CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 30, 2012

A reason to smile...

Diam x diam dah lama jugak aku masuk kerja lapor diri semula sejak cuti belajar..
tinggg.. lampu menyala2..
adakah tambang percuma sudah boleh digunakan semula..?

Tambang Percuma Mengunjungi Wilayah Asal..
y setiausaha atau kerani, mesti alert dengan perkara ni kot ek..
flight tix free untuk kakitangan yang bertukar wilayah..
contoh, anak sabah/sarawak yang berkhidmat di semenanjung malaysia..
dan sebaliknya..

tambang diberi kepada kakitangan, pasangannya.. 
dan anak-anak sehingga 3 orang..(ke 5 ek..??x ingat..)
x lama dahulu, tiket ni bagi 2 tahun sekali..
belanjawan 2009 rasanya, melompat aku depan TV
PM umumkan nak bagi SETAHUN SEKALI...
yahooo..

untuk yang status Cuti Belajar, xboleh guna..
so.. aku cuti belajar 3taun.. xdapat laa..
kini dah boleh guna semula, sbb dah lebih 6 bulan lapor diri..
yayyy..~

teringin sangat nak balik raya, tp turn kedah taun ni
so, amik kesempatan balik cuti 16sept ni..
buat Aqiqah Nouri sekali laa..

ruhil asek mintak aku bw dia nek 'kapatubam'

selalu nak balik Sabah duit sendiri, kena riki2.. bila yang murah..
pilih2 tarikh y xpeak..tp masalah sbb Mr Asben susah coti..
yang peruntukan ni, memang oderrr saja bila nak guna..
isi borang dan dalam 24jam, tiket telah dibelikan..

di satu sudut hati..memang laa happy..
di satu sudut yang lain..insaf...
AKU DUDUK DI BUMI BERTUAH..
(ayat sempena merdeka ke..?? xlaa..)
banyak kerajaan spend duit untuk aku..

so, not only A Reason to SMILE macam kt tajuk entry..
tetapi jugak A Reson to BE COMMITED..!!
semangat nak buat kerja..

ini semua kerana melihatkan angka yang tertera..
iaitu jumlah harga tiket kami berempat yang diberikan PERCUMA..


*




*




*




*




*




*




*




*




*


Kalau harap duit makcik.. beli time promosi AirAsia je laa..

2013 nak guna tiket free ni utk balik Raya la plak..

Tuesday, August 28, 2012

misi kita berbeza sayangku..

sepanjang Ramadhan..aku rasa stok EBM paling lajuuu skali gerak
tapi mujur la ada kan..
nak wat cemana..memang merudum xbleh buat apa pun..
awal2 tu, ok lg.. nak hujung2 tu
atau ada hari2 y gila melepek je..
memang susu xnak kuar..
kdg seari 3oz je...aduuiii..

balik kampung raya lepas, Mr Asben ku kejangkitan..
sbb tumpang2 minum Herbalife adiknye..
balik Bangi trus oder..
xpe laa.. memang kerja kilang Jepun ni kadang xsempat nk g mkn..
elok laa amik Herbalife tu kan..
namun bukan sbb xsempat mkn..
tp sebab beliau ada misi.. turunkan berat badan..
dia je kata dia gemuk n berat..aku tgk ok je..
sapa suruh dia g benchmark ngan zaman sekolah menengah..aduii

Beliau ajak aku join sekaki minum..
hint nk suh aku kurus gak le tu..
oh... BIG NO..No..NOOOO..

sbb dalam kepala ada misi lain..
nk up kan pengeluaran susu..
disebabkan itu nak tambah sesi pengepaman..
nak latih badan keluarkan lebih banyak susu..
disebabkan itu.. aku xnak terseksa..
xnak spoil mood..nak happy2..
disebabkan itu.. aku nak makan dengan gembiranyaaaa!
memang dari dulu aku TAK minat dgn program menguruskan badan yang kena berlaparrr..
ohh tidakk..hilang SEPARUH nikmat hidup rasanya..

apapun.. wish me luck utk misi aku..
demi si kecik ini..

perjalanan baru selesai 1/4.. ada lg setahun setengah.

