CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Apa khabar orang kampung??

situasi yang sedang berlangsung di Lahad Datu..
mulanya aku langsung xtahu 
kemudiannya bila aku tahu aku ambil ringan..
lepas tu baru nk pikir dengan serius bila ada yang terkorban..

Lahad Datu - Tawau dalam 2 jam perjalanan nek kereta..
tak jauh sangat..
setakat ini, hanya pejuang negara y terkorban..
belum melibatkan orang awam..

My sis baru menghabiskan cuti sem lepas d tawau..
katanya, di tengah2 pekan..
askar2 kita bersenjata berlegar2 di tengah bandar adalah BIASA..
kereta2 askar di atas jalan raya adalah BIASA..
rasa macam duk kat kem askar lak kan..

tp pikir logik, mungkin diorang berkawal..

pg ini, mak aku gtau suasana mcm perang..
adehhh..
helikopter asek lalu atas umah..
RISAU..!!

mula laa aku pikir2..
bila nak pindahkan ahli keluarga aku..??
cemana klu nk pindah nnt airport semua tutup???
semua ke nak datang cni..?
klu x, sapa je y nak import datang cni..??
aiyyokkk!

Khabar angin begitu banyakkk..
tepuk dada tanya hati..
ada y kita bleh pikir sendiri kesahihannya..
n tgk jugak mana sumbernya..

tapi skarang ni mcm 50-50 je nak angkut mak dulu datang cni..
tambah plak Mr Asben juga mendapat perkhabaran
akan outstation ke Mexico pertengahan bulan ini..
mmmmmmm, Malaysia Airline.. Air Asia.. xde promo evacuation TWU - KL ke???

hehe..boleh mcm tu??

Thursday, September 6, 2012

GANGGUAN..?

usai solat..
teruskan dengan beberapa zikir..
memang lazimnya begitu laa..
dari sebelum solat tadi dah awal2 tekan butang kecil pada tombol..
kalau boleh tak mahu hilang fokus.. hilang khusyuk..

sedang di pertengahan zikir..
dah mula kedengaran derap tapak kaki..
sudah tidak asing bunyi itu..
senyap..
mungkin arini nasib orang lain, bukan diri sendiri seperti selalunya..
mulut kembali mengalunkan kalimah ALLAH..
cuba kumpul semula khusyuk yang memudar sebentar tadi..

terganggu!
xcukup bunyi tapak kaki..
kini tangan pula..
bertalu2 pintu bilik itu diketuk..
rentaknya jelas menyatakan ketidak sabaran..
terjejas lagi khusyuknya..
namun dibiarkan sahaja..
cuba untuk tidak mengendahkan
kerana memang dah biasa diganggu sebegitu..

dari bunyi ketukan itu,
rasanya tangan yang menghasilkan bunyi itu tak sebesar mana..
senyap seketika..
tapi tak lega, kerana bersambung lagi..
kali ini diiringi jerit nyaring dari luar..

*



*



*



*



*



*



*


 

"ocak-ocaaakkk...! ooo ocak-ocakk! ocak-ocak buat apa tu???
ikan Cek Su dah makan belum..??"

gangguan yang satu ini memang xpernah berakhir..
kerana si pengganggu ada aje alasannya utk menembusi bilik pakciknya..
dan si pengganggu yakin.. selesai solat, pakciknya akan setia melayan karenahnya..lagi dan lagi..

dah 2 bulan umah sunyi.. adik2 aku cuti sem. balik kampung..
minggu depan naik semester, kembali meriah.. 
seronok laa si pengganggu tu.. ramai yang nak layan dia..
p/s - ocak-ocak adalah panggilan Ruhil kepada adik lelaki kedua aku dan ikan2 di akuarium itu adalah amanah Cek Su yang diminta tolong jagakan selama 2 bulan ketiadaannya..
 

