CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 15, 2013

Update Hernia Ruhil

5.11.2013 - bawa ke HUKM.. berbekal Reference Letter yang Doc dr Annur bagi..
tak de idea nak g bahagian mana..
susah2 g kat emergency..
register tunggu bagai..
time nak terima rawatan, tunjuk surat..
"bukan kt cni.. kena g klinik pakar trus.. tp arini TUTUP sebab cuti"
ok..kami balik..

7.11.2013 - Aku kena kerja.. Mr Asben bw Ruhil sorang2 g HUKM..
balik umah, dapat tarikh untuk jumpa doc utk check.. which is 25.11.2013 ni..

baru jumpa doc tu.. belum dapat tarikh nak operate lagi..
bercintaaa..huu
KALAU esok pg bw g Annur, dah settle bedahnye.. 
tp xpe, tunggu je la.

hikmahnya..dalam duk menunggu2..
nak cuba alternatif lain..
hopefully time nak bedah doc kata xperlu bedah..

Kuasa ALLAH, siapa bleh jangkau kan..?

Tuesday, November 12, 2013

Lompat KAMBING lompat..!

Bersembang2 dengan kawan..
berkaitan topik "apa nak buat bila TAK BOLEH TDO.."

beliau kata.. "kira kambing melompat.. nanti mesti boleh tdo.."

seorang kawan lagi kata "eh.. ingat cerita dongeng je, rupanya betul eh boleh buat gtu?"



aku pulak kata kt diri aku.. "ada ek cerita tu..napa aku xpenah tahu..?" haha 

ketinggalan zaman kecik namanya..

lalu balik umah aku terpikir2..

membawa ke waktu tdo untuk prektis..

elok letak kepala..

pejam mata..

bayang kambing seekor lompat pagar..
 
pastu 2 ekor

pastu 3 ekor..
 
pastu aku gelak sorang2..
macam xbetuuul je..haha

tp kawan aku tu kata, sebelum 10 ekor, mesti dah terlelap selalunya

mungkin aku kena prektis lagi!

ada sesiapa yang guna cara yang sama..??


Thursday, October 31, 2013

Panjang umurnya..

Selamat hari lahir ke4 tahun buat anak ibu..
Ruhil Imaan Mohd Zarif
Semoga pada diri kamu ada yang baik2 saja..
Jadi anak yang beriman bertaqwa 
Bahagia di dunia akhirat..
Lumrahnya budak diusia 'becok'
Memang laa peneman setia ibu..
Kawan gaduh cakap2 n kawan sembang.. Juga kawan beraktiviti mcm2

Sebelum tiba hari jadi ibu dah belikan hadiah set Roller Blade barbie..
Smlm, dia nangis2 nak ibu belikan kasut..
Menjadikan koleksi kasutnya berbelas2 pasang.. Huwaaa.

Teringin nak share video Ruhil sikat rambut 3minit lebih!
N share gambar segala aksesori..
Cincin.. Gelang.. Sepit rambut..
Like mother like doter..

Dia kata dia Snow White
Pink maniac..
Dan suka segala berkaitan princess

Bak kata tuan taska.. 
"sapa laa yang jadi katak nanti tu..?"


Monday, October 21, 2013

Update HERNIA | Dilemmaaaa..

Dah jumpa pakar bedah kanak2..
Berkaitan Hernia/angin pasang Ruhil Imaan..
sah memang sah dah.. 
now memang kena buat correction operation..

Consult dgn Dr Syariz.. Paeds Surgeon Specialist.
aku nasihatkan.. jumpa laa doc yang betul setiap kali ada masalah..
Contohnya.. doc ini gelakkan aku bila aku xpercaya luka incision will only be 2cm long!
sebab kawan aku cerita anak beliau operate masa baby 5cm!
katanya sebab y operate adalah surgeon biasa.. bukan paeds surgeon..
klu Paeds Surgeon xkan bedah kanak2 mcm bedah org besar..

yess.. Ruhil bukan kna bedah hari2.. atau tiap2 minggu..
mudah2an kali ni saja seumur hidup dia jalani pembedahan..insyaALLAH
so, incision lebih 1mm pun aku sgt kisah dan peduli!!

overview tentang surgery..
it is going to be an "open surgery"
minor..dalam 20minit bleh siap..
tp still kena fully on anesthesia..
pas operate day care setengah hari kt spital..
then boleh balik hari y sama klu nak..
pastu cerita sekali tentang chances 2-3% org yang kena hernia kanan..
mungkin akan jadi jugak belah kiri nanti..
huhuuu
so, doc tanya skali.. "Nak buat terus dua2 belah??"
means tutup terus sebelah lg supaya xjadi..
dilemma di ctu..
tp doc kata "klu serah kt saya..saya rasa memadai buat sebelah yang dah jadi je"
 
Doktor Syariz.. adalah partly Annur dan practice kt HUKM..
selepas sesi interview.. aku bertanya pilihan yang ada..

