CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 3, 2013

Pertama dan selamanya

tidak boleh tidak..PERLU dan PENTING aku coretkan kenangan indah ini..

31 oktober 2013 lepas adalah hari ulang tahun ke-4 kak Ruhil Imaan..
tp kesibukan ibu n papa menyebabkan masih tertangguh sambutan harijadi kak Ruhil..
smpi skang blum buat2..
Kesian anak ibu

seminggu selepas tu 6 November 2013, besday Papa..
jahatnya aku, xde jugak celebration..
hadiah murahh pun 2 minggu baru g cari n bagi.. huuuu.

3 minggu kemudiannya..28 November 2013
Anniversary kami yang ke 5 tahun..
what you expect.. ??
:(

aku ditelan kesibukan!
n aku benci, tp apa nak buat..??

********************

29 November-1 disember Mr Asben di jadualkan kursus Etiqa..
Dia pun xtau kursus apa (biasanya pun begitu laa..pakat g je)
jumaat pg, beliau pack barang sbb xbalik umah dah, kena g trus pas solat jumaat
akan berkampung di Hotel Grand Millennium, Bukit Bintang.. 3D2N..

ok..aku pasrah di tinggalkan bersama anak2 saban weekend
jauh disudut hati aku cemburu dengan kawan2 y bercuti sakan bersama family sedangkan aku masih dimamah kesibukan walaupun cuti sekolah dah masuk minggu ke berapa ntah!

Malas nak kacau org kursus, aku pun malas nk telefon kerap2..
tp jumaat malam aku diberitahu, kursus beliau pd hari sabtu 'xboleh bawa telefon 9am-11pm'
hanya no tepon pegawai etiqa y ditinggalkan..klu2 ada emergency
haruss aku pelik.. kursus mendaa sampai macam tu!?

since kt umah ada adik2 aku n adik2 ipar..aku menyibukkan diri..
sabtu petang tgh tgk tv..dapat satu panggilan..
pegawai Etiqa call aku..

selepas memperkenal diri..
beliau bg overview kursus sebenar yang tgh dilalui oleh Mr Asben..
ok.. fine..

next aku di tanya..
"Boleh tak puan hadir esok..?
sebab kami ada nak buat surprise dekat peserta2.."

next ayat convincing beliau
"klu esok suami puan tgk puan xde, sedihla dia"

next aku di warning
"klu mlm ni puan ada hubungi husband, jgn cakap apa2 ek"

ok..
mula aku konfius..
tapi aku rasa menda ni betul..
nak hubungi isteri kawan etiqa y g skali ngan Mr Asben, xde no pula..
tp hatiku berkata "I am GOING"

malam tu..
Mr Asben sms ringkas2.. bunyi mcm sangat khusyuk dgn kursusnyaa..
beliau inform aku..
"kursus ni xde langsung kaitan dengan bisnes..
tp lebih kepada kursus motivasi..
nangis2.. tulis surat kepada parent/isteri"
dah mcm surat terakhir laa kan..

malam tu jugak..
aku xlena tidur memikirkan esok
aku nak drive SORANG2 g bukit bintang????
tp pasrah demi sokongan padu n appreciation kepada Mr Asben ku

plan baiiik punya..
pakat2 ngan adik ipar tgkkan kak Ruhil..
n ceksu jagakan Nouri Ilham yang demam..
aku drive g bukit bintang..

Tuhan mudahkan, sbb ahad pagi kul 830..warga KL masih dibuai mimpi indah..
jd aku memecut selesa.. 20minit dah sampi ;)
n Tuhan mudahkan lg, adik lelaki ku mmg nak ke KL
so, dia teman aku smpi hotel, then dia meneruskan perjalanan..

elok keluar lif, pegawai Etiqa tarik aku.. trus bw ke bilik menunggu
ni utk elak terserempak ngan peserta kursus
dalam bilik tu ada 80 lebih orang-orang tersayang tgh tgu utk buat seprais..

ramainya bw anak..
aku xterpikir nak tanya anak bleh bw ke tak..
huhuuu..xpe la, memberi ruang eksklusif kepada kami berdua..

pas breakfast, bagi tag no agar tak tertukar pasangan..
kedengaran para isteri tgh excited!!
Antara ayat popular mereka : 

"waaa.. berdebar ni.. dah puluh2 tahun kawen, xpenah lg wat gini"