Tuesday, September 4, 2012

Kita PASTI ke SANA

macam2 perasaan bila browse gambar raya y adik aku bw dr kampung
dia balik raya kt Tawau..aku tak..
ada yang bes..
ada yang nak tergelak..
ada beberapa perubahan yang aku perasan..
umah baru mak aku dah nk siap..
sepupu sepapat aku yang kecik2 dah besarrr..(aku cucu sulung)
aiii..macam2..
ini aktiviti wajib setiap tahun..
memandangkan aku balik raya dua tahun sekali..
maka dua tahun sekali laa aku melaksanakan aktiviti ini..
dan tahun ini aku XDAPAT LAKSANAKAN lagi..
tapi doa sentiasa mengiringi arwah..insyaALLAH
ni pusara Arwah Bapa tercinta..
Moga tenang dia di SANA..

2 minggu lagi genap14 tahun tanpa bapa..
dia pergi tak di sangka..
namun yakin, TUHAN titipkan hikmah atas setiap takdirnya

kini dalam hidup aku terlalu ramai generasi tua..
berpeluang hidup dengan moyang umur hampit 100thn yang terlantar..
kini dia juga sudah pergi menghadap Pencipta

FIL aku sekarang, terkadang kena serangan kencing manis..
sampai masuk ICU bagai..
 dan ada waktunya pasrah melihat beliau seakan tiada harapan
alhamdulillah kembali ok, tp kena bersedia,
boleh jadi serangan bila2 masa saja..

tokwan dan tok Mr Asben juga xsihat..
dah tua..

mmm.. tetapi memang keuzuran mereka menginsafkan!

terkadang aku melihat mereka dengan penuh tanda tanya

"akan tiba saatnya INSYAALLAH aku akan hidup tua begitu..
pada saat itu, adakah anak/cucu nak jaga aku..??"

yang belah2 Mr Asben ni ada jugak kadang2 kami balik jenguk..
atau mereka ke KL

ini wajah yang kurindui.. sudah terlalu lama aku tak melihatnya..
hilang sudah kederatnya untuk melakukan pelbagai perkara rutin..
ada waktunya terbaring kesakitan..

alahaii.. moga dipanjangkan usia..

ini umah usang aku..
umah di mana aku dibesarkan..
kini sudah terlalu usang..
kebanyakan waktu aku risaukan mak aku yang duduk seorang di rumah ini..

InsyaALLAH moga diizinkan..
umah ini akan siap mungkin seminggu lagi..!
teratak baru mak aku..
moga ALLAH murahkan rezeki aku utk sama2 mencantikkan umah ini

Ramai yang telah pergi..
ramai yang tengah uzur..
betapa aku mengharap yang satu ini tidak akan tua..
tidak akan uzur..
dan tidak akan pergi..
ohooo..
mungkin itu harapan setiap anak kan..?
semoga jadi harapan anak2 aku suatu hari nanti..


Di matamu masih tersimpan selaksa peristiwa
Benturan dan hempasan terpahat di keningmu
Kau nampak tua dan lelah, keringat mengucur deras
namun kau tetap tabah hm…
Meski nafasmu kadang tersengal
memikul beban yang makin sarat
kau tetap bertahan
Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan
Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
kini kurus dan terbungkuk hm…
Namun semangat tak pernah pudar
meski langkahmu kadang gemetar
kau tetap setia
Ayah, dalam hening sepi kurindu
untuk menuai padi milik kita
Tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan
Anakmu sekarang banyak menanggung beban


TITIP RINDU BUAT AYAH..
by EBIET G. ADE

Monday, July 30, 2012

Ruhil ditahan polis trafik?

budak ni memang xsuka pakai tali keledar dlm keta..

tapi ni kisah di luar kereta..

ni gambar atuk trafik yang tahan dia

lalu di bawa ke manakah..??

ohooo..
rupa2nya diberi peluang hebat..


 muka cuak tp syok..


siap enjin hidup n siren dibunyikan..
thank you atuk trafik..

a.k.a atuk Bob.. pak sedara Mr Asben..
Jurulatih kt Maktab PDRM Muar..ngeheheh..

aritu kan g Johor..
tdo umah atuk trafik ni le..

Monday, July 23, 2012

Tiada yang tua..tiada yang muda..

Kami mula berpuasa di bumi Muar, Johor..
Sengaja bertandang ke sana memandangkan dah lama berjanji..
Memang seronok sebab, pakcik n makcik mr Asben serta anak2 sangat besh..

