aku ada mencadangkan kepada Mr Asben ku..
agar TAK PAYAH puasa..
pada hari nak balik kampung..
jumaat still kerja sampai 5.30ptg..
jadiknya, maybe balik kedah jumaat malam atau sabtu siang..
so, aku kata klu balik siang hari, xyah laa puasa sabtu tu..
alasan aku.. SEBAB MUSAFIR..
eh..bukan 'alasan'..tapi 'musabab'
aku tak terer bab hukum hakam..
tapi kelonggaran adalah pemberian ALLAH..
tapi sukar kita nak terima..
why???
Mr Asben pun jawab..
"kalau rasa LARAT xyah laa.."
Keizinan iftar (berbuka puasa) apabila seseorang itu bermusafir adalah dari nas al-Quran dan al-Sunnah, bukan pendapat mana-mana pihak. Maka, tiada siapa yang boleh membatalkan keizinan yang tertinggi ini. Firman Allah (maksudnya):
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini memberikan keizinan untuk mereka yang bermusafir berbuka puasa. Maka ia merangkumi setiap yang bermusafir, samada dia sering bermusafir, atau jarang bermusafir, tidak menjadi persoalan. Keizinan diberikan kepada sesiapa yang bergelar musafir. Ertinya, apabila dia boleh mengqasarkan solat kerana musafir, dia juga mendapat kelonggaran berbuka puasa pada bulan Ramadan.
Samada dia merasa beban dalam musafirnya ataupun tidak, dia tetap mendapat kelonggaran berbuka. Ini kerana ‘illah (paksi) hukum dalam hal ini adalah safar (permusafiran). Sekalipun mungkin di zaman kini bagi yang menaiki kapalterbang mewah tidak merasai apa-apa beban, namun dia tetap dikira sebagai seorang musafir, maka dia mendapat kelonggaran ini. Apa yang penting, dia wajib menggantikannya pada hari-hari lain. - http://drmaza.com
tapi musim perayaan ni, nak meredah perjalanan 7-8jam..
xmasuk kira lagi klu jammed..
pastu kadar kecelakaan yang meningkat bila musim raya2..
bukan kah baik kalau kita pastikan diri kita segar semasa memandu..
apa pandangan anda..?