CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 29, 2013

Renungan Jumaat : ILMU

"Sesiapa yg inginkan kebahagian dunia, maka hendaklah memiliki ilmu pengetahuan..
Sesiapa yang inginkan kebahagian akhirat, maka dia juga hendaklah memiliki ilmu pengetahuan..
dan sesiapa yg inginkan kebahagian di dunia dan akhirat, maka dia hendaklah memiliki ilmu pengetahuan juga"

 ..Sabda Rasulullah..

pengajaran tersurat :
Ilmu sangat penting

Namun..

mengapakah ilmu itu diulang tiga kali sebegitu??
jauh sekali Rasulullah melakukannya dengan tujuan "saja2"

maka yang tersirat :
1) Rasulullah nak bagitahu.. ketiga-tiga ilmu di atas adalah BERLAINAN..
2) Ilmu yang ketiga juga TIDAK sama dengan [ilmu pertama + ilmu kedua]..

 mari kejar ilmu yang ketiga..
kerana kita tak mampu lucutkan dunia dari kehidupan kita dan tidak juga hidup selamanya..

bila dah cari, baru tahu sukarnya..

Thursday, March 28, 2013

Jom MANDI ngan aku

Sesiapa yang order aritu..
Jom kita mandi sesama..
Huhaaa..

Saya suka..saya suka..!

Anda akan dihubungi secepatnya..
Tungguuu..

Wednesday, March 27, 2013

sapa pernah..??

anak korang jenis y cemana..??
dalam keta duk diam2 tak..?

ke species anak aku..?
buat keta mcm trampoline..

my avanza ada 2 baris tempat duduk belakang..
keta tgh berjalan laju pun memang anak2 aku xde perasaan pindah panjat dari depan ke belakang dan sebaliknya..
y kecik.. setahun lebih tu..
aku tgh drive tgk cermin belakang nampak kepala dia..
means dia tgh berdiri kt seat tangan xpegang apa2 pun
malahan dah banyak kali tergolek buukk dlm keta bila brek agak mengejut..

aku mengaku, yang paling salah memang AKU laa..
patutnya jangan ikut laa anak2 tu,
nanges ke melalak ke.. ikat je kt carseat..

tp klu stakat g taska xsampai 5 minit tu memang aku survive je drive n xde siapa pegang..
kadang2 la, kebanyakan waktu mmg ada adik aku atau Mr Asben

gatal2..
carseat ada kt umah, tp xbuh kt keta..
masalah utama, too bulky n keta aku banyak pengguna/penumpang..
waktu y xpakai car seat tu mmg mengganggu, so aku langsung xpakai..
 
dah la xguna..
ada hati lak nk beli yang cenggini..

kawan2 ada pengalaman guna y mcm ni??

bes tak..?

groupon ke living social ntah tgh wat sale menda ni..
melambai2 lak rasanya..

Tuesday, March 26, 2013

Ko hado..??

Mr Asben is away.. and i am missing him very much!!
 
minggu sedih ka ini..
hehe..
bosan bersembunyi di balik tabir kedukaan..
ku nak reveal..

My Nouri sudah tidak lagi menikmati susu ibu walau setitik pun..
jadimasa lebih kurang beberapa minggu sebelum usianya menginjak 1tahun..

ku pasrah..

bermula dengan stok yang licin licau
diikuti waktu pam yang x menentu atas kesibukan melampau
kemudian masuk episod direct feeding sahaja..
and finally Nouri reject sendiri..
malah sekarang dia dah lupa kut cemana nak hisap..

bagai mimpi ia berlalu..
1 tahun.. tetap kenangan indah bagi ku..

apa kaitan dengan tajuk..?

ku cuba optimis..
apa yang terjadi memang satu kegagalan bg penyusu tegar mcm aku!
namun keyakinan pada ALLAH tiada tolok bandingnya..
ku yakin kegagalan ini datang dengan hikmah yang besar..

selain penyusu, ada waktu ketika ku jugak jadi rujukan xde kelayakan
aku dengan hati terbuka biasanya memberi 200% sokongan padu kepada yang bertanya..

