dikalangan yang membaca ni,
ada tak orang yang xde hutang langsung..??
angkat tangan tinggi2..
aku xsuka nak buka masalah sendiri kt orang lain..
tp rasanya masalah hutang ni adalah masalah umum dah skarang kan..
maka, seperti yang lain..aku juga ada masalah hutang..
malahan rasa macam teruk sangat dengan hutang keliling pinggang..
seorang makcik yang hidupnya sgt susah..
menceritakan kepadaku akan nasibnya..
"hutang makcik ni.. keliling pinggang dik.."
aku hanya angguk2 faham..
namun di dalam hati..
kalau dikumpulkan hutang nya dan hutang2 ku..
pasti2 aku nyer lagi jauh banyak!!
besar periuk.. besar laa keraknya..
banyak makan.. banyak laa beraknya..
tak boleh lari kan dari pepatah2 tu..
ada masanya aku rasa sgt terbeban dgn hutang..
sampaikan rasa kehidupan mak aku dgn kerja xtetap di kampung nun
jauh lebih bahagia berbanding kehidupanku..
tetapi, bila memikirkan kesusahan akibat hutang xabes2 ni..
aku bersyukur..
bersyukur dgn keadilan TUHAN..
nikmat yang terbesar dan terindah.. adalah kesihatan..
terutamanya anak2..
ada hutang keliling pinggang..
tp anak aku sihat..
tp aku masih merasa CUKUP kecuali terpaksa menahan diri kepada beberapa perkara yang xpenting
susu ibu masih terus mengalir utk dibekalkan kpd anak2..
ada beras n lauk utk dimasak..
xpernah jadi bahan nak gaduh dgn Mr Asben soal duit ni..
ada waktu orang tu orang ni belanja makan..
di kala aku susah, Mr Asben plak ada duit lebih..
ok la tu kan..
macam tu laa pusingan roda kehidupan..
bila duduk saja.. aku cuba pusing masa..
betapa indah aturan TUHAN..
aku memang xkaya.. xhidup senang..
sukar nak demand itu ini terutama yang x penting..
tetapi ALLAH mengatur segalanya dgn indah sekali..
detik2 dapat bonus..
atau duit yang x disangka..
atau aturan masa di mana claim aku tertunggak n dapat semula..
sungguh KENA pada masa keperluannya..!
menjadikan hidup begitu indah jika ingat kepada Yang Maha Pengatur..
dan disyukuri..
yang tiada jangan kita kesalkan..
yang diberi.. kita panjatkan terima kasih kepada yang memberi..
dan SEGUNUNG SYUKUR KEPADA YANG MAHA PEMURAH..
sesungguhnya semua datang dariNYA..