"mesti husband saya terkejut.. sbb saya dari Perak ni"

Etiqa memang buat kerja gila..kan!

kemudian taklimat
"ok.. kejap lagi, kita akan masuk..
kena line up depan pasangan masing2..
ikut nombor, pastikan sama ngan no peserta kt dalam.. 
Diorang kt dalam tu semua mata tertutup dengan kain dan berada dlm bilik y gelap"

masa beratur depan dewan.. para trainer edar bunga ros..seorang sekuntum..!
gila kaya kau Etiqa..!
di luar dewan..aku berdebar jugak
cuba membayang keadaan kt dalam

ok.. bila diorang suh masuk..
memang gelap gelita..
hanya cahaya lampu2 suluh trainer yang kelihatan..
diorang tarik smpi depan pasangan..

masa tu semua bergerak pantas DAN senyappp..
yang peserta2, memang dah terpacak sejak sejam yang lalu..
dalam gelap, bersulam irama lagu2 syahdu 
masing2 tenggelam dalam sedu sedan bila 'dibawa' oleh narrator yang dah pun berkata2 dalam tangisan..
kami2 yang baru masuk pun dah start nanges..apa cerrr kan..ahhahaa..
dlm 5 minit tenggelam skali dalam program tu.. tiba masanya diorang buka lampu n buka ikatan mata..

skali lagi satu dewan berhujan tangis..
masing2 mengongoi dalam dakapan orang tersayang..
memang..
memang tujuan asal program utk kita kenang kembali,
betapa bz kita seharian.. smpi lupa nak hargai n lafazkan betapa kita sayang org sekeliling y jadi sumber kekuatan kita
dan bagaimana, jika peluang tu tetiba hilang kalau org tersayang kita lebih dulu diambil ALLAH..?

suasana riuh rendah dengan tangisan selama beberapa minit..
bukan ada suami isteri macam kami aje..
tetapi ada mak dan anak..
anak dan ayah..
ada adik n kakak..
ada adik n abang..
dan ramai jugak yang mengenang org tersayang yang dah pergi mengadap ALLAH..

Sementara tgn masih genggam erat masing2, 
Air mata masih bersisa, trainer2 edarkan tisu .. Huhuu
N semua diingatkan utk
"Let it go, let if flow.. Jangan tahan"
Ohoii mujur xbanjir dewan tu

Mr Asben sempat bertanya dalam tangisan..
"awak datang?? awak datang ngan sapa ni? sorang?"
xsangka kott.. mm, hopefully mcm tu la..ahaha

Bila sesi sharing is caring..
Masing2 share betapa terkejut n xsangka etiqa akan bawakan org tersayang dihadapan peserta masing2..
Lebih terkejut bila ada bini y baru call sejam lalu katanya di johor (padahal dah d hotel sama) tetiba ada depan mata
Hebat jugak simpan rahsia..

Atas cadangan Lynd , TQ lynd!..
Mr Asben share kt satu dewan rasa terima kasih kt Etiqa sbb bg 'hadiah' anniversary kami ke5
Nak buat surprise sendiri2 mcm tu ntah bila la kann..

Pertama dan selamanya la..

Muka pas "lepas perasaan" masing2.. Ahaha..

Salah seorang peserta berpendapat : 
"etiqa is not only about profit.. But also about LOVE"

betuuull..!

8 comments:

Mama Lynd said...

Yang aku bergenang jugak air mata ni kenapa????

Nad MamaZN said...

Huhu sebak sama..
Sebak gembira hikhik

EllyEllies said...

wahh..syahdunye lea..nk nangis jugak..iskisk..kam tanye nape tq lyn? hee

Haris Zuhaina said...

As SAlam. Sebak ni... :P Hebat la no, mana tau kot mai area Hulu Selangoq pula...

Paiz said...

Hahaha! Ok, ini sweet. :)

mamiraysha said...

Serius tak pasal-pasal i nangis baca entry ni. Sebak. Termasukkan diri i dalam cerita u ni plak..huhuhu. Semoga kalian bahagia hingga ke jannah.

mawar said...

baru baca... xpsl bergenang2 kt dlm opis ni. adehh... mana butang 'like'?

Yaati Nor said...

dah tersedih baca entri ni..lea..nampak bambam..hihihih