CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 13, 2013

PERFUME..ANyone??

sedang mengumpul kawan2 yang nak join beli perfume..
sbb aku nak dapat harga murah..
dan nak jual balik harga murah gak ler..

Ciri2 perfume..
1) By request.. boleh SMS aku tanya ada brand y korang nak tu atau xde..
2) BUKAN original.. imitation.. bau dan packaging 95% sama dgn yg ori
3) ketahanan 3-4 jam bergantung kepada persekitaran
4) packaging 100ml
5) Harga sebotol 100ml - aku jual RM 35 termasuk postage..

ok.. sila SMS sahaja 013-2267016
Tenkiuuuu...

PREGNANT..?

ye.. kepada yang sedang pregnant..
dan yang baru2 tahu dia pregnant..
sekalung TAHNIAH..

saat itu, berapa kali pun dalam hidup seorang wanita..
tetap laa INDAH dan MENGEJUTKAN..

rakan blogger seangkatan..ramai yang sedang n baru mengandung..
KALAU aku ngandung lagi..anak ketiga..
tapi rakan2 blogger seangkatan ni
ada yang ketiga jugak..
ada kedua..
ada yang xsangka..
ada yang dah lamaaaa nak baru dapat pulak..
ohhh.. tumpang gembira dengan berita baik kengkawan..

ni baru MARCH.. means semua baby 2013 la kan..

kepada :

.. dan semestinya ada ramai lagi yang tak disebutkan di cni..
SELAMAT MENEMPUHI SAAT BAHAGIA..
40 minggu nan indah..

haku???
hahaha.. semlm sembang2 SMS ngan sahabat seangkatan masa zaman ngandung Nouri..
katanya "zaman kita dah lepas la.. kita geng sezaman ngan Nad MamaZakwan.."
Nama ko jugak-naik nad

yes..
aku tunggu geng ni plak ngandung.
pic bukan aku punya.. DIULANG : Googled!!

haha..
seriously.. aku BELUM BERSEDIA..!
kihkih..

Tuesday, March 12, 2013

xde topik

tak tau nak tulis apa..
tp nak tulis jugak..
nak tempek jugak..

sedeh..kami bakal ditinggalkan oleh Mr Asben seminggu hujung bulan ni..
huhuukk..

adik Nouri dan kakak Ruhil jugak skang dah terpisah..
Taska anak2 sudah berkembang maju, bukak cawangan baru..
demi menjamin sistem berjalan lancar,
satu2 taska hanya tumpu didikan ikut umur..
jadinya adik Nouri bersama group 2 tahun ke bawah di taska lama
dan kakak Ruhil jadi budak besar di "sekolah baru" katanya..

bagus jugak..
setel masalah ibu..xde laa ruhil asyik kata nak 'sekolah baru'..

tp kini aku lebih menghargai MASA BERSAMA sekeluarga.. 
sbb siang 11-12jam masing2 dengan haluan masing.. ; )

Friday, March 8, 2013

MAKAN..untuk direnungkan



Dlm doa makan, dhujungnya kita menyebut "..... Dan peliharalah kami dari azab neraka".
MENGAPA dlm doa makan Nabi ajar kita agar mohon dijauhkn drpd azab neraka?
Apa kaitan makan dgn azab neraka?
Kenapa dlm doa makan sahaja ada "peliharalah kami dari azab neraka"
..tidak pada doa harian yang lainnya??

Apabila Rasulullah SAW menyuruh kita mohon kepada Allah tentangg sesuatu hal maka sudah tentu ianya ada hikmat@pringatn yg besar dsitu.
Perkara yang menjerumus kita ke neraka dlm bab mkn ni : 

1. Benda haram yg kita makan, menggelapkn hati. 

2. Manusia sanggup mencuri, mrompak, menipu, melacur kerana utk dpt 'makan'. 

~Yang Lebih penting~
(sebab kebanyakannya kita berjaya elak 2 yang di atas)

1. Masa makan manusia@kita (sememangnya, sentiasa, selalu, lazimnya, paling mudah) melupakn ALLAH Pemberi Rezeki.
Hatta org yg selalu terhubung hatinya dgn TUHAN pun boleh terputus dengan TUHAN bila menghadap makanan.