Sebelum mula ramadhan, ingat nak tepon family kt kampung..
Tp bz ya amat, xsempat2..
Pagi tadi..tergerak ati nak call..

Mak sihat2 saja bersama cek su ims yang tengah bercuti semester di kampung..
Tapi atuk n nenek berbeza keadaannya..

Walaupun aku dah berhijrah duk cni..
Tapi asalnya aku pernah sangat rapat dengan keduanya..
Malahan antara cucu yang paling rapat sebab aku cucu sulung..
Dan umah aku paling dekat dengan umah nenek/atuk..

Pagi tadi panjang jugak mak bercerita..
Cerita ketaksihatan atuk/nenek dah lama..
Tapi semakin lama semakin membimbangkan..

Teringat zaman aku kena g sekolah menengah kt Kedah..
Sedih sangat dan asek rindu2an ngan mereka..
Doaku setiap hari ..
Semoga aku sempat jumpa mereka sehingga aku abeskan tingkatan 5.
Alhamdulillah, doa itu makbul..
Aku bersyukur, sehingga tak tahu harus meminta apa lagi kepada ALLAH..

Kalau dah ajal, xkira tua atau muda..
Tapi, kerisauan aku suatu masa dahulu dah terlalu lama berlalu..
Maknanya, atuk/nenek yang tua semasa aku tinggalkan dahulu dah tersangat tua sekarang..
Keadaan semakin lama semakin genting..
Ada saatnya aku dah rasa seolah putus asa, dan bersedia jika dipanggil terbang pulang nun ke Tawau
Tetapi keadaan berlalu, nenek/atuk kembali sihat..
Cuma semakin lama, sukar untuk expect perkara yang sama..

Aduhai..
Sedih lagi bila mengenang betapa gagah keduanya suatu ketika dahulu..
Kini? Penyakit tu biasa laa.. zaman sekarang ni sapa yang xde penyakit kan..
Tapi bila mereka mula bertanya perkara yang basic2 berulang2 kali..
Dan menunjukkan tanda ‘kelupaan’ yang nyata..aku rasa sedih sangat..

Maka, pagi tadi lepas cakap ngan mak, aku bingkas g basuh n jemur kain..
Ngan air mata yang berlinangan..
Semoga ALLAH panjangkan usia mereka..
Sekurang-kurangnya sehingga aku dapat bertemu mereka lagi..


Tuesday, June 12, 2012

pening..

dah mula terpikir2..cmana laa..?
esok mak aku balik kampung dah..
sejak mak ada mcm biasa laa..
banyak kerja aku jadi mudah..
bangun pagi kdg bfast dah siap..
ruhil dan nouri konfem mak aku y mandikan..
balik petang, mkn mlm dah ready..
baju dah bercuci..dan dah berlipat+bersusun..

ada masa, aku yang masak..
tetap jugak mak nak tolong..

pastu mak sibuk2 mandikan 2 kenit tu lagi..
sebab nnti dah balik kampung dah xboleh mandikan derang lagi..
so mak aku amik peluang laa..
 
mlm2 smbil tengok tv, mak suap ruhil..
satu kerja y sesiapa pun kt umah tu akan surrender!
nak memaksa+memujuk+mengejar+menunggu ruhil nak abeskan bermangkuk2..

bila aku balik kerja..
luas mata memandang, umah kemas..
jalan2 kt umah, xde plak kaki rasa melekit atau terpijak habuk..

esok dan seterusnya???
hadoihhh.. xtau laa..
memang xterkejar nak kekalkan umah tu macam tu..

tetiba terpikir..besnya kalau ada maid/pembantu umah kan??
boleh membantu ringankan beberapa perkara..
huhuu..