1) Bedah di Annur..
- dekat.. dlm 7minit drive bleah sampai annur
- boleh bedah anyyyyyy saturday..just puasakan Ruhil dr malam..then dtg pagi2 sabtu..
- open surgery, means toreh n buka..huhuuu..ngilu.. dlm 2cm luka dekat2 area ari2 tu
- kos dlm rm3k..bayar dulu then insuran company papa akan ganti balik duit dlm 3 bulan..
- surgery by Dr Syariz laa..

2) Bedah di HUKM
- jauuuhhh..huuu
- Dr Syariz bg reference letter..then dia masukkan nama under clinic dia kt HUKM
- once in the system.. kena ikut system n procedure hosp kerajaan mcm biasa.. termasuk Q..! so xtau bila dapat bedah.. tp buat masa skang mmg xurgent pun nak bedah kan.. cuma lg cepat lg xyah pikir lama2
- aku xtanya kos kt HUKM..tp dengar kwn cerita dalam rm700..
- surgery by Doc Syariz jugak
- kelebihan HUKM.. facilities sangat lengkap.. so, boleh buat banyak menda. first potong sket atas pusat 2-3cm..untuk masuk camera, bleh 'teropong' n tgk terus belah kiri ada hernia atau tak..then buat laparoscopic surgery je la..bukan open surgery.. klu ada, potong dua tempat lagi : tempat hernia jadi iaitu  kiri n kanan.. dlm 5mm each! huuu..

dilemma mak.. xtau nak pilih y mana..

ok.. now..help me choose..!

Friday, October 11, 2013

Sapaan Tuhan

Update dari entry lepas..
Bertangguh dan bertangguh..
Akhirnya baru berkesempatan berjumpa doktor..
Dan setelah doktor mengesahkan..
Terus buat appointment ngan doctor pakar lain yang lebih sesuai bidang..

Di kala sihat gembira..
Susah nak demam n jarang sakit lama2..
Tahan lasak..
Tetiba detected ada yang tak kena..
Mungkin benar ini sapaan Tuhan

dalam gundah gulana hati si ibu..
terima dengan redha dan hati terbuka..

doakan selamat semuanya..

aishhh.. lupa nak kabar..
Suatu hari yang xberapa indah..
anakku Ruhil mengadu pehanya pedih terkena permukaan mangkuk toilet..
eczema tu memang ada kt belakang peha tu dan kadang2 pedih kadang ok je..
bila dia menahan sakit peha, mataku terpandang menda lain..

ada bonjolan dalam 2cm diameter diatas kwsn ari2 nya..
mula aku rasa mataku memang xsilap..
tp pujuk hati agaknya xde pape..
masa dia tdo aku g check tekan2 lagi..
aikkk xde pulak..
so, lega sikit..

beberapa minggu lepas tu,
selepas mandi, dia datang berlari ke arah adik aku..
masa tu xpakai baju seluar lagi..
tetiba adik aku detect perkara yang sama..
dan tunjuk kt mak aku..
mak aku pun kata pelik..
mmg betul ada bonjolan..

bermula carian aku.. google.. tanya ibu2 lain yang anaknya ada penyakit sama..
simptom memang ke arah yang sama..
HERNIA / ANGIN PASANG

faktanya.. "Hernia jelas kelihatan apabila berlari, batuk, menahan sakit, melompat, berdiri"
padan laa masa dia tdo aku check xde pun..
sbb posisi dia berbaring masa tu..
dan hari ini.. doktor mengesahkan..

minggu depan jumpa Paeds Surgeon..
sebab the only exit... is correction surgery..

anak rilek xtau apa2..
ibunya yang kena ready mental fizikal...

minggu depan aku update lagi

* hernia BOLEH terjadi kepada perempuan..bukan lelaki sahaja
* aku cuba letak googled Pic tp semuanya mcm xsesuai..haha.. sapa nak tgk bleh google sdiri (Hernia female) anak aku jenis Inguinal hernia..

