CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 18, 2013

TADIKA??..dan ibu pun pening

TIGA kriteria utama menunjukkan anak perlu masuk TADIKA..

1) Umur mencapai usia biasa layak masuk TADIKA iaitu 1-2 tahun sebelum darjah 1
ATAU
2) kena 'halau' dari taska Al-Humairaa.. hehe.sebab TASKA itu hanya untuk 2bulan-4tahun.. selagi 4 tahun 364 hari..pun masih boleh duduk ctu.
ATAU
3) anak menunjukkan tanda2 dia sudah sangat dewasa dan dah boring dengan kehidupan taskanya sehari-hari serta inginkan cabaran yang lebih hebat di ruang lingkup yang lain pula..iaitu TADIKA..

aturannya.. adalah mana2 yang datang/terjadi dulu daripada 3 kriteria di atas..!

soalnya...........

semenjak dua menjak ini.. Ruhil Imaan (umur 3 tahun 3 bulan) dah memenuhi kriteria no3..

ada 1 hari tu menanges2 dalam keta.. 
"nak g sekolah laiiiiiin..!"

puncanya, beberapa kawan seangkatan yang tua lebih kurang setaun dari dia dah g tadika..

kemuncaknya, 1 ari tu dia terserempak kawan lama yang datang amik adik dia kt taska..
maka lagi tinggi laa keinginannya..

dah tu..guano?????

ibunya pula belum nak lagi..
3 tahun 3 bulan, sangat MUDA kot nak masuk Tadika..
umur itu adalah umur BERMAIN.. dan kita banyak dipengaruhi oleh persekitaran..
anak jiran masuk tadika umur 3 taun, kita pun ikut..
nak anak pulun2 pandai membaca umur 4 taun mcm anak orang lain dan sebagainya.. 
sudahnya..
dia main2 di tempat yang dia sepatutnya belajar..
baik duk Taska sekarang..bukannya xde program 'main-main-serius'

Ohoo..disclaimer : Ini betul2 pandangan peribadi.. pandangan ibu Ruhil Imaan semata-mata.
y tak setuju..minta mahap..

mmm, ada ke tadika nak terima anak aku masuk duk seminggu..pastu berenti..
saja nak bg budak kecik tu rasa tinggi rendah langit..hahahaha
perlu kah??
atau ibu buat2 pekak aje dengan cadangannya itu..?
fening la feningg..

11 comments:

diyana mahmud said...

pendapat saya ikut kesediaan budak jg kan. jgn terikut2 dgn parents lain. hehe.

umialya said...

kami antar Alya ke tadika adalah di atas kehendak dia, jadi rasanya xder masalah.

bangun pagi, mmg tak perlu kejutkan, terus ke bilik air, lepas akak sabun & gosok gigi dia, biarkan dia berendam lama2 ke dalam air suam, kasi segar

buku2 & peralatan sekolah, semuanya disimpan oleh dia sendiri dari masa ke semasa sbb kami langsung tak diberi peluang untuk membantu.

baju, tudung & kasut sekolah dia nak pakai sendiri, kononnya berdikarilah tu.

Setakat ini masih ok lagi, dpt maklumbalas positif guru kelas, dia seiring dengan pelajar yg berusia 5 - 6 tahun.

esok lusa tak taulah camner..

Ina Hashim said...

bagi akak, 3 tahun lebih tu too young...takut dia jemu bila dah tadika je dah 4 tahun.....huhu

littlehumblelynn said...

Pernah umur 4 thn k.ain req nk msk tadika.kami htr.byr beratus2 jgk utk registration.at last msk bln 3- dia xnk.menangis2!!

Means dia x sedia
Atau dia culture shock

Moral of the story
Auni hy htr tadika umur 5thn nanti

nurbijen said...

kalau anak dah bersedia, ibu pun kena bersedia utk melepaskan si anak....

Saya macam terbalik pula, danish macam tak bersedia lagi... tapi dah register utk masuk nursery. Tapi kat sini, free nursery hanya 3 jam sehari iaitu 15 jam seminggu)

Kena cuba hantar dulu, kalau danish mmg tak bersedia, baru nak defer

Nor Akma said...

Nayli dah start pergi tadika pada umur 3 tahun 2 bulan.. Hehehe...

Youngest kat tadika tu umur 2 tahun setengah...

Pendapat saya oklah before masuk class ada assembly & everyday teacher amik attendance bila panggil nama kena jawab "yes, i'm here teacher" OMG cute sangat bila kanak2 ni jawab pelat-pelat hehe...

Belajar kira pakai beads, belajar nyanyi ada teacher main piano, Ada class Iqra belajar Alif Ba taa.. Nyanyi ramai2 ABC. 123.,,, Belajar montessori aktiviti guna tangan.... masa sneak time kanak2 diajar basuh tangan, amik plate dalam drawer, amik kuih, makan ramai2, kat kiddy siap ada mini pool once a week ada aktiviti mandi manda, once a week ada semayang jemaah ramai2... macam2.... pembelajaran mereka tak rumit... ok jugak....

Nad MamaZN said...

Tnye la cikgu tadika
Kot2 dia bg peluang utk seminggu
Cam adek kite, tmpt anak die bleh kire.hari
Sehari rm 20

Sabihah said...

Kita sama pendapat..kecian kan nak bg anak sekolah awal2..bimbang dia jemu..lagipun 3tahun masih lagi tahun bermain

CHeeSYaNa said...

Zarif thn 2014 baru nak masuk tadika.. sebabnyer, rasa macam die kecik lagik.. yerla diorang kan lahir akhir tahun...

bunga_rose said...

3 tahun.. uishh muda lagi kot nak masuk tadika.. tp, kalau dia dah tunjukkan minat boleh cuba kot haahah.. anak bunga pun masuk umur 3 tahun dah sebok nak sekolah... nasib laa dia bersabar sampai awal tahun ni, 3 tahun setengah, tapi kalau ikut tahun dah 4 tahun laa tahun ni.. alhamdulillah dia nak belajar kata cikgu..

terpulang pada penerimaan budak tu kot.. kalau kita tengok dia dah bersedia dan kita pun bersedia boleh cuba..

Yaati Nor said...

kalau saya senang tok ibu bapa anta anak 4thn..tak harap pun dia pandai baca umur 4 thn..zahra masuk sekolah 3thn 7 bulan..tp badan kecik je..at least dia ada belajar benda yang baru kat sekolah hari2..lagi pun kat rumah kami tak daya/xde masa nak ajar dia malam2..lg pun ckp ibu dengan babah tak jalan ckp teacher semua betul..ada belajar solat kat umah blh solat sama2..so, far anak kakak saya anta 4 thn juga xde pulak dorg bosan gi sekolah tadika tu yg ikut tu..