Saturday, June 9, 2012

bapak..nyanyuk..dan gatal..

tajuk tiada kena mengena..
sbb nak cerita menda lain2..
3 kisah berbeza ya kawan2..
dijamak tak-yah kan dlm 1 entry..

bapak..
FIL ku dimasukkan ke ICU beberapa hari lepas..
asalnya memang diabetes..insulin tetiap hari..
tetapi sblm warded tu beliau demam..xlarat..xbleh makan..
bila dah start xkencing.. maka diagnosed buah pinggang lak prob..

sedih..
sbb last time jumpa beliau ok-ok saja...
tetiba dengar cerita kena jalani dialisis..
dan di ICU wayar selirat sana-sini..
dan doktor 'pengsankan' nk bg dia rehat..

bila dah tetiba camtu, Mr Asben terus beli tiket bas+flight..
utk y terkejut tergempak ni, Mr Asben balik sorang dulu..
klu x ok lg, insyaALLAH kami akan menyusul nanti..
sebab penat trip Kelantan masih bersisa..
aku xpe lg..anak2 aku 2 orang tu laa kesian..
ikut hati memang laa rasa nak terbang ke sana..

Nyanyuk..
sblm g kelantan,aku bw balik beg telekung kt ofis utk dicuci..
dari dulu2 lg aku mmg letak telekung dlm beg tu je..
pastu masa nk g opis xingat ari apa..aku nak packing laa telekung aku..
cari2 beg tu xde.. xpe laa..buh kt beg lain laa..
smpi opis waktu zohor tu, pakai laa telekung y bawa tu..
pas solat nk simpan kt tempat yang biasa simpan tu..
tetiba ada beg telekung aku dah kt ctu!
tak ingaaaat.. bila masa aku bawak balik ke opis???
betul2 xboleh nk recall..
ke aku xbawak balik pun aritu ek.. yaALLAH..pelupa!

gatal..
bagi menda mudah nak menda susah!
sapa pnah tgk Medela Swing..??
struktur binaannya sama mcm Harmony ..


bezanya swing pakai letrik..harmony manual..

aku rasa sangat laa slow bila pam guna swing..
mula laa aku survey sana sini..
adakah boleh di convert ke manual..
ya boleh!
belikan handle+diafragm je..
intai2 RM75 beli 2 menda tu boleh dah aku ada harmony+swing..
nak laa..tp tgu kaya sikit baru beli

Friday, June 1, 2012

bukan ADABI..

tapi kisah sajian istana di zaman silam jugak

lama dah nak buat entry ni..
tp modal xcukup..haha..
kebetulan hari tu berkunjung ke rumah beliau..
dan amik gambar skali..!

ini lagi hebat dari masterchef ni..
tudung hitam..2 dari kanan

ini adalah Royal Chef..!
dan biras mak mentua aku..
kira mak sedara Mr Asben laa..

sejak dolu..zaman-berzaman..
beliau adalah tukang masak Sultan Kedah..

mungkin cara/rasa masakan kena sangat ngan selera Tuanku..
maka sebab tu laa boleh jadi dan boleh kekal lama sbg tukang masak sultan..

bes ke masakannya..!??
yesssssss... yang boleh aku katakan..
cepat..pantas..tangkas.. sedapppp.. cantik..dan semestinya hidangan penuh protokol!
bagi laa apa pun bahan pelik2..
tau aje dia nak memasaknya,..

klu yang tradisional, memang terbaekkk..
rasa xpekat kaw3 mana pun..
tp ngam.. xlebih xkurang rasanya..
dan seolah2 xjumpa kt mana2 yang rasa sedap camtu..

ohooo.. ini kenyataan..bukan exagaration tau!

nak kata hanya terror masakan kampung, xjugak..
sebab dinner sultan malam2 western tau!

ikut hati nak rerajin ke rumah beliau..
belajar masak.. belajar cmana nak cekap..

resepi kadang2 boleh kongsi..
tp ye laa bab masakan ni..
meh tang perah2..sedapnya ikut air tangan tu laa..
haaaaa..itu yang mahal n tiada ganti tu..

lagipun umahnya mestilaa di taman larangan tu kan..hehe

dulu masak utk santapan sultan kedah..
skang masak utk sultan Malaysia laa kan? huu..

p/s - aku pun masak utk king jugak.. KING of my heart..ngeh3..jadi laa.

Wednesday, May 30, 2012

WW - konvo TiTip..

Sarange yo..

model Mitsubishi aci..???

Tahniah TiTip..

muka nak mengacau ni..


ijazah dari langit..???

semua ada..!

ibu dan anak-anaknya

atas meja.. otai btul anak aku!

baik aku tdo..

kakak tu keja nya makaaan je..