Friday, October 4, 2013

Langit yang mendung.. mata yang basah..

1) tajuk entry adalah status FB cousin aku yang dah balik ke Malaysia utk bercuti baru ni, tetapi decided utk kembali meneruskan pengajian di bumi Mesir semula 1-2 minggu lepas..
alahai..sungguh bukan matanya sahaja yang basah tatkala keputusan itu dibuat..
hatiku juga basah..

mana tak nya..
musafir di sana berebut nak balik ke tanah air kerana pergolakan..
tetapi dia terlalu sayangkan pengajiannya yang berbaki sedikit sahaja lagi..
namun benarlah..hanya yang mengalami akan merasai..
mungkin dia jauh lebih faham akan keadaan di sana
berbanding kita yang dihidangkan dengan berita dari pelbagai sumber media.
diamana pun beliau berada, semoga ALLAH pelihara jaga dan lindunginya..

2) 10 hari nan indah berlalu dan bakal berakhir..
My mum will be off to Tawau petang ni..

sunyi lagi rumah kami
rindu lagi cucu2 sbb dah biasa balik umah je nenek dah tunggu ngan makan malam yang ready nak suap..

selepas hari ini, anak2 kena tahan lapar jap sementara ibu y balik kerja baru nk masak
huhuu..

mak datang kadang2 bila ada tiket murah..atau boring..atau ada urusan penting.
ikut hati memang la aku suka klu mak duk cni je..huhuu
tapi lumrahnya mak tu lebih selesa di tempat asalnya..
dan kt umah aku, dia xreti nak duduk diam..asek buat keja umah..
jadinya sangat xbes nak mintak dia duk lama2..

3) something is NOT right dengan anakku RUHIL IMAAN..

gusar hati melihat ada yang xnormal padanya..
namun hal ini perlu aku sahkan dengan doktor..
setakat ini, belum pernah dia mengadu sakit berkaitan itu..
tp aku tetap risau..
dan aku dah mula mencari maklumat melalui pelbagai pembacaan..
mudah-mudahan xde apa2.. 
i'll be right back selepas jumpa doktor nanti..


Thursday, October 3, 2013

Rambut..

gambar tu tunjuk rambut dia 2-3 minggu yang lalu

skarang satu umah dah bising suh trim rambut depan sbb dah tutup mata

bila tiba time potong rambut ni..
ibu yang tolong pening nk suh uncle barber potong cmana pulak..

klu ikut dia, dia nak mcm Rapunzel laa.. haha
macam la kdai tu ada servis panjangkan rambut..

klu tanya ibu...
dah boring dah rambut Yoo Jin winter sonata..
 

mm, sapa pnah tgk cita anime Tekken??
tantekk kan rambut alisa ni..??
tp susah nak tiru rambut lukisan ni..hehe

Tuesday, October 1, 2013

OKTOBER





 
Oktober..
Bulan indah..
dlm bulan ini Ruhil Imaan bakal menyambut ulang tahun ke-4
elok sangat timing sebab company Mr Asben pun bayar bonus pada bulan ini..

lagi..? nak buat bulan ni bulan kurusss la, aci?
hahaha..

Bulan ni jugak aku rancang agar bab tesisss dihabeskan teruss..
xnak pikir lagi..

oktober nan indah..
please be nice with me ok!

Friday, September 27, 2013

Belahan Jiwa

xtau nak tulis apa..
 godek2.. 
terjumpa hasil 'karangan' Mr Asben untuk projek sampingan kilang beliau bekerja.. 
aku share di sini..
klu korang malas baca, baca yang last tu je.. 
tu je yang penting sangat bagi aku..
haha..






ada lagii..
tp dipadamkan kerana private n confidential katanya


Tuesday, September 24, 2013

perjalanan itu.... sangat panjang

betul kata kak sarah..
rasa nak menari tango..

itu lah perasaan bila terlepas satu beban yang digalas di bahu..

finally aku berjaya melalui proses viva yang sungguh suspennn..
suspen kerana aku xpenah ada gambaran prosesnya bagaimana..
1-2 minggu sebelum tarikh keramat..
aku interview rakan sekerja.. yang mungkin pernah jadi pemeriksa..
atau pengerusi proses viva..

