CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 4, 2013

Kisah ++

Busy buzzing..sempat lalu lalang kt blog korang je..
nak wat entry baru kt blog sendiri xsempat2..
tapi ada banyaaak menda nak cerita
maka jadilaa entry kisah campur-campur..

1) Birthday..
Sedih januari dah berlalu..
bulan indah ni, bakal celebrate besday Nouri yang pertama..!
maybe setakat kat taska aje kot..

2) kimono
ni anak jepun aku ni, dari kecik2 aku nak belikan kimono..
tp xde peluang..
ni dapat laa, tp yang ala2..





comel tak sayaaaaa..?

sama gak ngan tudung bertelinga ni.. jenuh cari..


3) apabila sorang ada sayap.. dan sorang ada sesungut..
dan apabila kepak lebih besar dari orang.. aduii..


4) Gold Coast Morib.. kali kedua.. xsempat2 nak cerita penuh..huwaaa

5) minuman sedap..
aku suka Chatime..
sangat sengkek bila g tempat y ada Chatime n kedai kopi sedap tapi mahal..
sbb aku akan beria mintak chatime.. n Mr Asben beria mintak kopi..

yang ini pulak tukang belasah kedua2nya.hehe
6) pavlova


Recently asek makan menda ini.. 

of course bukannn hasil tangan aku..
mesti la hasil tangan cek su..
tapinya cek su dah balik cuti semester kt kampung..
nampaknya kalau ada permintaan atau keteringinan,
kena masuk dapur gak aku wat menda alah ni

sekian..
cerita2 xde tajuk

Wednesday, January 30, 2013

Dasar Mami Jarum

suka melawa..
ikut sapa la tu.. (*#&!!)
hehe..
dah namanya anak dara..

suh aku beli rantai.. 
suh pakaikan gelang dia..
mintak aku belikan dia gelang sadur yang jual kt tepi2 jalan..

satu petang tgh jalan2 kt shopping mall..
dia beria2 mintak telinga dia dipasangkan subang..
cepat aje si ibu menurut..
sementara dia nak kan..kihkih

aku mintak ubat bius lebeh skit..

yang tak besnya dia buat sebelah2..
klu dua2 skali tembak pun xde laa kes fobia..

selepas yang pertama, mmg x nanges..
tp muka dia merah dan mula laa refuse utk tembak sebelah lagi..
jenuh pujuk..siap bg gula2 nak rasuah..
last skali.. dapat gak..
pujuk..and dia pon excited

my BIG girl

briefing..??

sepit rambut nk bg clear pemandangan

dah siappp!
RM 10 sekali ngan subangnya..
hari ketiga ibu dah lari g kedai emas belikan y proper..huhuuu

sokmo laa kes tindik anak ni ibu yang terlebih seriau!
kann..??

mmmmmm, she is now really a big girl..

Friday, January 25, 2013

JUBAH DENIM utk di let go



beli salah saiz..



sesuai untuk sesiapa y biasa pakai saiz 40-42
boleh SMS ukuran klu nak..
NEW..still ada tag..

Let go RM65 termasuk poslaju..

sila SMS ek sesiapa berminat
013-2267016

Wednesday, January 23, 2013

TOILET TRAINING..how n why???

Banyak sangat permintaan entry ini ditayangkan..
Namun tuan tanah ada 1001 sebab dan alasan mengapa baru skrg nk tulis..haha
1) bz..
2) bz..
3) bz..
4) tak berbakat memblog menda2 infomatik ni
5) kna kumpul segala maklumat
6) kna mintak permission pihak tertentu..contohnya Nanny 911 yang mencetuskan perkara ini dalam kehidupanku sbg seorang ibu..

Ramai kawan y mempunyai anak sebaya2 Ruhil Imaan..
Jadinya atas faktor tertentu, blog ikan bilisku yang menceritakan pengalaman dan kejayaan Ruhil diapers free seawal usia 2 tahun tanpa disangka turut mengujakan ramai ibu di luar sana..

