CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 1, 2021

12 Tahun Terindah

 Happiest Birthday 

Yang ke12 kepada new owner of this page

RUHIL IMAAN 

Ibu, papa & adik3 love you to the moon and back




***

Oh, Terima kasih
Tuhan kau telah berikan
Dua belas tahun terindah
Bersama dirinya
Menjalani cinta
Yang kupikir tak ada
Takkan kutukar dengan apapun di dunia
Sejenak
Namun mengisi jiwa
Hadirmu dalam hidupku

****

12 Years and counting..
Jangan pernah lupa kita datang dari mana dan untuk apa

Tuesday, May 27, 2014

Back pain..!

27 minggu.. Back pain luar biasa sakit
Faktor usia ka?

Mr Asben bertanya :
"Kenapa teruk sngt? Mengandung sebelum ni xde pun?"

Jawapannya :
Mengandung ruhil, suami saya uruskan saya
Mengandung Nouri, suami saya uruskan ruhil
Mengandung ketiga.. Saya kena uruskan Ruhil, Nouri, Suami dan diri sendiri

Ye.. Suami kesayangan saya luar biasa sibuk belakangan ini..
Saya menerimanya sebagai perkembangan kerjaya beliau y positif 
Think positif..
Setimpal dengan bayaran, sifat buat kerja sampai habis y dah jadi kebiasaan
Pendek kata, mudah2an bertukar kepada keberkatan rezeki dan gaji y diterima

Pasrah dan redha.. 
Back pain ni.. 3 bulan lagi hilang laa

Sunday, May 18, 2014

manusia dan botol.

Sebuah analogi y sgt tepat.. 

"Manusia ini ibarat seperti satu botol.... botol yg sama
1. kalau di isi air mineral,harganya RM1++
2. kalau di isi jus, harganya jd RM 8++
3. kalau di isi Madu yaman,akan jd RM200++
4. kalau di isi minyak wangi odd, akan jd RM1000
5. kalau di isi air longkang,ianya akan di buang dalam tong sampah kerana langsung xde harga dan xde siapa yg suka.

Botol yg sama tp harganya berbeza sb isi dalam nya berharga..manusia semua sama, yg membezakan nya adalah iman & taqwa dalam dirinya yg akan myebabkan dia berharga di sisi ALLAH atau dia di pandang hina oleh ALLAH lalu di buang ke dalam neraka.

Na'udzubillah..

Monday, April 14, 2014

Khabare..?

alahaii.. sesungguhnya aku juga rindu..
cuma tak dilayan perasaan tu..
itu y terbiar ke laut semuanya..

lama menyepi..
banyak nak dibebel..
tp mari mulakan dengan update kehidupan KAMI
KAMI dahulunya ada 3 je, skang dah 4 n bakal 5..

anak2..
ini gambar freshh from oven, amik mlm smlm..

yang kakak dah jadi budak tadika..



yang adik..
dah masuk kelas baru kt taska..
dah berjaya toilet training di usia 2tahun 1 bulan.. yeay!!
tahniah adik..(ke kakak??)

yang tendang2 dalam ni..??
hihiii..
alhamdulillah.. biarpun lebih banyak cabarannya berbanding dua yang terdahulu..
tetapi kini dah lebih separuh perjalanan, 21 minggu..
ibu dan baby sihat!

berita baiknya.. anak yang bakal lahir adalah baby boy, insyaALLAH!
 ok..sekian update..
nnt sambung bebel!

Tuesday, April 8, 2014

RINDU?

Wow.. ada orang rindu i...
katanya blog dah berhabuk..

TQ kakak..

saya akan kembali..
wink..wink..