Monday, August 27, 2012

Tragedi Raya.. ngilunyaa..

on the way balik raya, Alor Setar - Bangi amik masa 12 jam..
amekauu.. double..! selalu 6-7 jam je

jammed hampir sepanjang jalan..
hujan hampir sepanjang hari..
keta banyak gila..
mujur kanak2 happy je dalam kereta..

bila nak rehat kami memilih hentian kecik dan tak popular..
cukup sekadar ada jual makanan dan boleh buang air..
solat pun, kt pondok je, bentang2 kain jadikan sejadah..

di satu lokasi yang dirahsiakan..
aku memegang nouri, jaga Ruhil yang pokpek..
Mr Asben membeli makanan..
lama jugak aku tunggu..mgkin sebab orang ramai..
sepanjang tunggu, aku duk kt stool plastik yang agak usang..
ruhil duk kt meja ala2 pangkin..
bila makanan tiba kami makan dengan hebatnya..
aku masih pegang Nouri kt riba aku..

aku tgk bawah nampak sesuatu y xkena dengan kerusi plastik tu..
ada menda sepatutnya xde tp ada kt bahagian bawah kerusi..
sedang aku tunduk, memerhati dan berfikir..
tetiba aku rasa aku makin ke bawah.. ke bawah.. dan ke bawah..
akhirnya buuukk..terduduk atas lantai!

begitu cepat ia terjadi..
masa aku perhati kerusi tu, 
Mr Asben baru nk buat gaya 
nak bukak mulut suh aku jangan duduk kt kerusi buruk tu..
XSEMPAT.. aku dah jatuh terduduk dulu..
sedar2 aku dah kt lantai..
Nouri masih di tangan aku..
itu yang paling penting..!
demi nak pertahan nouri.. kaki aku terangkat sedikit masa landing kt lantai tu..

aku pakai baju kurung raya.. means, pakai kain!
bila duduk kt lantai n kaki terangkat ke atas..
korang pejam mata bayang je laa..
adoiii.. 
tawakkal aku harap xde laa mata2 yang amik kesempatan..

siku aku sakit.. maybe sbb cuba tahan..
ada lg y sakit..
tp dah tak rasa sebab maluuuuu..
aku rasa muka aku merah je..
bila aku dah bangun, aku tgk bawah je..
langsung xpusing kiri kanan atau angkat kepala..
aku maluuuuuuu..huuuuuuu..

kemujurannya, kejadian berlaku pantas.. 
dan aku xterjerit ke.. so xbising dan xmenarik perhatian orang ramai sangat..
n pas jadi tu terus bangun cepat2.. buat2 mcm xjadi pape laa kenkunun
dlm hati TUHAN je tau.. malu gilakkk..

bila sampai KL, jumaat tu aku buat mkn2 sket..
khas utk kwn2 opis Mr Asben y dah mula kerja sejak khamis lg..
ada laa dlm 20orang ..
sibuk2 kat dapur siang ayam, potong itu ini..
tetiba ketulan ayam yang terakhir tu aku TERHIRIS jari..
adik2 ipar xberani nk tengok..
dalam xdalam.. 2-3 ari asek berdarah..huhuu..
maybe sbb sblm start wat kerja dapur aritu aku siap2 ASAH pisau tu..huwaaa
yang plg bes ari ketiga pegang pisau nk potong bawang, terhiris lg luka y sama..
berdarah lagi..

skang ni, duk kt opis pun aku ngilu je bila kenang..
baca resepi apa2, bila ada perkataan 'hiris' atau seumpamanya..terus cam xnak pegang pisau..
dah 3-4 ari dah kering, bila tgk balik
baru perasan boleh tahan dalam jugak..
waduuuhh.. gambar?
xperlu laa menghilangkan selera orang lain y nk g beraya..
hehe..

pesanan khidmat masyarakat.. 
BERHATI2 ketika hendak DUDUK di kerusi usang..dan BERHATI2 gunakan PISAU..
sekian..
 

Laporan Jabatan Perbendaharaan

selaku bendahari umah.. 
ibu jadi tukang asingkan duit raya kanak2 riang ni
Duit raya kamu wahai anak2..
Mengujakan..!
tp sah2 laa xbuleh masuk purse ibu..haha
tempek gmbar skeeet..

raya ni y syoknya kanak2 laa..
sbb meriah, cuti, kumpul ramai2.. mkn macam2..g jalan2 ziarah..
bab duit raya, xsangat kot..
sbbnya baya2 anak2 aku ni bukan tau sgt nilai wang ringgit kasorga ni
ye..ku tahu gambar xde kaitan..

tapi ibu yang kena jaga duit kamu kanak2 naik juling nk asingkan..
sbbnya kdg2 dapat xsama.. adik dapat kakak xdapat..
kadang terbalik..