2. Terlalu jarang manusia@kita terutama di akhir zaman ini yg terlepas daripada mensyirikkan ALLAH bilamana merasakan makananlah yg mengenyangkan kita..bukan ALLAH.


Nauzubillah..!
- mari cermin diri -

Wednesday, March 6, 2013

Hadiah Hari Jadi???

Confirmed!!
Mr Asben telah memberitahu..
Outstation ke Mexico adalah JADI
Huwaaa.. Bertanya tarikh keberangkatan..
Pada ulang tahun kelahiranku..
Sedihh..

Sebagaimana trip2 kerja y lepas..
Begitu la jugak bakal terjadi..
Klu diorng pergi.. Memang pergi TOTALLY utk kerja..
Sehari melebihi 12 jam..
Setiap hari..
Balik hotel pengsan penat..
Klu nak jalan2 pun xsemua tempat bukak smpi tgh mlm..
Hari y last akan balik 1-2 jam awal, itupun sbb xnak tertinggal flight..
Nama nak JENJALAN.. Lupakan..

Sebab tu aku xpnah ikut..
Even ke singapura y dekat itu..
Huhuuu..

Apa y best d mexico..??
Selain FM??

Tuesday, March 5, 2013

sudah KEHILANGAN separuh nikmat kehidupan

Mr Asben mengadu sakit kaki yang teruk..
aku teka GOUT.. tapi ada macam2 kemungkinan lain..
terkehel.. digigit binatang..retak tulang 

memikirkan kesan kena gout tu, kami sangat2 berharap sakit tu adalah sbb menda lain..
selain gout laa..

1-2 hari xsurut2..
makin bengkak xleh nak drive, kasut nyaris xmuat..
last2 g jumpa doktor..
amik darah..

disebabkan in house clinic kt sony aje, result pun 1-2 hari baru dapat

hari ini dah dapat keputusannya..
paras normal Uric Acid dalam badan adalah 0.2 - 0.42 mcm tu
reading Mr Asben ku adalah 0.53!

SAH..

isterinya pun susah hati..

skang bengkak dah surut.. dah xsakit sangat..

ku mula google makanan pantang utk gout..
Mak aiiiiiiiiii...!! never ending list laa jawabnya
bak kata mak aku y jaga atuk aku sakit gout
"Semua xbleh makan.. lama2 mati sbb xmakan, bukan sbb gout"
hehe..

and 95% daripada yang xboleh dimakan itu adalah Febret beliau..
sedihnyaa..

aku pun kena jaga kesihatan n pemakanan diri sendiri jugak laa..

makin singkat

La ni kakak ruhil dah g ngaji malam2..

ibu g kerja hantar diorang ke taska 8pg - 7ptg..

dulu mlm sblm tdo ada masa bersama anak2..
 
skang, malam2 kakak Ruhil g ngaji 8.30-9.30..

balik umah dia renung ipad sampai kul 11 gtu, then dia tdo..

sedihh.. begitu singkat masa bersama..

cita2 hati : nak kurangkan marah2 anak besar aku nan seorang itu..

mode sedih : sbb pagi2 buta dah baca kisah sedih..
(xnak share link nnt korang pun sedih mcm aku)

Monday, March 4, 2013

Apa khabar orang kampung??

situasi yang sedang berlangsung di Lahad Datu..
mulanya aku langsung xtahu 
kemudiannya bila aku tahu aku ambil ringan..
lepas tu baru nk pikir dengan serius bila ada yang terkorban..

Lahad Datu - Tawau dalam 2 jam perjalanan nek kereta..
tak jauh sangat..
setakat ini, hanya pejuang negara y terkorban..
belum melibatkan orang awam..