tp semakin banyak ku korek, semakin aku nerbesss..
then aku berhenti mengorek.. hahaha

berlangsung selama 2.5 jam..
serasa bagai masa berhenti berdetik bila duduk dalam tu!
namun aku tenang..
sebut clear.. betul..dan fasih..
bila ditanya, otakku laju compute jawapan sekali dengan struktur ayat yang lengkap..
dan tiada soalan yang ditinggalkan tanpa jawapan..
sejujurnya itu bukan laa aku..
BUKAN AKU

klu betul aku, berkat doa anda..anda..dan anda yang sedang membaca ini.

perjalanan masterku sangat panjang..

gambar adalah hasil google
 
penuh suka duka..
malah, biarpun ingin ku tumpahkan perasaan di blog picisan ini, 
namun tetap ku tunggu saatnya aku boleh berbuat begitu..
kerana selagi tak habis kurasa tak layak menulis semua ini..

sebagai kononnya budak pandai..
harapan menggunung tinggi agar master research ni aku habiskan dalam tempoh default..2 tahun
lebih tinggi lagi harapanku..pastinya
namun kita hanya mampu merancang..
itu tidak berlaku..
malah ia drag..drag dan drag..
bulan bertukar bulan..
semester demi semester..
tahun menjadi tahun..
huhh..
aku??

pernah kah anda faham apa itu inferiority complex ??
tahu kah anda bahawa untuk memahaminya adalah dengan merasainya sendiri..

ye..

aku sampai ke tahap itu..
rasa sangat bodoh..
rasa tak reti walaupun menda simple..
rasa xguna..
rasa semua org asek cakap pasal aku
rasa xnak jumpa orang..
rasa putus asa..
rasa hopeless..

aku merasa semuanya..

tp aku redha..
aku berpegang yang TUHAN ada rancangan yang lebih baik..
Maha Suci, ALLAH itu tak pernah menjadikan sesuatu sia-sia
Maha Suci, ALLAH itu sentiasa perencana yang terhebat..

ini lah cabaran dan dugaan untukku..
mungkin tak cukup kuat pergantunganku kepadaNya
mungkin ada hikmah yang disembunyikan dariku..
itu pasti dan aku menunggu..

bila aku renung balik ke belakang..
4tahun nan indah..
banyak yang dah berubah..

dalam 4 tahun..
anak aku dah 2 orang..
ketua jabatan aku dah tukar sebanyak 3kali
dua supervisor aku dari Prof Madya..dua-dua dah jadi Professor
ada satu tahun tu, kedua-dua supervisor ini menunaikan haji..
maka dari xhaji sehingga kedua-duanya dah haji..
banyak dah berlaku..
tp master aku taak siap2..

bila submit draf, ada yang intrview..
apa faktor2 hingga drag ke 8 semester..?

meh aku list kan :
1) susah..
2) sangat susah..
3) memang susah..
4) bukan bidang aku..kena belajar menda baru
5) aku memang xpandai..

itu sahaja yang terjadi sebenarnya..

disebabkan aku juga adalah staff kt pentas ilmu ni..
rasa kekok bila yang menyelia adalah rakan2 seperjuangan..
biarpun tiada apa2 exemption, tetap melalui prosedur dan protokol yang sama,
tp dr segi moralnya, tetap kekok jugak
dan aku berdepan dilema watak dan peranan..
sebagai pendidik aku tahu apa research mahu..
tp sebagai pelajar aku xboleh buat..
huhhh..

supervisor..?
meski sangat sibuk dengan tugasan pengurusan masing2..
master aku lambat is nothing to do with my supervisors!

malahan keduanya sangat mulia hatinya..
memberi sepenuh kepercayaan..
di kala kepercayaan yang lainnya sangat rapuh..
seorang sangat faham apa yang terjadi..
seorang lagi pernah melalui perkara yang sama ketika study Phd suatu masa dahulu..
Hanya ALLAH dapat membalas segala ilmu dan tunjuk ajar yang ditumpangkan kepadaku oleh mereka..
tetapi 4 tahun tetap manis dikenang..

orang kata.. BERBALOi..

meski perjalanan yang tertinggal di belakang sangat panjang..
aku perlu melihat jauh ke hadapan..

aku hanya berharap..
semoga kesusahan PhD yang akan aku tempuhi sudah habis diserap dalam proses mendapatkan Master ni..
amiiiinn.. doakan

..terima kasih atas doa kalian..