Sunday, May 13, 2012

Ibu-ibu ku..

Ibu sendiri memang tiada tandingannya..
kalau nak suruh cerita, x habes..
Wanita terhebat dalam hidup ku sudah pasti mak aku..
tiada tolok bandingnya..
Selamat HARI IBU, Mak!

tapi di entry ini..sempena Hari Ibu ini..
aku nk masukkan seorang lagi wanita hebat..

Ibu Mertuaku..

Jika diminta sifatkan beliau dalam 3 perkataan
akan aku katakan :
sabar, rendah diri, sporting..

semenjak aku kenal beliau, xpernah sekali pun aku merasa kekok!
beliau sentiasa mampu mewujudkan suasana yang aku rasa boleh buat apa saja tanpa segan silu atau perlu berlakon jadi menantu yang baik..
ya..di hadapan beliau aku boleh jadi diri yang sebenar, di mana saja, bila2 masa.

kesabaran.. 
sepanjang hidupnya sentiasa teruji..
benarlah.. TUHAN tidak menguji mereka yang diketahuiNya tidak mampu..
kesabaran beliau tiada tolok bandingnya!
sehingga ada masanya aku doakan cucu2nya yakni anak2ku ada kesabaran yang sebegitu teguh suatu hari nanti..

kata2nya pula
sentiasa merendah diri..
sentiasa rasa dia xpandai..xreti..xcukup baik..
tetapi bagi yang benar2 kenal..akan kagum dengan kerendahan hatinya..

sangat susah nak jumpa beliau menceritakan keburukan dan kekurangan orang lain..
meskipun sekadar menyampai cerita.. apatah lagi nak duduk mengumpat dan mengutuk..
jauh sekali..memang bukan sifatnya..


ada banyaaaaak perkara yang aku sebagai menantu boleh belajar..
sebagai suri rumah tangga.
menegur yang salah pada aku..
secara langsung TAK PERNAH..not a once..
tapi aku rasa banyak yang dia betulkan..how???
secara halus dan xlangsung..


 masih bekerja di usia 50-an ternyata tidak menggugat komitmen beliau sebagai anak, isteri dan ibu di rumah..
bukan saja bagai tidak mengenal penat letih, malah sangat susah nak jatuh sakit..Alhamdulillah..
semoga ALLAH sentiasa meletakkan beliau di bawah lindunganNya..
dan melimpahkan segunung kasih dan sayang kepada ibu mertuaku..

Aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan ibu mertua sepertinya..
seperti ibu sendiri..
aku boleh bersembang, bershopping, buat kerja dan gelak sama-sama dengan ibu yang seorang ini..
 
Selamat Hari Ibu, Mak..
 ucapan istimewa untuk ibu mertuaku
Meriani Ismail
Terima Kasih kerana melahirkan suami yang ternyata kini mewarisi sifat dan kebaikan mak.. ; )

Tuesday, December 13, 2011

Jadual TRANSIT!

Berkira2 lagi..

aku asal dari Sabah..
suami pulak asal dr utara tanah air..
kami duk kt Kajang ni, maka xheran..
umah kami mmg selalu jd Pusat Transit..

tambah time coti2 Sekolah ni...
tuan umah sangat bz bekerja..
namun, tetamu tetap dialu2kan..
dan kami cuba buat y terbaik..
meh la.. aku senaraikan jadual Transit bulan ni ek..

02.12 - Makcik aku dtg sefamily..duk 2mgu, 7org semuanya..
bila adik aku dr penang tu xde urusan penting, dia y bawak jalan2..
11.12 - adik2 Mr Asben lak dtg transit, nk g Aussie, konvo
12.12 - antar adik2 Mr Asben utk bertolak ke Aussie.
14.12 - Adik aku balik Tawau..nk kna antar gak tu..
16.12 - makcik aku sefamily lak balik Sabah..pun nak kna antar tu
19.12 - Adik2 Mr Asben balik dr Aussie..nk kna jemput..
22.12 - Family Mr Asben transit d umah.. sblm ke Singapura
23.12 - Mak aku datang!YAY..~
29.12 - Family Mr Asben balik dr Singapura..maybe tumpang umah jap sblm btolak balik ke kedah!