Mmm, mana nak mula ek..
Ok..apakah KEPERLUAN diapers free ini..?
Padahal boleh je buat bila anak dah bersedia..
1) anak sebenarnya dah bersedia lebih awal berbanding yang kita sangkakan..jadi apa kata mula seawal mungkin
2) sayangi alam sekitar..sekitar umur 2 tahun, stool anak dah mcm stool dewasa..saiz,keadaan, bau,dan banyaknya.. Pendek kata diapers pun xlarat nak serap. Jumlah air kencing pun dah sngt banyak, so eloknya menda2 ni buang terus di tempat yang betul iaitu LUBANG TANDAS
3) sayangi duit.. Kirakan berapa penjimatan yang boleh dibuat jika anak dah diapers free
4) terakhir tetapi TERPENTING.. Yang ramai yang tak perasan : untuk meningkatkan KEYAKINAN DIRI anak2.. Selagi dia pakai diapers, selagi itu dia merasakan dirinya kanak2.. Lambat matang dan layanan yang dia harapkan punadalah layanan kanak2..Nampak comel.. Tetapi believe me, sgt best bila anak kecik bersungguh2 mengatakan dia dah besar.. Yess..my Ruhil klu tetiba aku nk wat kerja senang cadangkan supaya dia pakai diapers..sampai nak menangis xnak dan ulang gtau dia dah besar!

Bila kita boleh mula toilet training??
1) anak boleh BERCAKAP.. Utk dia menyatakan keinginannya nak poo/pee bila dia mula rasa nak membuang.so, klu cakap pun xboleh lg..payah sket la
2) anak boleh lompat dengan KEDUA KAKI ANGKAT SERENTAK..ini indicator yang bagus untuk menyatakan bahawa anak anda sudah boleh kawal pundi kencingnya..
3) secara amalannya.. 1 bulan sebelum usia 2 tahun.. Biasanya pada usia ini, 2 syarat di atas dah dipenuhi..lagi awal lg bagus..

Apa yang diperlukan..??
1) patience and determination..
2) mop dan baldi berisi air.. Sabun cuci lantai secukupnya..
3) mungkin menda ini juga membantu..terutama jika tandas umah anda adalah jenis duduk..
4) seluar yang banyak terutama di musim hujan

Kaedah-kaedah..?
1) pesan kat anak.."kalau nak chinn atau yakk gtau ibu".. Boleh laa ulang 5 minit sekali sepanjang hari.. Kalau terlajak tak bermakna kena berhenti atau ayat kena bertukar kepada "napa xgtau..kan ibu dah pesan!!"
2) di peringkat awal.. Mungkin boleh guna kaedah OFFER.. Nak kencing ke, xnak kencing ke.. Bawak je g toilet, suh duduk, suh buang apa patut.. And ulang setiap sejam sekali..
3) peringkat yang lebih berkesan.. Tunggu anak gtau, then cepat2 bawa ke tandas.. Bila anak gtau, ibu Mesti SANGAT cepat.. Kerana anak dalam proses melatih keupayaan  pundi kencing menahan kencing..

Di awalnya..
1) kegagalan itu sangat pasti..
2) kena sabar.. Cuci je lantai kalau tercicir..then cuba lagi..
3) kaedah kena betul.. Objektif kena capai.. Objektif utama adalah : NAK BAGI ANAK BOLEH HOLD PENGELUARAN KENCING BERAK DARI SAAT DIA GTAU SAMPAI DIA DAH DUDUK ATAS MANGKUK TANDAS..klu y ni capai.. Boleh dah la maksudnya.
4) anak memang bagi macam2 cabaran..kita ibu bapa plak JANGAN give up.. Hasilnya memang sangat memuaskan kalau berjaya..
5) kalau rajin, catat.. Hari pertama berapa kali berjaya and berapa kali gagal..
6) setiap kali anak berjaya.. Bagi pujian.. "Pandai!!!" "Haa.. Mcm ni laa.." "Kakak dah besar laa"


Berapa lama training..??
21 hari NON-STOP..! Kadang terlajak melebihi tempoh sebulan..xpe..! Xpe..! Teruskan.. Memang BOLEH & POSSIBLE
Kalau anak boleh buat.. Dia akan teruskan.. Jika TETIBA dia buat2 kencing suka hati padahal sebelum tu dah berjaya.. Maknanya ada masalah LAIN.. Y paling ketara : dia nak perhatian..
Dalam tempoh 21 hari ini.. Kena buat berterusan.. 
Inilah cabaran utama sebab taska biasanya xnak buat menda ni..kalau di rumah sahaja buat, kt taska tak buat..atau sebaliknya.. Anak akan konfius sbb tak konsisten..

