CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 31, 2012

Langsir

Baru je tukar langsir bilik baru2 ni..
Pastu masa bukak basuh n jemur. Terjatuh..
Ni la nasib org duk apartment..
Jemur kt beranda, jatuh ke bawah
Jatuh 2 keping, g kutip dpt sekeping je..
Huwaa..

Sudahnya termenung aku tgk langsir nan tinggal sekeping
Tnya mr Asben pa nak buat??
Dia kt kna g cari kain laa..
Tetiba aku teringat kain lapik meja masa besday ruhil.. Hahaha
Kebetulan sepupu n adik ipar ada kt umah
Dgn berbesar hati mereka menjaga ruhil n nouri..
Berjimba laa aku ngan mesin jahit yang dirindui..
Potong sana sini..
Jahit sana sini
Sambung mana patut
Tempek mana rasa perlu..
Tadaaaaa..
Moral : selain kena bercuti utk luang masa menjahit, mungkin bleh jemput adik ipar n sepupu dtg lagi jaga kanak2, so ibu bleh MENJAHIT..






Wednesday, December 26, 2012

mari beli..

mmm, yang kaya2 tu.. 
Mari singgah beli..
ada 2 item ni dalam simpanan..
selain makan ruang kt umah aku..
menggoda dan memanggil2 mintak dibukak dan digunapakai!!

maka nak cepat2 let go..

1) BRAVIA..model 46BX35
NEW IN BOX..unopened..
46 inch, full HD.. LCD..
Harga pasaran RM2199..
Harga let go --> RM 1900 nett
Termasuk hantar ke kawasan terpilih..


2) Blu-Ray Home Theatre System.. model BDV-E190
NEW IN BOX..unopened..
Harga pasaran RM899
Harga let go --> RM600 nett
Termasuk penghantaran ke kawasan terpilih

 

Saturday, December 22, 2012

Misi GAGAL..

22 Disember 2012..
genap budak kenit ni 10 bulan..



TARGET ibu adalah "Nouri boleh mula berjalan/melangkah SEBELUM masuk usia 10 bulan..?"
kerana Mr Asben ku boleh berjalan di usia 8 bulan!sila percaya
maka aku mengharap ada anak aku yang mewarisinya..haha..boleh tak mcm tu

Ruhil dulu jalan masa 10bulan lebih..
maka nampaknya Nouri pun begitu..

sehingga petang tadi, Nouri dah..:
1) berdiri dengan yakin dan cepat bangun dari posisi duduk ke berdiri
2) boleh 'meniti' 1 umah dgn meraba memegang dinding..

xpueh ati..
kakak Taska kata kt taska dia boleh jalan 2-3 langkah..
tp kt umah xnak pon..huhuuu..

dengan ini aku isytiharkan MISI AKU GAGAL..

sebelum berpisah - tahukah anda, kebolehan melaksanakan sesuatu kebolehan pada usia yang tepat atau pada awal usia adalah banyak dipengaruhi oleh faktor luar seperti RANGSANGAN..
maka sbb tu laa 'misi' aku katakan gagal..!

dah puas merangsang..
latihan berdiri dan paksaan suh cuba berjalan ntah brapa puluh kali sehari..
huhaaaa..

Friday, December 21, 2012

Ketagihan

Meski di'hambat' waktu dan kesibukan luar biasa..
Ku ketagihan dengan menda ni..
Ketagih nak makan biasa2 sajok..
Tapi ketagihan nak BUAT..
For me very easy.. Tp nak cari doyan tu y malas..
Part yang PALING BEST adalah melihat orang lain gembira dapat makan..



Tuesday, December 18, 2012

Sambil-sambil

Bercuti sambil bekerja atau bekerja sambil bercuti....??

Saturday, December 15, 2012

Selamat tinggal anak2 ku

Ari ni adalah hari PENUH SEJARAH..
Aku rasa terpisah jauh dengan kedua2 anakku..
Tetapi dlm kes yang berlainan..