so, utk adil..ibu kna laa asingkan..
masalahnyaa..BANYAK! banyak sampul.. isi tu biasa2 je laa..
haha..
kdg g 1 umah je, sorang 4-5 sampul..

klu raya kt Tawau..xde adat bg duit raya ni..
tp sesama keluarga memang laa bagi..
taun lepas raya, anak aku Ruhil Imaan cucu 'sulung and only' kepada 12 orang nenek2/atuk2
iaitu adik beradik mak aku..
huhuuu.. kebanyakan bg RM100..ada y bg RM200.. sindiri kira laa ye..
tp xpening sbb ada xsampai 10 sampul pun dapat..
sbb bukan adat g umah orang dpt/bagi duit raya..

mmm..xabes syawal lg aku ingat nk g simpan kt bank duit kanak2 ni..
risau simpan cash kt umah..
n klu nk pikir setahun ke depan.. boleh laa tukar 3-4 ratus duit ibu/bapak..
pastu amik duit keping2 y bau bank tu dr keleksi duit raya kanak2..
taun depan xyah beratur kt bank tukar duit kecik..
tp zaman tercekik gaji awal ni,
xde laa plak duit nk prepare 3-4ratus utk menda setaun lagi..kihkih..

selalu duit kanak2 simpan kt bank laa kan..
kenkonon nk guna bila sekolah atau masuk U nanti..

selain daripada itu..
ke mana lg duit raya tu boleh pakai ek..?
mcm xsampai ati lak nk guna utk keperluan mereka (baju/menan)..
ke aci..?

Sunday, August 26, 2012

pertama kali raya BEREMPAT

selamat hari raya..
maaf zahir dan batin..
kembali bersiaran..selepas mencari mood yang ke bulam..huhuu..

terkenang2kan keindahan Ramadhan.. tapi memang mcm tu laa tiap2 tahun..
semoga bertemu lagi pada tahun hadapan..
memang excited abess laa nk raya taun ni..
sebab pertama kali BEREMPAT..
lama lagi ni nak BERLIMA..huhu..

alhamdulillah.. anak2 sangat sporting..
dalam perjalanan pergi dan balik..
pakai baju2 raya..
duk kt kampung..
bergaul ngan semua ahli keluarga, sepupu sepapat..
memang mudah kerja ibu,,huhu

gambar raya..? mmm, xpenahnya cukup ruang ni klu nak tepek semua..
tapi meh laa kita tepek 1-2..
KAMI berempat hari raya ke-2
BFF..adoii..balik kampung pun nk jumpa BFF nih..mujur 1 negeri

Dua2 'pengsann' dalam keta..

budak first time beraya..


p/s - petang td adik yang balik dr kampung bw 1 file yang penuh gambar2 raya kt Tawau..
rindunya nk balik kampung..tp kena laa ikut giliran..

Saturday, August 18, 2012

Laporan RAMADHAN 2012

Slm.. Puasa terakhir untuk taun ini.. Xdapat dinafikan sedih meninggalkan Ramadhan..
Semoga kita tergolong dlm golongan YANG MENANG ramadhan kali ini..

Puasa lepas..
Cuti posa 7hari.. Cik P dtg menjenguk utk prama kalinya..haihh..
Dlm ramadhan lepas gak aku demam menggigil2..
Dah tambah cuti posa tambah lg 2 ari..
Sahur xtnggal sepanjang dibawah pengawasan aku.. Hehe
Terlepas sehari masa aku demam.. Sbb di bawah pengawasan mr Asben.. Hehe

Masa bulan posa tu jugak aku diserang cirit birit dgn dahsyatnya..
Bukannya bazaar je, g Buffet MAEPS tu pun kena cirit gak..
Memang perut home cooking btul.
Masa g buffet MAEPS tu aku jumpa Nurul Izwa..
Huuu.. Sungguh laa comel si Suffiyah tu..
Tu pun xsempat jumpa si Syahmi enc..

Terawih alhamdulillah.. Hanya tinggal pada hari2 y uzur dan xlarat demam tu..
Tadarus sempat la beberapa juz..
Mm, total ponteng posa 1/3 ramadhan..
Rs rugi tp nk wat cmana kan..
Seperti biasa.. Harapan..
SEMOGA BERJUMPA RAMADHAN AKAN DATANG..
InsyaALLAH..