Dalam tempoh ini, diapers masih perlu dipakaikan jika : 
1) tdo..siang atau malam.. Jangan laa expect anak akan tahan kencingnya bila dia tdo..
2) nak kuar jalan2..
Untuk kedua-dua perkara di atas sila terangkan kepada anak2 MENGAPA kna pakai diapers utk 2 keadaan di atas..klu tak mereka akan KOMPIUSS lagi..

Ok..cukup dulu buat masa ini..

nnt ku akan kembali dengan :
1) BOTTLE FREE
2) FORMULA MILK FREE..

my beautiful girl nih dah 'dewasa' pada usia 3 tahun sebab dah capai ketiga-tiganya.. Yay~
 


Friday, January 18, 2013

TADIKA??..dan ibu pun pening

TIGA kriteria utama menunjukkan anak perlu masuk TADIKA..

1) Umur mencapai usia biasa layak masuk TADIKA iaitu 1-2 tahun sebelum darjah 1
ATAU
2) kena 'halau' dari taska Al-Humairaa.. hehe.sebab TASKA itu hanya untuk 2bulan-4tahun.. selagi 4 tahun 364 hari..pun masih boleh duduk ctu.
ATAU
3) anak menunjukkan tanda2 dia sudah sangat dewasa dan dah boring dengan kehidupan taskanya sehari-hari serta inginkan cabaran yang lebih hebat di ruang lingkup yang lain pula..iaitu TADIKA..

aturannya.. adalah mana2 yang datang/terjadi dulu daripada 3 kriteria di atas..!

soalnya...........

semenjak dua menjak ini.. Ruhil Imaan (umur 3 tahun 3 bulan) dah memenuhi kriteria no3..

ada 1 hari tu menanges2 dalam keta.. 
"nak g sekolah laiiiiiin..!"

puncanya, beberapa kawan seangkatan yang tua lebih kurang setaun dari dia dah g tadika..

kemuncaknya, 1 ari tu dia terserempak kawan lama yang datang amik adik dia kt taska..
maka lagi tinggi laa keinginannya..

dah tu..guano?????

ibunya pula belum nak lagi..
3 tahun 3 bulan, sangat MUDA kot nak masuk Tadika..
umur itu adalah umur BERMAIN.. dan kita banyak dipengaruhi oleh persekitaran..
anak jiran masuk tadika umur 3 taun, kita pun ikut..
nak anak pulun2 pandai membaca umur 4 taun mcm anak orang lain dan sebagainya.. 
sudahnya..
dia main2 di tempat yang dia sepatutnya belajar..
baik duk Taska sekarang..bukannya xde program 'main-main-serius'

Ohoo..disclaimer : Ini betul2 pandangan peribadi.. pandangan ibu Ruhil Imaan semata-mata.
y tak setuju..minta mahap..

mmm, ada ke tadika nak terima anak aku masuk duk seminggu..pastu berenti..
saja nak bg budak kecik tu rasa tinggi rendah langit..hahahaha
perlu kah??
atau ibu buat2 pekak aje dengan cadangannya itu..?
fening la feningg..

Tuesday, January 15, 2013

Pre-celebration.. maybe?

ciptaan terindah dunia..
sehingga kini hari kelahirannya masih di kenang..


MAKSUD lagu.. 

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya sang Nabi Ahmad (Muhammad SAW)
Betapa beruntungnya kami mendapat Muhammad SAW, itulah anugerah daripada ALLAH SWT
Ya hanana (Betapa beruntungnya kami)

Ketika di Mekah, bulan kelihatan terbelah demi Nabi muhammad SAW
Lalu kabilah Mudhar (Kabilah Nabi muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
Ya hanana (Betapa beruntungnya kami) 

Baginda adalah manusia yang terbaik ciptaanNya dan teragung akhlaknya
semua berzikir ke atasnya samada di Barat atau di timur
Segala puji hanya bagi ALLAH SWT
Ya hanana (Betapa beruntungnya kami) 

Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad SAW) yang terpilih
sang bulan purnama
sampaikanlah salam kepadanya moga diberi syafaat di hari kebangkitan
Ya hanana (Betapa beruntungnya kami)  


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa. 
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan... 
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu, Dan kebebasan daripada api neraka-Mu, 
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia. 
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu, 
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam..... 

Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..

Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.

Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah. 

Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang, 

Tuhan kepada seluruh Alam

Wahai Kekasihku Wahai Muhammad 
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.
 