RUHIL IMAAN..usia 3 tahun sebulan lebih..
Ari bersejarah di mana tiada lagi pelukan di waktu malam time tdo..
RUHIL DAH TDO PISAH NGAN IBU..
N malam ni adalah malam testing.. Harap semuanya ok
Ibu lak y rindu walaupun tdo bilik sebelah je

NOURI ILHAM.. Usia hampir 10 bulan
Ohh sedihnya terpaksa ditelan akan kenyataan..
Masalah yang dah berlanjutan sejak 1-2 bulan hyang lalu..
Dah puas mengadu kepada yang terdekat..
Consumption EBM yang tinggi ditambah dengan kesibukan luar biasa belakangan ini..
Menyebabkab aku xmampu nak maintain memberikan supply y mencukupi setiap hari..
Nak cukupkan, terpaksa berjaga kul3 pagi..buat another session..
Biasanya cukup2 makan..
Adakalanya bila tdo kul 1pagi, jgn mimpi nak terjaga kul3 pagi..
Maka curi stok frozen EBM..
Sehingga ptg smlm, frozen yang sangaaaaat banyak suatu masa dahulu dah tinggal 1 botol 5oz!!
Aku mula buntu... Tp teruskan jugak..

Arini kemuncaknya..
Aku ada tugasan penting di pejabat..
Dan aku bekalkan cukup mcm biasa pg tadi..
Kul 2 ptg taska dah call kata susu dah habis..
Ayyyakk..!!
Aku xboleh balik hantar susu..

Sudahnya bila dia melalak jual mahal xnak tunggang air masak..
Aku memberi izin utk mereka berikan FM..
Tumpang FM husna anak susuanku di taska..
Licin licau 4oz..
Ok.. Dengan RASMInya Nouri dah top up fm..
Dan mgu depan aku bekalkan seperti biasa semampunya..
Namun cadang nak letak 1 tin fm buat standby klu dia nak lagi..

Apakah blurr sngt aku ni?
No..
Aku penyusu dan pengepam tegar..
Aku dah hadapi macam2..
Aku dah usaha macam2..
Ruhil aku berjuang sehingga 20 bulan..
Nouri hanya separuh jalan...??
Akhirnya aku redha semua itu SOAL REZEKI..
Yesss.. Itulah kenyataannya..

Lagipun dia memang dah makan mcm2..
EBM jauh lebih baik dari fM..
Namun tidak pula dihukumkan HARAM..kan?
Lg pula aku tidak berhenti terus..
Aku supply mcm biasa, cuma STANDBY aje FM tu..
Aku target dapat baiki production..
Walaupun agak nampak tak logic..
Sebab tak mematuhi supply-demand law..

Dua kes.. Hari yang sama..
Terasa jauh dari anak2.. Huwaaaa..
Hakikatnya kedua2nya 'sedang membesar'!

Mmm, katil baru yang menghiasi umahku..
nnt kita beli bedsheet pinjes ye Ruhil

Monday, December 10, 2012

Family Breakfast

Tetiba datang mood nk picnic..
jadik lerr.. xsampai sejam pon..
Lokasi : Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi..
Model 1 : Si Ibu dengan tudung sakura half moon TONE.. makcik nak trendy jugookk..
Model 2 : Model skuter Princess dgn rambut barunya
Model 3 : Budak yang dah mula belajar berdiri.
Model 4 : Photographer sebenarnya..

Layannn..
NEW hair cut

sentiasaaaa confused!

Sorga donia..

Berattt dikk!

Model scooter..

Saya dah berdiri..!!?

Kesayanganku!

ANugerah + Amanah

Ruhil Imaan + Nouri Ilham

Chenta hati..

xyah lambung la ek.. haha

Sunday, December 9, 2012

Selamat tinggal yang panjang..

Welcoming yang pendek..
Tp macam pendek sangat je..
Mujur la dia mau..
Dulu2 tamau..
Baru nak buh laik tu dia dah terjun kerusi dulu.. Haha









Thursday, December 6, 2012

TAK NAK kawan ngan SYAITAN..!