Tuesday, December 17, 2013

Insidious 2..!

zaman2 insidious 2 tgh hot kt wayang..
baru ku gigih cari insidous 1..
pastu bila hujung2 tu mcm tergantung..
harus gedik2 xsabaq tgu cetak romp Insidious 2 kluar dgn cantiknya..

kt wayang ada lagi..
tp jgn bazirkan duit anda tgk cerita hantu kt wayang..
kerana scene y buat anda tutup mata tutup telinga lebih byk drpd buka mata buka telinga
ehehehee

pastu selesai misi cari DVD insidious y berkualiti tinggi lagi haramm..
kami pun tgk satu family..

kesimpulannya..
jalan cerita : 4.5 star
keseraman : 4 star
logik : 4.5 star

best wooo..
banyak sangat suspen..
dan endingnya tak dapat diteka..itu yang penting!

memang kagum dgn hasil kerja James Wan iaitu pengarah dan penulisnya..
tak sangka jugak anak Malaysia boleh menghasilkan jalan cerita unik dan kreatif mcm tu skali..

sapa tak tengok lagi..
sila g tengok..
hehe

Monday, December 16, 2013

Journey begins again..

Third journey..
Moga selamat hingga ke destinasinya..

Terfikir..
Apabila kita merancang kehamilan..
Betapa kurang kebergantungan kita kepada Allah..
Pasti kita merasa kita xhamil lagi sebab usaha kita.. BUKAN takdir Tuhan.. Kan?

Atas sebab itu.. Aku bebaskan diri..
Dari berperasaan begitu..
Tanpa apa2 perancangan istimewa.. 
Tawakkal sepenuhnya..

Cuma kali ini, aku rasa aku xmuda mana..
So, lebih kepada bertawakkal utk dapat..
Sebab siapa boleh jamin ko buat2 bleh jadi klu Tuhan kata tidak..??

Alhamdulillah..
Kali ini.. Allah tentukan aku hamil lagi..

Pelbagai rancangan (terutama perjalanan phD) direncanakan..
Kini takdir Allah yang satu ini muncul pula..
Mari lihat apa Tuhan rencanakan seterusnya..

Syukur dan redha dgn apa sahaja takdir Allah.

Mudah2an kita semua menjadi hamba yang diredhaiNya
Amiin..

Sungguh.. Apa jantina y keluar skali pun, aku n Mr Asben xpenah kisah.. 😀
Yang ada hanya desakan org sekeliling.. 
Terima kasih atas keprihatinan dan doa anda semua

Tuesday, December 10, 2013

cakap pandai

ni entry rindu sebenarnya..

tatau laa napa arini winduuu sangat kt domok

maybe sebab 2-3 menjak ni.. serta 2-3 menjak akan datang adalah sangat HECTIC..

so..kepenatan buat aku bosan

so..kebosanan buat aku malas pikir menda lain

then.. aku pikir menda2 yang best je..
antaranya adalah anak2..

ok..

usia : 22 bulan / setahun 10 bulan..

budak domok pandai cakap apa dah??

1) ibu : Papa mana
Nouri : Ijeee

2) atu..uwa..ige..apat..lima.. anam..tujuu..apann..bilan..puyuu.. yeeeyy

3) bila berjaya selepas berusaha buat apa2..dia akan cakap
"Yess"

4) nak uwap
read : nak suap n makan sendiri..xnak disuapkan

5) nak mamam chik.. nak air..nak fish..nak mamam ayam

6) kenal n bleh panggil nama kawan2 seusia kt taska..
ayiiissh (Hariz).. ayenn(aaron)..faten..pish(Faris)..tiyaaa(Fathiya)

7) "kakak nak ya Hanana?"
ayat offer..ahhaha

8) Bleh sebut kebanyakan anggota badan "itong..ingee..ngangan..kaki..ucat..mate..ambut"

9) ku suka usik dgn mengacau rambut dia.. 
Pastu dia marah aku "ibu angaaan..oo ibu tu!! " 
Sambil selak rambut yang sikit tu ke tepi

10) Lately beliau bleh keluarkan 3 perkataan skali..
paling bahagia bila dia bergurau..
"NANAK WAWANN BUU"
then aku pura2 nanges..
then dia gelak n ulang ayat tu 10x..
besnyaaa la ko anak!



Tuesday, December 3, 2013

Pertama dan selamanya

tidak boleh tidak..PERLU dan PENTING aku coretkan kenangan indah ini..