Monday, January 14, 2013

pergi tak kembali

al-fatihah..

Tok Wan kesayangan Mr Asben.. dan kesayangan kami semua jugak laa..
kembali ke rahmatullah..
11.1.2013.. di usia senja 78tahun..
(senang nak ingat..11.1..my nouri's birthday plak 22.2)
sihat-sihat sahaja.. tetiba mendapat serangan jantung..
dan pergi tak kembali..

sempat merasa 3 cicit (dua daripadanya adalah my kids)..
redha kan pemergiannya..
cuma sebak mengenang Tok yang ditinggalkan..
pasti laa hari-hari mendatang terasa kerinduan, kehilangan
semoga TUHAN kurniaan redha yang besar dihatinya..
menarik segala rasa sepi dan pilu..
agar hati itu tidak rasa kosong..

di satu saat.. aku merasakan.. 
kita semua akan kehilangan pasangan kita..
kita semua akan melalui detik kucupan terakhir itu..
cuma cepat atau lambat..cuma sekarang atau nanti..
betul tak??

sehingga hari ini..masih x henti bermain difikiran..
telatahnya..jasa baktinya..kenangannya..rutinnya..kebaikannya..
alhamdulillah.. dia sentiasa dikenang..
Mr Asben ku lebih2 lagi laa.. dibesarkan oleh arwah dari bayi lagi..
moga roh tenang di sana..

yang pergi takkan kembali..
cukuplah mati sebagai peringatan bagi semua yang masih tinggal..

page febret ini.. 

agak terkilan tak sempat nak bg arwah meneleknya..



Thursday, January 10, 2013

Hasil PENAT LELAH..

mengapa nak penat lelah pulak..
ianya photobook biasa..
40 muka surat aje..
kan..??

alkisah..
bila groupon jual murah aje aku gila membeli..
sedar2 ada TIGA bijik photobook bakal expire pada 3 Januari
dan hanya disedari pada hujung 20 Disember..!!!!!

makcik pun bersengkang mata siapkan..
klu x, burn laa..

Tempek suka ati..
design itu ini..
buh caption mana2 yang teringat..
pastu submit..!!

hasilnya sampai pg td 2 ketul photobook from Pixajoy
dan another photobook from Photobook Malaysia
otw sampai kt aku ptg ni..yay~

antara kandungan y indah..

rewarding myself..haha

ni dari photobook besday ruhil.

nice..i loiiikkkkee

wahaaa.. boipren ekkk.. Dayana..ini untuk dikenang di masa depan..ahaha

page febret di photobook Raya 2012

2 ketul : raya dan birhtday Ruhil.. 
another 1 bertajuk.....
 yes kisah indah dlm bentuk gambar sepanjang 2012..sebanyak 52page!!

p/s - in my opinion..langkah pertama nak hasilkan photobook is.. HAVING a DSLR..!

Wednesday, January 9, 2013

Ada yang DAPAT..??

entry di tulis pada 1.40pg..
mood xkeruan.. kesal..sedih..letih..
penat 'berjuang'..tetapi tewas..

gabungan mantap 3 beradik..
bersengkang mata mengadap 3biji laptop + 1 ipad..
demi mendapatkan tiket berharga RM6 - RM9 sehala NETT!!
sangat annoying bila dah melalui macam2 peringkat..
sampai payment iaitu y laaast skali..
keluar ERROR mengatakan last seat ngan harga tu baru terjual..
selepas +- 10x kes yang sama..
kami masuk bilik masing2..TDO..

anggap lah bukan REZEKi..
kami mencongak2..
10000 seats..licin licau dalam masa sejam setengah..
means..AA dapat RM60k - RM90k dalam masa sejam setengah..??????
waaaaaaa..

Monday, January 7, 2013

BERJALAN

Yay~
hari ini dalam SEJARAH..
Nouri Ilham..
Pada usia 10 bulan 2minggu 1 hari..
Nouri berjaya BERJALAN..
Saksi pertama adalah kakak Ruhil..
Kemudia kakak Ruhil cepat2 bgtau cek Su Ims..
Kemudian, baru laa ibu.. Huhuu
Dan selepas itu..
Nouri selesa berjalan2.. Baru dapat kaki katakan..
Selamat laa pasni..mmg kna ikut dia kt belakang..
Nak make sure xde kejadian terlentang ke apa..
Tahniah Nouri Ilham..