CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 4, 2012

Kita PASTI ke SANA

macam2 perasaan bila browse gambar raya y adik aku bw dr kampung
dia balik raya kt Tawau..aku tak..
ada yang bes..
ada yang nak tergelak..
ada beberapa perubahan yang aku perasan..
umah baru mak aku dah nk siap..
sepupu sepapat aku yang kecik2 dah besarrr..(aku cucu sulung)
aiii..macam2..
ini aktiviti wajib setiap tahun..
memandangkan aku balik raya dua tahun sekali..
maka dua tahun sekali laa aku melaksanakan aktiviti ini..
dan tahun ini aku XDAPAT LAKSANAKAN lagi..
tapi doa sentiasa mengiringi arwah..insyaALLAH
ni pusara Arwah Bapa tercinta..
Moga tenang dia di SANA..

2 minggu lagi genap14 tahun tanpa bapa..
dia pergi tak di sangka..
namun yakin, TUHAN titipkan hikmah atas setiap takdirnya

kini dalam hidup aku terlalu ramai generasi tua..
berpeluang hidup dengan moyang umur hampit 100thn yang terlantar..
kini dia juga sudah pergi menghadap Pencipta

FIL aku sekarang, terkadang kena serangan kencing manis..
sampai masuk ICU bagai..
 dan ada waktunya pasrah melihat beliau seakan tiada harapan
alhamdulillah kembali ok, tp kena bersedia,
boleh jadi serangan bila2 masa saja..

tokwan dan tok Mr Asben juga xsihat..
dah tua..

mmm.. tetapi memang keuzuran mereka menginsafkan!

terkadang aku melihat mereka dengan penuh tanda tanya

"akan tiba saatnya INSYAALLAH aku akan hidup tua begitu..
pada saat itu, adakah anak/cucu nak jaga aku..??"

yang belah2 Mr Asben ni ada jugak kadang2 kami balik jenguk..
atau mereka ke KL

ini wajah yang kurindui.. sudah terlalu lama aku tak melihatnya..
hilang sudah kederatnya untuk melakukan pelbagai perkara rutin..
ada waktunya terbaring kesakitan..

alahaii.. moga dipanjangkan usia..

ini umah usang aku..
umah di mana aku dibesarkan..
kini sudah terlalu usang..
kebanyakan waktu aku risaukan mak aku yang duduk seorang di rumah ini..

InsyaALLAH moga diizinkan..
umah ini akan siap mungkin seminggu lagi..!
teratak baru mak aku..
moga ALLAH murahkan rezeki aku utk sama2 mencantikkan umah ini

Ramai yang telah pergi..
ramai yang tengah uzur..
betapa aku mengharap yang satu ini tidak akan tua..
tidak akan uzur..
dan tidak akan pergi..
ohooo..
mungkin itu harapan setiap anak kan..?
semoga jadi harapan anak2 aku suatu hari nanti..


Di matamu masih tersimpan selaksa peristiwa
Benturan dan hempasan terpahat di keningmu
Kau nampak tua dan lelah, keringat mengucur deras
namun kau tetap tabah hm…
Meski nafasmu kadang tersengal
memikul beban yang makin sarat
kau tetap bertahan
Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan
Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
kini kurus dan terbungkuk hm…
Namun semangat tak pernah pudar
meski langkahmu kadang gemetar
kau tetap setia
Ayah, dalam hening sepi kurindu
untuk menuai padi milik kita
Tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan
Anakmu sekarang banyak menanggung beban


TITIP RINDU BUAT AYAH..
by EBIET G. ADE

5 comments:

Salina@IbuAqil said...

Sobsssssssssssss!!
Satu lg entry yg wat ina touchinga rini..
Itulah JANJI kita kan sis..
Kesana itu PASTI.. ;)

CHeeSYaNa said...

sebak nyer entry ni.. sobs sobs

Izwa Kamaruddin said...

semoga mereka dipanjangkan usia dan kederat,amin ~

sedih :(

nur easy said...

kalaulah boleh kita kekalkan apa y ada dan berubah dengan apa y kita nak kan.. alahai sayu rasanya..

al-fatihah buat arwah dan al-fatihah jg buat y masih hidup. semoga kita tabah dgn takdir

suhaina laui. said...

tersentuh.....sabar yea....