okeh..sekian Jadual 2011..
Kami y bz.. tgk saja laa org g sana sini..
hehe.. sbb cuti sekolah tu xde kaitan sgt dgn kami y anak xsekolah ni..
semoga segala fasiliti y disediakan di rumah kecik kami memuaskan ati smua org..
serius, bunyinya macam serabut..
tp meriah!!!
y paling happy Ruhil Imaan..
xpenah sunyi dia..
biarpun penat..usir jauh2 rasa berat..
mudah2an Tuhan permudahkan semua..
Benar sesungguhnya..
“Wahai manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar (pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar”
mudah2an..amiiiiiiiin!

Sunday, August 14, 2011

Tinggal Flight!!

adoiiii..
dah bertahun2 aku ditugaskan kerja2 tempah2 tiket ni..
famili laa..
mereka kan ramai kt sabah nun..
line tenet xbrapa nk besh
pastu brapa aware ngan promo2 tiket kapal terbang..

Tp xpenah lg aku tersalah beli, 
atau berlaku silap2 kecil pun..
smuanya seperti y diminta laa..
boleh bukak agency aku nih..

smpi laa arini..
flight mak aku ke Tawau kul 2.20ptg..
kul 12 dh g antar2 bagai..
pastu terus shopping brg dapur sket kt Tesco..
then my Bro y mengiringi mak aku call..
"napa kaunter tu gtau flight g Twu arini 1 je.. kul 8pg td??"

Denggggg.. ku cuba reset kepala otak..
cuba ingat2 balik..
Ya ALLAH!! ada satu SMS aku terima dulu..
dah AGAK LAMA..
tp recieved SMS tu masa tgh kalut2..
then xpasti sapa punya ( maklum laa..banyaaakk)
sbb SMS tu xnyatakan passanger nama siapa..
just gtau flight number..
dlm ati masa terima SMS tu 'nnt balik nk cek'

smpi ke sudah xcek!
n terlupa trus..

bila mak tanya flight kul brapa..
aku rujuk Emel y antar itenerary dulu.
mmg laa x hapdet kan..

sudahnya pas balik tesco trus g amik mak..
cam kelakar pun ada..
aku lg suka my mom duk cni..
sbb kt tawau nun, duk sorg2 (tp umah nenek sebelah je)
tp terkilan laa, sbb mak dah pack2 n berbesar ati nk balik kmpung..
alih2 tinggal flight!

Tp lg bes bila smua og menerima menda tu sbg 'ada hikmah nii.'
sejuk ati dengar..
n mmg kena pikir gtu laa sepatutnya kan..

td baru beli tiket baru..
xkesah laa brapa pun..
atas request mak, mgu depan dia nk balik..
ingatkan dia nk balik skali ngan kami..
which is sehari sblm raya..
tp xbleh..sbb ada beberapa tempahan baju kena siapkan kt Tawau.
adoiii..mcm2

p/s - kena ati2 laa aku nih.. nasib bek jd arini.. klu jd kt flight y kitorg nk nek ms sehari sebelum raya tu..ada menangis darah kt airport!

Wednesday, March 16, 2011

penat

bertolak ke Alor Star kul 10 mlm..
tiba kt umah mak mentua kul 4pg..
tdo jap..
kul 8 g umah kampung..
orang dah ramai..
pas mandikan, smbahyang, then kebumi..
kami sibuk2 masak seringkas mungkin utk org umah mkn..
n sibuk jaga anak kecik aku y xmo kt org len..
ptg kul 2 pas mkn, g hospital..
nenek Mr Asben plak masuk ospital 1 ari sebelum tu..
pas melawat, dalm kul 4 ptg, trus balik bangi..

alhamdulillah, perjalanan lancar..
sampai bangi kul 10 mlm..

trus g Mydin, beli sedikit barang makanan utk Mr Asben bawak..
kul 11 sampai umah..sgt letih..
Mr Asben sampai umah terus amik kad Sony, amik uniform..
trus drive g Sony..huhuuuuuu..
sbb banyak lagi kerja xsiap..