31 oktober 2013 lepas adalah hari ulang tahun ke-4 kak Ruhil Imaan..
tp kesibukan ibu n papa menyebabkan masih tertangguh sambutan harijadi kak Ruhil..
smpi skang blum buat2..
Kesian anak ibu

seminggu selepas tu 6 November 2013, besday Papa..
jahatnya aku, xde jugak celebration..
hadiah murahh pun 2 minggu baru g cari n bagi.. huuuu.

3 minggu kemudiannya..28 November 2013
Anniversary kami yang ke 5 tahun..
what you expect.. ??
:(

aku ditelan kesibukan!
n aku benci, tp apa nak buat..??

********************

29 November-1 disember Mr Asben di jadualkan kursus Etiqa..
Dia pun xtau kursus apa (biasanya pun begitu laa..pakat g je)
jumaat pg, beliau pack barang sbb xbalik umah dah, kena g trus pas solat jumaat
akan berkampung di Hotel Grand Millennium, Bukit Bintang.. 3D2N..

ok..aku pasrah di tinggalkan bersama anak2 saban weekend
jauh disudut hati aku cemburu dengan kawan2 y bercuti sakan bersama family sedangkan aku masih dimamah kesibukan walaupun cuti sekolah dah masuk minggu ke berapa ntah!

Malas nak kacau org kursus, aku pun malas nk telefon kerap2..
tp jumaat malam aku diberitahu, kursus beliau pd hari sabtu 'xboleh bawa telefon 9am-11pm'
hanya no tepon pegawai etiqa y ditinggalkan..klu2 ada emergency
haruss aku pelik.. kursus mendaa sampai macam tu!?

since kt umah ada adik2 aku n adik2 ipar..aku menyibukkan diri..
sabtu petang tgh tgk tv..dapat satu panggilan..
pegawai Etiqa call aku..

selepas memperkenal diri..
beliau bg overview kursus sebenar yang tgh dilalui oleh Mr Asben..
ok.. fine..

next aku di tanya..
"Boleh tak puan hadir esok..?
sebab kami ada nak buat surprise dekat peserta2.."

next ayat convincing beliau
"klu esok suami puan tgk puan xde, sedihla dia"

next aku di warning
"klu mlm ni puan ada hubungi husband, jgn cakap apa2 ek"

ok..
mula aku konfius..
tapi aku rasa menda ni betul..
nak hubungi isteri kawan etiqa y g skali ngan Mr Asben, xde no pula..
tp hatiku berkata "I am GOING"

malam tu..
Mr Asben sms ringkas2.. bunyi mcm sangat khusyuk dgn kursusnyaa..
beliau inform aku..
"kursus ni xde langsung kaitan dengan bisnes..
tp lebih kepada kursus motivasi..
nangis2.. tulis surat kepada parent/isteri"
dah mcm surat terakhir laa kan..

malam tu jugak..
aku xlena tidur memikirkan esok
aku nak drive SORANG2 g bukit bintang????
tp pasrah demi sokongan padu n appreciation kepada Mr Asben ku

plan baiiik punya..
pakat2 ngan adik ipar tgkkan kak Ruhil..
n ceksu jagakan Nouri Ilham yang demam..
aku drive g bukit bintang..

Tuhan mudahkan, sbb ahad pagi kul 830..warga KL masih dibuai mimpi indah..
jd aku memecut selesa.. 20minit dah sampi ;)
n Tuhan mudahkan lg, adik lelaki ku mmg nak ke KL
so, dia teman aku smpi hotel, then dia meneruskan perjalanan..

elok keluar lif, pegawai Etiqa tarik aku.. trus bw ke bilik menunggu
ni utk elak terserempak ngan peserta kursus
dalam bilik tu ada 80 lebih orang-orang tersayang tgh tgu utk buat seprais..

ramainya bw anak..
aku xterpikir nak tanya anak bleh bw ke tak..
huhuuu..xpe la, memberi ruang eksklusif kepada kami berdua..

pas breakfast, bagi tag no agar tak tertukar pasangan..
kedengaran para isteri tgh excited!!
Antara ayat popular mereka : 

"waaa.. berdebar ni.. dah puluh2 tahun kawen, xpenah lg wat gini"