- Susu ibu vs susu formula -
tajuk yang xpernah setel..
kadang senyum sendiri bila tgk perbalahan kecil yang terjadi antara dua puak yang memperjuangkan dua menda berlainan ini..
yang pejuang susuibu kata 
"Say NO to fm"
"Boleh,,tiada istilah tiada susu"

yess..betul.. theoritically right..
yang mencanang itu ada pengalaman pahit??
pernah diduga mcm yang xde susu..??
macam yang xde masa..yang sibuk??

to be optimist
AKU SUDAH MERASA DUA DUNIA BERBEZA..
maka aku LEBIH memahami hati2 ibu yang nak menyusukan anaknya dan yang bermasalah..

ko hado..??
hehe..

takdir dan ketentuan ALLAH.. ku tak pernah kesal!

Monday, March 25, 2013

ke-29

sedehnyaaa..
tahun ni celebrate sorang2..
suami tercinta jauh beribu batu..
namun tetap dan sentiasa dekat di hati..

Tak mengapa..ayat pujuk ati

ok.. 

Hari ini..aku genap berusia 29 tahun..

ada banyak cita2 yang aku target sebelum usia 30 tahun..
maka masa sangat singkat untuk mengejar target yang aku setkan..

29 tahun hidup di dunia ini..
syukur kepada ALLAH atas segala rahmat nikmat dan kurniaan..
anak - suami - kawan - keluarga - harta dunia - harta syurga (InsyaALLAH..mudah-mudahan)

tahun depan insyaALLAH angka depan tu dah bertukar..
join kelab 3-series..
insyaALLAH..

thanks in advance atas wish n doa kalian semua

Friday, March 22, 2013

CIncin Pontianak..???

siapa suka tengok cerita TWilight angkat tangan..
siapa xsuka tengok..angkat kaki..
hehe

mmm, terberkenan laa cincin si Bella Swan (Kristen Stewart)..
simple dan cantik..
cincin dia masa tunang ngan Pontianak terhensem abad ini..Edward Cullen.

agak2 bleh dapat ke utk adiah besday..haha..






Thursday, March 21, 2013

forecasting..

berwawasan atau membawa hati..??
hahaha..

Ahad ni Mr Asben kesayangan akan bertolak ke Mexico..

risau : 

1) Gout dia ala2 nak menyerang lagi..
2) negara yang xpenah g.. makan cemna laa??
3) Nouri Ilham tu klu xnampak aku, boleh lagi.. tp klu xnampak bapak dia.. huhh..cemana laa nk mengharungi 9 hari tanpa bapak di sisi.

ok.. lupakan segala lara..
plan utk seminggu yang sunyi itu adalah :

eh jap.. kemujuran :

1) Cuti sekolah, jadinya adik lelaki aku sorang lagi akan datang menemani..lengkap laa adik beradik duk serumah seminggu..hehe
2) makcik aku dan suaminya ada urusan di KL.. tumpang umah aku seminggu..yay..x la sunyi!

ok.. forecasting cepat..

1) rutin akan seperti biasa..g kerja g taska..
2) nak g Pesta Belon Panas Putrajaya..28-31 March..aku tak pasti lg hari apa nak cuti n pegi.. tapi nk angkut anak2..
3) sibukkan diri ngan makcik n adik2 aku..


semoga 9 hari cepat berlalu..huhuu..

Monday, March 18, 2013

Keganasan didalam rumah

Budak ini rajin sungguh ajak kakak main
Masalahnya dengan cara y xbetul..
MENGGIGIT
Kesian kakak Ruhil
Bila nouri rebut barang.. Xdapat gigit,
Kakak tgh tdo tp nak ajak main..
Pun gigit
Semalam 1 ari 4x gigit
Yang bagusnya kakak hanya menangis..
Mujur x buh sedas dua..
Xtau nak buat apa sbb kecik sgt lagi..






Friday, March 15, 2013

Aku GERAMM..

menahan keinginan..
MACAM-MACAM keinginan..

aku suka browse2 website y jual baju cantik2..
baju kanak2 comel2..
aksesori yang kiut2..

tp terbeliak tengok harga!

terutama bila ada mentaliti 'tukang jahit'
rasa nak klik "add to cart"
tapi bila mentaliti ke-tailor-an dan crafter aku menular..
mula laa otak aku laju kira kos bila buat sendiri..