My sis baru menghabiskan cuti sem lepas d tawau..
katanya, di tengah2 pekan..
askar2 kita bersenjata berlegar2 di tengah bandar adalah BIASA..
kereta2 askar di atas jalan raya adalah BIASA..
rasa macam duk kat kem askar lak kan..

tp pikir logik, mungkin diorang berkawal..

pg ini, mak aku gtau suasana mcm perang..
adehhh..
helikopter asek lalu atas umah..
RISAU..!!

mula laa aku pikir2..
bila nak pindahkan ahli keluarga aku..??
cemana klu nk pindah nnt airport semua tutup???
semua ke nak datang cni..?
klu x, sapa je y nak import datang cni..??
aiyyokkk!

Khabar angin begitu banyakkk..
tepuk dada tanya hati..
ada y kita bleh pikir sendiri kesahihannya..
n tgk jugak mana sumbernya..

tapi skarang ni mcm 50-50 je nak angkut mak dulu datang cni..
tambah plak Mr Asben juga mendapat perkhabaran
akan outstation ke Mexico pertengahan bulan ini..
mmmmmmm, Malaysia Airline.. Air Asia.. xde promo evacuation TWU - KL ke???

hehe..boleh mcm tu??

Saturday, March 2, 2013

Tertunai Hasrat Hati

ALHAMDULILLAH..

selesai satu kepeningan di kepala..
hasil gabungan tenaga dan idea ngan BFF..
kami share besday party kat taska..
sbb anak2 beza tarikh beberapa hari sahaja..

 Kek untuk dipotong dan diagihkan kepada anak taska..
masalah BESAR kerana kawalan pemakanan yang KETAT sangat dari tuan taska..
minta mahap makanan junk food/chocolate related food/manis/berperisa boleh hantar ke taska
tp hanya sampai depan pintu sahaja..
haha..
means STRICTLY not allowed!!

sudahnya kek yang dibenarkan iaitu kek sponge plain tu aku ganti ngan yang di atas
Kek batik sugarlessss - gabungan cream cheese + biskur marie yang direndam susu n susun dengan tekunnya.. tq Cek Su.. jasamu dikenang.. ..
 ahhh..puas hati design sendiri..hehe
yang putih untuk pengasuh - ada makanan manis2..
 yang pink utk kawan2 nouri-hannah..
kandungan : air kotak soya - kurma - kismis- balloon - apam polkadot (minimal sugar n flavor..huhaa - saya bangga menjadi Parent Al-Humairaa yang TAAT) y aku n kak liza kerjakan..
 kek di atas utk masuk goodies bag pengasuh..
bilangan derang ada sikit sajok.. n kurang pantang larang..maka aku beli je..
malas nak buat

tambahan lagi - juga ada Pasta yang digoreng secara sihat dan penuh khasiat oleh Kak Liza ibu Hannah..
juga untuk anak2 genius..

gambar xsempurna - in the making sebenarnya
ini special utk tuan taska ngan Kakak pengasuh jugak..
diserahkan dengan ucapan..
"jasa kalian mengasuh anak2 kami sentiasa dalam ingatan..dan hanya ALLAH mampu membalasnya"
pesanan kedua lak.. "JANGAN bagi anak taska makan pavlova ni.."
haha - mode xnak kena sembur ngan Tuan Taska..hehe

Hujan lagi di dalam hati - selepas majlis.. seorang kakak Taska mohon ampun maaf salah silapnya..
kerana hari ini hari terakhir dia bekerja..
sempat peluk cium my Nouri sebab dia penah jaga..
huwaaaaaaa.. part kakak berenti ni seringkali buat aku sedihhh sangat!
Hanya ALLAH akan balas jasa mu Kak Zira..

Friday, March 1, 2013

M.A.R.C.H

ada apa dengan March aku..??

ada besday adik aku..
ada besday mak aku..

dan ada besday aku..
tahun terakhir dengan angka '2' di hadapan, 
tahun depan insyaALLAH 3series..

ada banyak objektif yang hendak dicapai dalam bulan ini..
harap berjaya hendaknya..

p/s - rasa nak ubah penampilan diri la..
nak lebih kurus..nak lebih cantik..nak nampak lebih matured..nak lebih teratur..
nak pakai tudung y proper2.. n improve pemakaian..
jadi lebih 'sesuai' dengan umur baru di akhir bulan ini...
transformasi diri.. 

jom!

March anda bagaimana???