Tuesday, August 14, 2012

TAK PAYAH laa puasa..

aku ada mencadangkan kepada Mr Asben ku..
agar TAK PAYAH puasa..
pada hari nak balik kampung..

jumaat still kerja sampai 5.30ptg..
jadiknya, maybe balik kedah jumaat malam atau sabtu siang..
so, aku kata klu balik siang hari, xyah laa puasa sabtu tu..
alasan aku.. SEBAB MUSAFIR..
eh..bukan 'alasan'..tapi 'musabab'

aku tak terer bab hukum hakam..
tapi kelonggaran adalah pemberian ALLAH..
tapi sukar kita nak terima..
why???

Mr Asben pun jawab..
"kalau rasa LARAT xyah laa.."

Keizinan iftar (berbuka puasa) apabila seseorang itu bermusafir adalah dari nas al-Quran dan al-Sunnah, bukan pendapat mana-mana pihak. Maka, tiada siapa yang boleh membatalkan keizinan yang tertinggi ini. Firman Allah (maksudnya):
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini memberikan keizinan untuk mereka yang bermusafir berbuka puasa. Maka ia merangkumi setiap yang bermusafir, samada dia sering bermusafir, atau jarang bermusafir, tidak menjadi persoalan. Keizinan diberikan kepada sesiapa yang bergelar musafir. Ertinya, apabila dia boleh mengqasarkan solat kerana musafir, dia juga mendapat kelonggaran berbuka puasa pada bulan Ramadan.

Samada dia merasa beban dalam musafirnya ataupun tidak, dia tetap mendapat kelonggaran berbuka. Ini kerana ‘illah (paksi) hukum dalam hal ini adalah safar (permusafiran). Sekalipun mungkin di zaman kini bagi yang menaiki kapalterbang mewah tidak merasai apa-apa beban, namun dia tetap dikira sebagai seorang musafir, maka dia mendapat kelonggaran ini. Apa yang penting, dia wajib menggantikannya pada hari-hari lain. - http://drmaza.com

tapi musim perayaan ni, nak meredah perjalanan 7-8jam..
xmasuk kira lagi klu jammed..
pastu kadar kecelakaan yang meningkat bila musim raya2..
bukan kah baik kalau kita pastikan diri kita segar semasa memandu..

apa pandangan anda..?

Monday, August 13, 2012

Mode kedekut aci??

Dah dpat..

sampul ye, bukan duit..haha
Tapi xde laa banyak mana.
Means kena campur lagi dengan y lain2 y dapat ms shopping.
Itu pun xcukup lg..
Ku berhajat, nk wat sampul 'bodo'..
kanak2 riang.. klu bagi duit raya..
depan kita dikoyak n dibalingnya sampul raya tu kan..
rasa mcm membazir plak bg y mahal2..

huhuu.. mode kedekut ke mode xnak membazir tu..?
p/s - UKM n Sony..memang TAKK la kan nk bg sampul mcm ni..tunggu ku naik jadi Profesor bleh laa dapat kut..hehe

Stress Nak Raya..

pg tadi..
masa dengar Hot.FM..
topic hangat pagi ini..stress nak raya..
macam-macam hal..
yang paling menarik ada satu bro ni..
bukan dia y stress, dia kata isteri dia y stress..
sebab tahun ni giliran isteri untuk spend duit utk segala keperluan raya..
segala.. baju, kuih..

mmm, boleh ke macam tu..??
boleh kut klu isteri berduit kan..
lg pun y nak segala caca merba ni selalunya memang kaum wanita..
maka sekali sekala rasa cemana beratnya nk kuarkan duit..
tapi kan..
kita kaum wanita ni pun, buat utk kesejahteraan keluarga jugak.
tak gtu..?
mmmm..

p/s - tiap2 tahun, aku ngan Mr Asben spend sesama duit masing2.. baju memang jait sendiri..tudung jait sendiri.. n klu turn balik sabah, tiket free kerajaan bagi..lg pun aku xde umah nak dicantikkan sangat untuk raya..so, dh kurang ribu-riban di ctu..hew3..

Friday, August 10, 2012

MANGSA

zaman kakak dulu dah merasa..
tapi kakak suka cabut apa y di pasang..
yang ni memang muka rela aje..
so..memang jadi MANGSA ibu, sbb baik sangat..
kalau headband terjatuh n tutup mata pun senyaaaap aje tunggu ibu perasan dan betulkan..

maka, ini laa masanya ibu melepas gian beli n pasang macam2 pada anak dara ni..
 Tumpang pakai kakak nye..

 wohooo..'kasut' yang sekian lama IBU DAMBAKAN..haha

 apasal pelik muka tu dikk..?