MEMANG jauhhh lebih murah..
dan yang lebih-memang.. lebih selesa dan fit elok kat badan..
KALAU jahit sendiri

In fact, SETIAP baju yang beli pun mmg aku akan alter sendiri dulu di bahagian tertentu
sebelum pakai 
sbb xselesa dan cepat rosak bila pakai as it is..

mula laa makcik berangan..
ada jugak yang terlajak g beli kain..

sudahnya???
berlonggok mcm mangkuk tingkat kat bilik menjahit kt umah..
masalah utama : AKU XDE MASA nak ngadap!
aisehh..terkilan..terkilan..lah sangattt

antara y berangan nk jait sendiri

1) Peplum..
apakah kamu ingat makcik xde keinginan nak ber-peplum biarpun makcik gummukk dan rendang??
masalah utama peplum di pasaran :
- mahal
- cutting terlalu bodyshape..
- kebanyakannya kain Lycra/jersey y melekat kt badan
- singkat..

 2) tudung chiffon.. halfmoon..
ada sesiapa bleh coba tolong kira harga kos..??
n bandingkan dengan pasaran
3) Fish tail..
terbaru dalam dunia peplum.. 
 

4) hi-lo jubah/dress..
cantik..moden.. menawan dan tutup aurat..kan..
tp mahal ya rabbii

5) Abaya
harganya kt luar dlm RM300..
 

untuk anak princess aku plak..
ibunya sentiasa laa berangan
berangan dapat jahitkan dress ala2 dress si Keira
watak utama dlm movie Princess and Pop Star..

Ruhil Imaan layan movie ni 5-6x sehari ok..!
dan beliau dah boleh buat gaya Keira 
masa buat konsert 'Princess Just want To Have Fun' ni
ibunya plak tertarik ngan dress princess itu..



gerammm je aku tgk chiffon2 ni..
another fish tail style
dress kanak2 di bawah jugak mengujakan..
nyaris2 terbeli dengan harga almost RM60
sebelum mentaliti 'verangan' aku tercetus..

aisehhh.. sudah2 laa berangan tu!

klu amik cuti 1 ari n ngadap..makcik bleh siapkan sepasang aje..
dah tu xkan nak cuti seminggu.. 
huwaaaaaaa..

(semua gambar adalah googled)

Thursday, March 14, 2013

FB oh FB

semalam kt FB ramai pulak share gambar baby berdarah2..
berduyun2 'like' nye.. dan ratusan org bg komen..

dari ratusan itu.. berapa banyak yang POSITIF..???
klu dapat 2-3 kerat kira ok la tu..

itu kes contoh sahaja..

ada banyak kes lain..
yang buat kita sedih bila tgk mentaliti masyarakat kita bila menyuarakan pendapat

kadang yang di'perjuangkan'nya di FB adalah tentang menda yang baik/agama/keadilan
tetapi caranya langsung tidak menggambarkan apa y diperjuang..

makan maki hamun laa si gambar

Ntah dah berapa lama gambar bayi tu disebar..
finally aku dengar/baca satu pendapat yang pada aku benar, benar dan benar belaka
..dan aku puji keberaniannya..
I am not siding sesiapa..
tetapi alangkah bagus klu setiap orang baiki diri sendiri..
kita cepat melatah
kita cepat sgt judging..
orang tu buat jahat sikit.. kita pulak komen n suruh di balas dengan dahsyat..
klu boleh g bunuh, semua pakat nak g bunuh laa jugak..
eh.. dr nak keadilan.. jadi nampak lebih xadil dan zalim..
cemana tu??
 
kita sibuk audit orang lain.. dan tidak audit diri sendiri..
itu lah kita..

mari berubah!

teringat kata2 bersahaja seorang kawan tentang Facebook..

"FB ni dalam 10..kita jumpa 1-2 manfaatnya.. n then lepas tu kita mengadap lagi untuk cari another 200 manfaat tu.."

 ; ) senyum.. fikir dan xperlu kata apa2..