoes

Life in the dream house 



3-4x sehari.. setiap hari.. full movie!
menonton xberkelip mcm first time tgk..

hasilnya kepada ku..???
aku suda hafal lagu2 yang ada dlm movie tu
(dia pun hafal.. tp sebutannya xclear sgt)

di waktu senggang..
ibu dan anak menyanyi duet bersama..

"To be a princess is to know which spoon to use
To be a princess is a thousand pairs of shoes
Have your breakfast served in bed
Wear some diamonds on your head
Get a foot massage and mani-pedi too
To be a princess is to live a dream come true"
-To be a princess, Princess and The Pop Star-

"Here I am.. Being who I want.. Giving what I got
Never a doubt now
Here I go..burning like a spark
Light up the dark again"
- Here I am, Princess and The Pop Star-

"Listen to the beat of your heart 
Keep on dancing..keep on dancing
Shine just as bright as a star
Keep on dancing.. keep on dancing
..‘cause dance is who I am"
- Keep on dancing, Princess in the Pink Shoes

"I wish I had her life
Then I would be so free
I wish I had her life
I’d be another me "
- I wish I had her life, princess and The Pop Star- 

dengan me'layan' lagu2 di atas dgn penuh perasaan dan penghayatan lirik..
AKU RASA MUDAAAA..

yaakktuiiihh!

Tuesday, September 3, 2013

tersentak..

tajuk xbleh blahhh..
heee..

smlm contact kawan2 lama..

ada yang bertanya..

Lea masih duk bangi ke..? masih aktif blogging..?

tetiba rasa serba salah nak jawab soalan no2..

huhuhuuu

ok2.. mulai hari ni, ku janji 1 hari 1 entry..
untuk lebih konfiden jawab soalan no2 tu..