aku n imaan pengsannn..
kul brapa Mr Asben balik aku xtau..
apa y dia packing pun aku xpasti..
pagi2 aku siap2 g kerja..
adik aku tolong browse tgk kiblat..tgk waktu solat..tgk temperature utk Mr Asben
then aku antar imaan..antar adik2 aku..
n masuk opis

Mr Asben plak lari g kedai gunting rambut jap..
g pasaraya depan umah nk wat tukar wang Peso..
xbukak lagik lak..
tukar kt airport laa jawabnya..
dekat2 kul 11, teksi datang amik..
aku kt ofis..
tp still sebok cek emel Mr Asben..
sbb xtau nama alamat n no tepon hotel kt sana..
roaming Celcom pun br buat pagi ni..
kad kredit dah inform isnin lepas lagi..
aiiii..macam2..
now he is off to Manila..1 week..

rindu laa budak tecit kt bapak dia..

aku..?
penat!!..
tangan lenguh, sbb meriba imaan sepanjang jalan smlm..
ada ati gak nk memonteng arini..
tp kt umah sorang2 pun x bes gak..
so, arini melepak2 saja kt ofis.
buat apa y patut.. n buat apa y xpatut skali laa..
ngeh3..


Monday, March 14, 2011

Innalillah..

..wainnailaihi raaji'un..

Moyang Mr Asben kembali ke rahmatullah lepas zohor tadi..
Sedih..last time jumpa masa Arwah Nyang dipotong sebelah kakinya akibat kencing manis..
Usia +-100tahun..n kami selalu berbangga2 bleh bertemu hingga 5 generasi..

Nyang - Tok Wan - Mak - Mr Asben - Ruhil Imaan..
zaman skang kan nk jumpa moyang pon susah..
ni plak lebih tinggi drpd tu..

kini dah tinggal 4 generasi..sedihnyaa..
Bertolak balik ke Kedah mlm ni..
kembali semula ke KL esuk..
Mr Asben ken outstation g Manila lusa (Rabu..)
Kelam kabut..
n kena handle banyak menda sorang2 selama seminggu..
Letihnyaaaa...

Thursday, November 18, 2010

Enjoy Holiday Mak Tuk!

Mak Tuk..Tok Wan..Pak Su Ajim..n Achik Fina..
Selamat bercuti..tour to Aussie..
sambil ketemu Aunty Tip..
Gold Coast - Sydney - Brisbane - Melbourne..
Waaaaaa.. seronoknyaaa mereka..

Alkesah semlm KAMI g antar my FIL n MIL serta adik2 ipar g airport..
tp y aku sebok amik gmbar, si anak dara ini sahaja..aci??
kehkehkeh..




Merahnyee Mak Ngah!

ngan spek lagi..

n lollipop kegemaran..

Lollipop ni, dia bleh bergaduh nak rebut dr aku tau klu dia nampak..

Tuesday, November 9, 2010

sekadar selingan

G Cameron Highland 6 n 7 nov..
Balik masing2 sgt penat berjalan..
pastu semalam aku cuti2 umah..
sbbnye banyak nak kena 'godek' kt umah tu

Arini pun g kerja kul 12..
so, paham laa betapa banyak kerja tertangguh..
nnt aku upload gmbar percutian..
aku first time g cameron..
aku bagi 4 bintang!!
1 bintang lg ilang sbb wrong timing..
cuti sekolah n musim ujan (betul kata kak tini)
so, agak sesak n terpaksa mengangkut payung ke sana sini

selingan je ni..
nnt cerita lanjut..
layanzzz my girl dulu ya..

Tuesday, October 19, 2010

Percutian Keluarga

promosi airasia baru je lepas kan..
gila laju harga tiket naik..dalam beberapa jam leh naik
Means, y promo dah di beli dek orang ramai
ye laa..ni laa masa y ditunggu2

bagi aku, sementara Imaan masih kecik, masa ni laa nk berjalan..
sbb bila dh skolah, nk kena berebut plak time cuti sekolah..
so, apa y KAMI dapat..??


yaaaaaa..Percutian 3D2N ke LANGKAWI..