Bumbo dah jadi 'sofa'..mmmm..ilang postur duduknye..


 menatang KoolFever tu pun dia xtanggal..
klu kakak dulu memang 'pantang' ngan menda tu..
ni gambar arini sebenarnya.. 
demam skiiit..adoii..
aritu nak menjulur, xsihat jugak..

apakah demam kali ni untuk ini..??

*




*




*




*




*





get well soon dear domoks..

Thursday, August 9, 2012

Duit RAYA RM10 itu milik...

ok..
teka-teki dah tamat..
anak dara sebenarnya tengah tengok acara ini..

nama acara adalah DUET SYNCHRONIZED SWIMMING..
katanya ruhil.. "nak tgk mandi kulamm"
maka sesiapa yang ada perkataan 'RENANG' diterima sebagai pemenang..


dan 


huhuu..Tahniah..!
nak bg hadiah kepada kedua-duanya..

terima kasih anda yang lain yang join teka-teki ku ini..

pemenang..sila bagi no akaun..RM10 seorang..hehe..

01tiga-dua267kosong16
zalipan2503{at}yahoo{dot}com

New TV for raya anyone??

Biasa raya beli baju baru, handbag baru, kasut baru..
Yang rumah sendiri boleh la berhabes utk hias umah..
Sofa+perabot baru utk raya..
Yang umah sewa cam aku, ngaa nganga..

Kepada yang baru dapat bonus..
Aku ada 2 menda nk iklankan..

1) NEW in box SONY BRAVIA LED internet TV 40"..

Harga pasaran RM2600..
My price is RM2200..

2) NEW in box SONY ALPHA37 DSLT CAMERA..
Body + kit lense

Harga pasaran RM1999
My Price is RM1700

p/s - boleh nego sikit lagi.. Contact me for the best price

01tiga-2dua670satu6
zalipan2503[at]yahoo[dot]com

Wednesday, August 8, 2012

Sapa nak duit raya???

Nak wat teka teki la..
Ni gambar Ruhil Imaan nganga tgk olimpik..
Cuba teka.. Acara apakah yang beliau berminat dan beria sangat nak tgk tu..
Siap xbagi tukar channel lagi.
Teka jgn xteka.
Seorang yang jawab btul dan terpantas akan dapat duit raya RM10..
Tinggal jwpn kt komen..
Seorg boleh jawab 1x sahaja..
Teka teki tutup kul 10 pg esok 9 ogos 2012.
Best of Luck

Tuesday, August 7, 2012

BANGANG..?

Di suatu masa yang xperlu dinyatakan..
Begitu juga perihal tempatnya..
Pusing2 cari parking.. Ada satu keta kuar, 
So boleh laa isi tempat kosong itu..
Then hanya aku y turun..
Beli sedikit barang..
Mr Asben duduk dlm keta jaga kanak2...
Sudah kebiasaan beliau bila tunggu aku.. 
Mati enjin bukak tingkap..
Menikmati angin malam..
Tetiba beliau terdengar bebelan seseorang..
Bunyinya mcm xpuas hati..
Agaknya sukar utk dia kuarkan keretanya..
Tetapi boleh saja periksa drivernya ada ke x..
Then gtau suh tepi sikit ke kan..
Ini tidak.. Bebelannya xsepadan dgn dia..
Seorang wanita.. Pakai tudung elok je..
"siapa yang BANGANGG parking macam ni ni..?"
dan bebelan itu berterusan..
Kebarangkalian yang paling tinggi adalah 
-->si wanita tidak perasan yang dikutuk2nya tengah sengih2 je makan makian kt dalam keta
sebab waktu malam, cermin tingkap turun habis.. 
so, xperasan laa..
kut ya pun.. 
huhhhh.. malas nk ulas lanjut..
cukup laa beliau sahaja yang mendedahkan ke**a***annya..

Mr Asben ku, senyap saja sengih2..
yaa..itu laa beliau..
kalau aku.. xtau laa boleh tahan sabar ke x klu berada di tempat kejadian..
last2 Mr Asben buat senyap n wanita itu beredar begitu saja..
aikk..boleh pun keluar..?ingat tersepit smpi xbleh nak bukak pintu..
huhuuu..

p/s - sesetengah perkataan xbaik tu xberat bagi sesetengah orang.. tp sangat berat bagi sesetengah yang lain..kan??
bg aku BANGANG is..melampau sgt klu digunakan!

Wednesday, August 1, 2012

Alhamdulillahh..

Huhu.. Teruja x..? Teruja  x..??
Aku serius teruja..


makcik dan anak2 makcik..