Jimat dan tak suka membazir di kira kedekut ke..???

my fren cerita..
Dia baru belikan anaknya susu baru - nak cuba tukar susu yang diminum..
belikan yang mahal sket..
tgk2 anaknya refuse jugak.. 
minum sikit, then baling mana ntah botol..
tghari sikit my fren tercari-cari mana laa botol tadi..
lantas suaminya menjawab "saya dah minum habiskan.. sayang susu beli mahal2"
dia kata nak tergelak dengar jawapan suaminya..

ku plak kata nak menanges..
INSAF sekejap..
kalau aku pun memang curah aje ke sinki..
tetapi itukan amalan membazir namanya..



ku selalu berkira2..
klu aku beli nasi lauk harga RM5..
tetiba sayur makan separuh..ayam xmakan licin..
nasi ada seperempat lagik..
dan aku tinggalkan sisa tu, maknanya aku makan RM3 je
..dan aku rugi RM2..
bayangkan klu setiap kali makan mcm tu..
pendek kata kalau PERANGAI kita mmg jenis suka amik banyak2 n x abeskan..

aku kadang kagum ngan MIL aku..
dia jenis simpan semua sisa mknan y x abes kt peti ais..
dan esok2 panaskan semula..

berbeza dengan aku..
klu xabes, memang buang aje..
alasannya dah xde khasiat..
tapi makan makanan kurang khasiat xberdosa pun kan..
buang sisa tu dah kompem2 berdosa..
x baik kan..?
membazir namanya..
membazir amalan syaitan..
nak kawan ngan syaitan ke..?

Warna Warni Moden

zaman skang ni.. macam2 kaler ada..
aku kadang nak tergelak tgk perkataan yang digunakan utk describe kaler..
xcukup HIJAU KEPALA ITIK, ada KELABU TAIK ANJING..
ada PINK BELACHAN plak ..
hahaa..

nak beli barang/tudung online terutamanya,
kaler di describe menggunakan cara ini laa..
sbb nk tunjuk gambar kadang xbetul sbb biasan cahaya laa..
kamera x canggih laa..

mari kita belajar kaler yang ada..
dan popular di zaman skarang ni

 FUSCHIA PINK - kadang2 panggil SHOCKING PINK gak

 ESPRESSO BROWN

 BABY PINK

 AQUAMARINE BLUE
 KUNING MUSTARD
 ELECTRIC BLUE - aku confuse ngan ROYAL BLUE..


 OREN ASAM BOI

 KUNING PUMPKIN

 MERAH BRICK/BATA

 HIJAU ROSEMARY

 HIJAU TEAL


COKLAT MAPLE LEAF


beberapa lagi kaler pelik..

dan sekarang jugak dah popular COLOR BLOCKING..
iaitu gabungan kaler yang xde kena-mengena..
dulu2 orang matching ngan hitam atau putih 
skang apa pun takpa..






ada bran..?????
ye, bagi aku biarpun tgh zaman kegemilangannya..
penggunaan COLOR BLOCK ni memerlukan KEBERANIAN dan KEYAKINAN..
alahai fesyen.. memang tak terkejar..
(piccas googled)

Wednesday, December 5, 2012

aku isytihar PERANG..!!

tolong..tolong..!!
aku tengah berperang..
siang malam pagi peetang..
sejak lebih kurang 1-2 bulan yang lepas

aku isytihar PERANGGG ke atas kamu..
wahai PIJAT!!

menatang ni dah menyerang satu umah aku selama lebih kurang 1-2 bulan..
dia merayap2 kt atas tilam bantal malam2 time tgh tdo..
yang paling xbes, habitatnya susah nak kesan

bila dia gigit n hisap darah xrasa apa2..
tapi selepas dia gigit tu, siap laa bergaru berhari2 sampai naik merah2 badan!!
ketiga2 bilik tdo umah aku dah kena..

anak2 aku kna gak, tp derang x garu sangat..
so x laa melarat..

soalannya, cemana nak atasi..???
pilihan yang ada..
1) buang semua tilam dan beli baru..
beli tilam harga paling murah yang ada..
dan tak payah nak warranty smpi 5 taun bagai, sbb pas 1-2 tahun nnt pijat datang lg kna buang lagi!
mmm, kuarkan kalkulator jap nak kira harga 4-5 ketul tilam.. 
tepuk dahi laju2!

2) panggil pest control..
pilihan yang TAK bijak utk y ada anak kecik suka merangkak dan mengutip mcm aku!
mesti laa pest control tu sembur sana sembur sini kan..

mungkin sebab aku duk apartment, nak jemur tilam bantal bersungguh2 bagai tak boleh..
ada jugak aku jemur, tp matahari xdirect sgt pun..

dengan adanya pijat ni, aku rasa mcm PENGOTOR sangat..!
aduyaii..

tolong, siapa ada idea..!!??
tq in advance