Beshnyee..walaupon lama lagik..
Bulan Julai 2011..
Lebih besh tang harga..
RM214 utk kami 3 beranak return flight + bagasi + seat
ok laa kan
Why Langkawi??
Sebab saya orang Sabah..kehkeh..
klu aku bukan Sabahan, harus laa destinasi percutian kami jd KK or Sipadan..
So, aku pun pilih laa Langkawi..
Last time aku jejak kaki ke Langkawi adalah pd tahun 2001!
lamanyaaaa x g Langkawi..
Xsabar nak menikmati keindahan alam..
dan Shoppiiiiiiiing!!

Monday, June 28, 2010

Cuti2 malaysia

Arghhhh..cerita lama..baru tnampak gambar..
baru teringat nak post..

ni kisah masa balik Kedah baru2 ni
Selalu balik kedah balik umah nenek Mr Asben..
kt Alor Janggus.. seberang jalan utama tu, ada Gunung Keriang..
selalu g beli keropok lekor je..
Tetiba satu ari, aku tanya ttg beberapa bangunan y gah berdiri kt ctu..
ropanya banyak tempat2 menarik kt ctu..
Maybe sbb berasal dari ctu, maka Mr Asben pun buat2 cam xheran laa..
sbb dekat ngan umah sama kut..

tp aku apa lagi..
sbb nk bawak imaan jalan-jalan yela sangat tuh..
aku ajak laa Mr Asben g..
g ngan Si Azim, adik bongsu Mr Asben..

syok apa..
ada muzium padi...
it's all about PADI laa kan..
pastu ada 1 tangga nek atas..
kt atas tu boleh tgk pemandangan dr puncak Gunung Keriang!
konon je..!
sbbnya ada kerusi2 tempat duduk,
pastu kita akan dikelilingi gambar besaaaaaaaaaaar gila..
gambar tu berpusing..
so, kita duk kt kerusi tu, leh laa tgk gmbar tu keseluruhannya..
nampak cam duk kt puncak gunung laa
tp macam real weih..
Azim kata, tu antara gambar terbesar di dunia..
btul ka dik??
tp mmg besh laa..
sapa2 mai kedah, jemput lah datang ke Muzium padi nih..

Hahahaa..ini suami isteri petani moden!! ada gaya x??
Yang bawah tu, mmg xbleh blah btul laa..petani mini namanya tuh!

Nih KAMI, berposing sakan di muzium pun..Ruhil Imaan suka sgt laa leh g bjalan

Ni antara pemandangan2
ada banyak lagi gambar
n Gambar2 ni suma bersambung..mbentuk 1 pemandangan besar..
y nampak real!


ni kt luar Muzium..


Ruhil Imaan..ini namanyaaa PADI!
alalaaa pak su!senget2 dukung imaan pun..
huuuuuu..lembuuuuuu


Ok..sekian, cuti2 mesia dan Jalan-jalan cari pasal untuk kali ini..
nnt KAMI g mana2 aku tulis review lagi yek

I-City

Lamanyaa aku ngidam..
Las2 dapat gak g I-City ni..
beshh..!
lagi besh bila g ramai2..
the more the meriier..
semalam..di siang ari kami + parent in law, g kenduri..
di sebabkan mereka jarang nak dapat cuti..
maka, pak n mak mentua aku jelajah abis..
g kenduri..
pastu singgah sana..singgah cni..
kul 7 mlm baru smpi umah..
pastu bersiap sedia lak nak g I-City..
mmg sangat2 letih...
tp tetap besh..
G ngan adik2 aku, n parents in law..
nek avanza, maka muat semuanya...kehkeh..keciwi ko Lea
lawa laa..
rasa cam duk kt oversea pun ada..
berangan la ko..
cuma mcm xberapa nak siap lagi..
but tetap ramai pengunjung..
sesuai laa nk bawak budak2..
erm..g malam, Jakel dah tutup! mesti Mr Asben aku bersyukur abes!
meh..layan gambar..

Aku y seronot terlebey..


MIL..n PIL..bersama Cucu nakal mereka




KAMI n Imaan Kami




My Sis..


Si Imaan nih..kat cni pun dapat boipren!

Sebelum balik, bergambar ramai2..but Mr Asben xmasuk, sbb jd tukang tangkap gambar..