Mm, kisah sabtu lepas.. Penyampaian adiah..
Pemenang kuiz uji minda hati..
Ok.. Track back 2-3mgu lpas
TERUJA tgk ada kuiz dianjurkan.. Soalan simple
Ada 1 gambar team SK g bercuti ke uS.. 
Dan mengunjungi park y ada pohon Sequoia..pohon tertua dunia..
Soalan : berapa usia pohon.. Jawapan mesti bukan dalam angka..

Makcik teruja youuu.. Ada adiah 1,2dan 3..
Adiah tempat pertama TELEKUNG SITI KHADIJAH!!
Nilainya rm200.. Ngaaaa.. Nganga..
Ku tawakkal antar jawapan..
Sudahnya ku xmenang tpt pertama, kedua mahupun ketiga..

Namun rezeki kerana selepas menilai penyertaan y SGT BANYAK katanya..
mereka wujudkan kategori saguhati..
N aku dapat!!! Huhuuu.. 

Yang jadi lebih best
aku dapat g upacara penyampaian adiah di butik..
N hari tu ada 2 pemenang saja dpt hadir..
Y lain duk jauhhh katanya..
Umah aku seksyen 7,
Butiknya seksyen9..
Nek keta xsampai 10minit dah parking depan butik..

Dah lama dengar, dah lama tgk butik tu di ctu..
Dan dah sekian lama dengar review telekung ciptaannya y dahsyat..
Sebagai wanita muslim.. Ku tumpang bangga..
Ada usahawan hebat macam Puan Padzilah.. Pengasasnya..
Dan produknya, insyaALLAH xperlu jawab banyak di akhirat esok.. Amiiin

Melangkah ke butiknya memberi peluang aku membelek beberapa helai telekung yang diletak di ctu.
Tak heran harganya begitu..memang mahal
Namun apalah salahnya jika benar2 ingin keselesaan dan 'kemewahan' dalam beribadah..
Nak pakai 5x sehari stiap hari kan.. 
Bak kata setiap y review.. Handbag n baju boleh beli ratusan n riban.. Kenapa tidak telekung..
Sapa xpenah dgr review, g cari..

Keterujaan bertambah!!
Aku tau pengasasnya ibu kepada classmate aku di sekolah menengah dulu..
Maknanya classmate Mr Asben laa jugak kan..
Namun xsandar apa2 harapan, kerana tau beliau menemani isteri di bumi Mesir.

Tiba2, muncul si tukang ambik gambar..
Wahahaha.. mr Muzammil yang masih seperti dulu.. 
Plus nampak wajah 'kesuamiannya'..
Ada rezeki berjumpa.. Last time jumpa masa bila ntah..
Segan lak makcik menang kuiz anjuran emaknya.. Huhuu..


makcik kecik menyibuk jugak..

Ok.. Dapat adiah.. Amik gambar..
Sembang sikit2.. Then balik..
Apa di dalam kotak tu???


Adiah tempat ketiga pun dapat beg telekung SK saja..
Maka mestila mustahil makcik satuhati tetiba dapat telekung kannn?
Di dalamnya ada sehelai tudung plain awning keluaran SK..
Saiz M.. Pakai gila selesa dan labuh macam L..
Cutting macam aku selalu dambakan..
Kaler sgt kena sbb banyak sgt baju aku kaler tu
Bila pakai, terletak elok macam pakai tudung Ariyanee ratusan ringgit itu..
Ohhh.. Jauhari jugak y kenal manikam
Hanya tukang jahit tahu kualiti jahitannya..
Memang sgt nice!!

Lagi dalam kotak itu ada 2 naskah majalah Aniqah..
Kedua2 naskah klu buka m/s 1 dah terpampang iklan Telekung SK.. Huuu..
Dan yang best.. Ada voucher 15% off utk produk..
tak sabar nak guna..

Mr Asben dah janji nak dapatkan 1 bila dah dapat durian runtuhnya.. 
Tq.. X sabar nak g beli..
Lepas raya pun xpe laa.. 
Bukan nak menunjuk.. Bukan nak bangga..
Sekadar peneman di kala hamba sujud menyembah Sang Pencipta..

Anda bila lagi??? Ngeee..
terima kasih Team Siti Khadijah..
semoga terus maju jaya..

ohh.. nak tau jawapan makcik yang xsangka menang saguhati..?
"Pohon Seqouia tersebut mula hidup semasa Rasulullah SAW masih belum wafat lagi..
- alangkah indah menjadi pohon itu, sempat hidup sezaman baginda, meskipun lokasi berlainan.."