"mesti husband saya terkejut.. sbb saya dari Perak ni"

Etiqa memang buat kerja gila..kan!

kemudian taklimat
"ok.. kejap lagi, kita akan masuk..
kena line up depan pasangan masing2..
ikut nombor, pastikan sama ngan no peserta kt dalam.. 
Diorang kt dalam tu semua mata tertutup dengan kain dan berada dlm bilik y gelap"

masa beratur depan dewan.. para trainer edar bunga ros..seorang sekuntum..!
gila kaya kau Etiqa..!
di luar dewan..aku berdebar jugak
cuba membayang keadaan kt dalam

ok.. bila diorang suh masuk..
memang gelap gelita..
hanya cahaya lampu2 suluh trainer yang kelihatan..
diorang tarik smpi depan pasangan..

masa tu semua bergerak pantas DAN senyappp..
yang peserta2, memang dah terpacak sejak sejam yang lalu..
dalam gelap, bersulam irama lagu2 syahdu 
masing2 tenggelam dalam sedu sedan bila 'dibawa' oleh narrator yang dah pun berkata2 dalam tangisan..
kami2 yang baru masuk pun dah start nanges..apa cerrr kan..ahhahaa..
dlm 5 minit tenggelam skali dalam program tu.. tiba masanya diorang buka lampu n buka ikatan mata..

skali lagi satu dewan berhujan tangis..
masing2 mengongoi dalam dakapan orang tersayang..
memang..
memang tujuan asal program utk kita kenang kembali,
betapa bz kita seharian.. smpi lupa nak hargai n lafazkan betapa kita sayang org sekeliling y jadi sumber kekuatan kita
dan bagaimana, jika peluang tu tetiba hilang kalau org tersayang kita lebih dulu diambil ALLAH..?

suasana riuh rendah dengan tangisan selama beberapa minit..
bukan ada suami isteri macam kami aje..
tetapi ada mak dan anak..
anak dan ayah..
ada adik n kakak..
ada adik n abang..
dan ramai jugak yang mengenang org tersayang yang dah pergi mengadap ALLAH..

Sementara tgn masih genggam erat masing2, 
Air mata masih bersisa, trainer2 edarkan tisu .. Huhuu
N semua diingatkan utk
"Let it go, let if flow.. Jangan tahan"
Ohoii mujur xbanjir dewan tu

Mr Asben sempat bertanya dalam tangisan..
"awak datang?? awak datang ngan sapa ni? sorang?"
xsangka kott.. mm, hopefully mcm tu la..ahaha

Bila sesi sharing is caring..
Masing2 share betapa terkejut n xsangka etiqa akan bawakan org tersayang dihadapan peserta masing2..
Lebih terkejut bila ada bini y baru call sejam lalu katanya di johor (padahal dah d hotel sama) tetiba ada depan mata
Hebat jugak simpan rahsia..

Atas cadangan Lynd , TQ lynd!..
Mr Asben share kt satu dewan rasa terima kasih kt Etiqa sbb bg 'hadiah' anniversary kami ke5
Nak buat surprise sendiri2 mcm tu ntah bila la kann..

Pertama dan selamanya la..

Muka pas "lepas perasaan" masing2.. Ahaha..

Salah seorang peserta berpendapat : 
"etiqa is not only about profit.. But also about LOVE"

betuuull..!

Monday, November 18, 2013

Tiba-tiba..

planning the future..

Ruhil 2009..

Nouri 2012..
next??

tentatively next is awal 2015 atau hujung 2014..

Tapi selain perkembangan keluarga, career ku jugak perlu dikembangkan..

kena letak 3-4 tahun di hadapan yang xboleh beranak2.. 
sebab perlu berjuang untuk PhD..

1 - perlu mula usaha sekarang?? then start PhD Journey..?

atau 

2 - cepat2 PhD, then n only then baru menambah umat..?

Tiba-tiba terpikir semua di atas..
soalnya, ku bukan makin mudaaa..

Tiba-tiba rasa jika pilihan kedua yang dipilih.. 
lama lagi nk cium bau baby yang sedap itew..

huuhh.. feeling old!