CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 23, 2013

TOILET TRAINING..how n why???

Banyak sangat permintaan entry ini ditayangkan..
Namun tuan tanah ada 1001 sebab dan alasan mengapa baru skrg nk tulis..haha
1) bz..
2) bz..
3) bz..
4) tak berbakat memblog menda2 infomatik ni
5) kna kumpul segala maklumat
6) kna mintak permission pihak tertentu..contohnya Nanny 911 yang mencetuskan perkara ini dalam kehidupanku sbg seorang ibu..

Ramai kawan y mempunyai anak sebaya2 Ruhil Imaan..
Jadinya atas faktor tertentu, blog ikan bilisku yang menceritakan pengalaman dan kejayaan Ruhil diapers free seawal usia 2 tahun tanpa disangka turut mengujakan ramai ibu di luar sana..

Mmm, mana nak mula ek..
Ok..apakah KEPERLUAN diapers free ini..?
Padahal boleh je buat bila anak dah bersedia..
1) anak sebenarnya dah bersedia lebih awal berbanding yang kita sangkakan..jadi apa kata mula seawal mungkin
2) sayangi alam sekitar..sekitar umur 2 tahun, stool anak dah mcm stool dewasa..saiz,keadaan, bau,dan banyaknya.. Pendek kata diapers pun xlarat nak serap. Jumlah air kencing pun dah sngt banyak, so eloknya menda2 ni buang terus di tempat yang betul iaitu LUBANG TANDAS
3) sayangi duit.. Kirakan berapa penjimatan yang boleh dibuat jika anak dah diapers free
4) terakhir tetapi TERPENTING.. Yang ramai yang tak perasan : untuk meningkatkan KEYAKINAN DIRI anak2.. Selagi dia pakai diapers, selagi itu dia merasakan dirinya kanak2.. Lambat matang dan layanan yang dia harapkan punadalah layanan kanak2..Nampak comel.. Tetapi believe me, sgt best bila anak kecik bersungguh2 mengatakan dia dah besar.. Yess..my Ruhil klu tetiba aku nk wat kerja senang cadangkan supaya dia pakai diapers..sampai nak menangis xnak dan ulang gtau dia dah besar!

Bila kita boleh mula toilet training??
1) anak boleh BERCAKAP.. Utk dia menyatakan keinginannya nak poo/pee bila dia mula rasa nak membuang.so, klu cakap pun xboleh lg..payah sket la
2) anak boleh lompat dengan KEDUA KAKI ANGKAT SERENTAK..ini indicator yang bagus untuk menyatakan bahawa anak anda sudah boleh kawal pundi kencingnya..
3) secara amalannya.. 1 bulan sebelum usia 2 tahun.. Biasanya pada usia ini, 2 syarat di atas dah dipenuhi..lagi awal lg bagus..

Apa yang diperlukan..??
1) patience and determination..
2) mop dan baldi berisi air.. Sabun cuci lantai secukupnya..
3) mungkin menda ini juga membantu..terutama jika tandas umah anda adalah jenis duduk..
4) seluar yang banyak terutama di musim hujan

Kaedah-kaedah..?
1) pesan kat anak.."kalau nak chinn atau yakk gtau ibu".. Boleh laa ulang 5 minit sekali sepanjang hari.. Kalau terlajak tak bermakna kena berhenti atau ayat kena bertukar kepada "napa xgtau..kan ibu dah pesan!!"
2) di peringkat awal.. Mungkin boleh guna kaedah OFFER.. Nak kencing ke, xnak kencing ke.. Bawak je g toilet, suh duduk, suh buang apa patut.. And ulang setiap sejam sekali..
3) peringkat yang lebih berkesan.. Tunggu anak gtau, then cepat2 bawa ke tandas.. Bila anak gtau, ibu Mesti SANGAT cepat.. Kerana anak dalam proses melatih keupayaan  pundi kencing menahan kencing..

Di awalnya..
1) kegagalan itu sangat pasti..
2) kena sabar.. Cuci je lantai kalau tercicir..then cuba lagi..
3) kaedah kena betul.. Objektif kena capai.. Objektif utama adalah : NAK BAGI ANAK BOLEH HOLD PENGELUARAN KENCING BERAK DARI SAAT DIA GTAU SAMPAI DIA DAH DUDUK ATAS MANGKUK TANDAS..klu y ni capai.. Boleh dah la maksudnya.
4) anak memang bagi macam2 cabaran..kita ibu bapa plak JANGAN give up.. Hasilnya memang sangat memuaskan kalau berjaya..
5) kalau rajin, catat.. Hari pertama berapa kali berjaya and berapa kali gagal..
6) setiap kali anak berjaya.. Bagi pujian.. "Pandai!!!" "Haa.. Mcm ni laa.." "Kakak dah besar laa"


Berapa lama training..??
21 hari NON-STOP..! Kadang terlajak melebihi tempoh sebulan..xpe..! Xpe..! Teruskan.. Memang BOLEH & POSSIBLE
Kalau anak boleh buat.. Dia akan teruskan.. Jika TETIBA dia buat2 kencing suka hati padahal sebelum tu dah berjaya.. Maknanya ada masalah LAIN.. Y paling ketara : dia nak perhatian..
Dalam tempoh 21 hari ini.. Kena buat berterusan.. 
Inilah cabaran utama sebab taska biasanya xnak buat menda ni..kalau di rumah sahaja buat, kt taska tak buat..atau sebaliknya.. Anak akan konfius sbb tak konsisten..

Dalam tempoh ini, diapers masih perlu dipakaikan jika : 
1) tdo..siang atau malam.. Jangan laa expect anak akan tahan kencingnya bila dia tdo..
2) nak kuar jalan2..
Untuk kedua-dua perkara di atas sila terangkan kepada anak2 MENGAPA kna pakai diapers utk 2 keadaan di atas..klu tak mereka akan KOMPIUSS lagi..

Ok..cukup dulu buat masa ini..

nnt ku akan kembali dengan :
1) BOTTLE FREE
2) FORMULA MILK FREE..

my beautiful girl nih dah 'dewasa' pada usia 3 tahun sebab dah capai ketiga-tiganya.. Yay~
 


8 comments:

umi alya said...

Ruhil Imaan dah besarkan..

Nad MamaZN said...

Hebatnya ruhillll!
Kagum ciknad!

Don't Afraid to Try said...

Dah jadi ank dara ni..

ch@ said...

Wow...kagum. Serius sgt kagum. Misi asyik kegagalan ja ni. Apatah lagi tgk adik2 pakai Cd tgk adik2 mnm guna botol... Aduhaiii!!!

Sabihah said...

nak ajar anak, kita yang ibu ni kene byk sabar kan??hehehe

diyana mahmud said...

ilham dalam proses toilet training gak skrg.. tp mmng kerajinan dan kesabaran ibu bapa yg penting bila nak train anak2 ni..hehe

ibu_BatRiSya @wardah said...

Huhu sama la kita...

Yaati Nor said...

siannya dah tak minum susu..ok ke budak 3thn tak minum susu mcmn kekutan tulang dia?